Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy

Trending

Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy

CSA ACADEMY akan mengecapi sejarah dengan menyajikan "Konsert Ziana Zain 2024" pada 25 Mei 2024. Acara ini bukan hanya mencipta sejarah dalam kerjaya Ziana Zain sebagai diva seni suara, tetapi juga bagi industri hiburan tempatan.

Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy


Mengembalikan Kegemilangan Ziana Zain

Konsert ini menandakan kembalinya Ziana Zain selepas 22 tahun tidak menampilkan aksi pentas mega. CSA Academy menjadi penaja utama, menganjurkan konsert ini bekerjasama dengan Anuar Zain Network Sdn Bhd, Ziana Zain Network Sdn Bhd, dan Altus ProHouse. Acara ini dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

CSA Academy, sebagai penaja utama, turut bangga dengan kerjasama ini yang selari dengan nilai-nilai peribadi Ziana Zain dan kecemerlangan seninya. CSA Academy, platform pendidikan kewangan ternama di Malaysia, menawarkan sokongan kepada kakitangan kerajaan dan syarikat tersenarai untuk bebas hutang dalam tempoh 3-6 bulan.

Dr Jay Ong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Academy Sdn Bhd, menyatakan, "Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami dengan Ziana Zain terhadap penglibatan masyarakat dan tanggungjawab sosial."

Konsert Solo Setelah 22 Tahun

Ziana Zain terakhir mengadakan konsert solo melalui "Ziana Zain In The Park" di PWTC pada tahun 2001. Kini, setelah 22 tahun, "Konsert Ziana Zain 2024" menjadi peristiwa penting dalam dunia seni hiburan.

Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy


Konsert ini bakal menjadi tanda aras buat penghibur wanita dengan nama sebenar Siti Roziana Zain, seorang ikon seni yang akan terus dihormati dan disegani meski hadir banyak penyanyi baharu dan tahun terus berganti.

Komitmen Kepada Kualiti dan Kenangan

Penghibur yang mendapat gelaran Diva Pop ini menegaskan bahawa konsert ini bukan sekadar untuk pulangan kewangan tetapi tentang memberikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat. Dia menyatakan, setiap konsert yang saya lakukan mesti ada keistimewaannya lalu boleh menjadi rujukan pada masa akan datang.

“Tunggu dan lihat apa yang akan dipersembahkan dalam konsert ini nanti. Yang pasti ia akan melambangkan perjuangan saya dalam dunia seni sepanjang 33 tahun ini, Insya Allah,” kata Ziana Zain.

Bagi penghibur yang sudah lebih dua dekad menelusuri dunia nyanyian, melahirkan album-album dengan puluhan single yang menjadi ‘mainan bibir’ seperti Madah Berhelah, Putus Terpaksa, Anggapanmu, Berpisah Jua, Puncak Kasih, Dingin dan ratusan hit yang menjadi pujaan peminat, persetujuan untuk menggelar konsert perlu diteliti dengan sangat rapi.

DCSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ akan menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik beserta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Harga Tiket Konsert Ziana Zain 2024

Konsert ini dijadualkan pada 25 Mei 2024, di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 8:30 malam. Harga tiket bermula dari RM288 hingga RM1,088 dan boleh dibeli melalui laman web www.ticket2u.com.my/zianazain mulai 15 Disember 2023, jam 10:00 pagi. Pembelian tiket menggunakan sistem "Buy Now Pay Later" BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan.

Konsert Ziana Zain 2024 Pada 25 Mei 2024 Dibawakan Oleh CSA Academy


Pembeli tiket OKU dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.

Baca juga > Konsert D’Masiv Live in KL 2024 Di Mega Star Arena

Butiran Konsert Ziana Zain 2024

Tajuk: KONSERT ZIANA ZAIN 2024
Tarikh: 25 Mei 2024
Masa: 8:30 malam
Tempat: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Harga Tiket: RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1)
Laman Web Tiket: www.ticket2u.com.my/zianazain

Penaja dan Sokongan:
Penaja Utama: CSA Academy
Anjuran: Anuar Zain Network, Ziana Zain Network
Pengurusan Konsert: Altus ProHouse
Lokasi Rasmi: Mega Star Arena KL
Radio Rasmi: Sinar
Sokongan Radio: Era
Digital Rasmi: Astro Gempak
Hotel Rasmi: Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park
Papan Iklan Rasmi: Spectrum

Bersama Pengarah Muzik Aubrey Suwito, konsert ini akan menyaksikan revolusi seorang permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri penuh pancaroba ini. Untuk itu adalah amat rugi jika anda terlepas menyaksikan konsert yang akan menjadi salah satu sejarah terhebat industri seni tempatan.

Konsert Ziana Zain 2024, ticket2u, Harga Tiket Konsert Ziana Zain 2024, Tiket OKU Ziana Zain Konsert, Ziana Zain Putus Terpaksa, Konsert Solo Ziana Zain, Ziana Zain In The Park 2001,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post