Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man: Superhero Ikonik Malaysia! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man: Superhero Ikonik Malaysia!

Trending

Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man: Superhero Ikonik Malaysia!

Misteri mengenai siapakah pelakon yang akan memegang watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN, akhirnya terjawab dengan pengumuman bahawa bintang aksi, Nas Muammar Zar atau Nas-T, telah dipilih untuk mengambil peranan tersebut. Pengumuman ini berlaku semasa majlis pelancaran, di mana Nas mendedahkan topeng KELUANG MAN dan akan berkongsi layar dengan pelakon utama seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, dan Datuk Rosyam Nor.

Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man


Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan jadual penggambaran, tarikh tayangan yang dijangkakan, serta rancangan untuk produksi dan pemasaran bagi univers adiwira tempatan yang terbesar.

Keluang Man Kembali: Sejarah Populariti, Trend di Media Sosial

KELUANG MAN adalah siri animasi yang sangat popular pada penghujung tahun 1990-an, mencipta fenomena tersendiri dan menjadi kebanggaan Malaysia. Menariknya, berdasarkan trend carian Google, KELUANG MAN masih menjadi tumpuan sejak tahun 2004 hingga kini. Di platform TikTok, #KeluangMan mencatatkan 20 juta tontonan, manakala video berkaitan KELUANG MAN di YouTube menerima 8 juta tontonan. Koleksi lukisan peminat (Fan Art) turut banyak dihasilkan. Selain itu, pencipta KELUANG MAN, Allahyarham Kamn Ismail, dikenang dengan Google Doodle khas.

Filem ini akan diarahkan oleh Anwari Ashraf, pencipta trilogi Polis Evo, pengarah dan showrunner Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, serta penulis skrip. Astro Shaw kini sedang dalam fasa pra-produksi, dengan sesi penggambaran dijangkakan bermula pada bulan April tahun depan.


Nas-T Terpilih Sebagai Keluang Man: Misteri Pelakon Utama Terjawab

KELUANG MAN mengisahkan kisah seorang pesakit psikiatri yang menjadi adiwira bertopeng dalam memerangi jenayah. Selain watak KELUANG MAN, Remy Ishak akan membawakan watak antagonis Shamsir, Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab, dan Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad.

Nas Muammar Zar Dipilih Sebagai Keluang Man


Sesi uji bakat terdiri daripada 3 fasa. Fasa pertama berlangsung dari 28 Julai hingga 28 Ogos yang lalu, di mana calon perlu menghantar video mengenai diri dan personaliti mereka. Calon yang terpilih kemudiannya dipanggil untuk uji bakat fizikal dalam fasa kedua. Fasa ketiga melibatkan pemilihan satu daripada 10 bakat yang disenarai pendek oleh produksi untuk membawa watak KELUANG MAN.

Tonton Siri Animasi Keluang Man Musim Pertama Hinga Musim Ketiga

Sementara menunggu tayangan filem KELUANG MAN, peminat setia dan penonton generasi baru boleh menonton siri animasi Keluang Man ini di www.keluangman.com, mulai dari musim pertama hingga musim ketiga.

Nantikan penglibatan penuh dalam pengembaraan epik KELUANG MAN yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Gunakan #KeluangMan untuk berkongsi pendapat dan keterujaan anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terkini serta klip-klip menarik KELUANG MAN di TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw, dan Astro Gempak.

Pelakon Keluang Man,Nas Muammar Zar,Animasi Keluang Man,Senarai Pelakon Keluang Man,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post