Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Dengan Siri Nak Dengar Cerita Hantu? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Dengan Siri Nak Dengar Cerita Hantu?

Trending

Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Dengan Siri Nak Dengar Cerita Hantu?

Unifi TV telah melancarkan Unifi TV Originals, produksi aslinya sendiri untuk memberikan kepelbagaian dan lebih banyak kandungan bernilai untuk para penontonnya. Bermula 27 Oktober 2023, unifi TV Original dimulai dengan siri Nak Dengar Cerita Hantu? di saluran Degup.

Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Dengan Siri Nak Dengar Cerita Hantu?

Barisan siri dan filem ini disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memuaskan hati penonton di Malaysia yang merangkumi kisah legenda, cerita rakyat dan isu sosial yang biasa didengari oleh rakyat Malaysia.

8 Episod Dalam Siri Nak Dengar Cerita Hantu?

Pelanggan akan dapat menikmati siri dan filem Unifi TV Original bermula dengan siri pertama “Nak Dengar Cerita Hantu?” arahan Sabri Yunus dan ditulis oleh Sophillea. Ini merupakan siri 8 episod lagenda dan cerita rakyat Malaysia yang diturunkan dari generasi ke generasi.


Barisan Pelakon Nak Dengar Cerita Hantu?

Barisan pelakon yang menampilkan bakat tempatan tersohor seperti Namron, Beto Kusyairi, Nora Danish, Uqasha Senrose, Elizabeth Tan, Bella Dowanna, Ashraf Muslim, Shah Jaszle,Sean Lee, Thanuja dan ramai lagi akan memastikan siri ini memenuhi citarsa rakyat tempatan.

Nak Dengar Cerita Hantu? Unifi TV

  • Linda Hashim
  • Joey Daud
  • Zahiril Adzim
  • Farabie
  • Kazar
  • Kashika Selvam
  • Ardriana
  • Amyza Aznan
  • Puteri Khareeza
  • Siti Hariesa
  • Adeline Tsen
  • Razak Ahmad
  • Munir
  • Aida Khaleda
  • Sathia
  • Herman Tino
  • Aidil Aziz



Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi berkata, “Kami teruja untuk melancarkan Unifi TV Originals kami di saluran DEGUP. Produksi asli ini membolehkan kami bersaing dengan platform dan penyedia kandungan lain, menawarkan kandungan yang lebih pelbagai kepada penonton kami. Ini juga akan mewujudkan peluang kepada industri hiburan tempatan untuk mempamerkan karya mereka.”

“Siri-siri asal yang selebihnya merangkumi genre aksi, seram dan thriller akan dilancarkan dalam tempoh 12 bulan akan datang. Bekerjasama dengan bakat berpengalaman dalam industri akan memastikan penyampaian drama bersiri dan filem berkualiti tinggi dan kami berharap ini akan menghasilkan kandungan terbaik untuk pelanggan Unifi TV, sambil menyokong industri hiburan tempatan,” akhiri Anand.

Siri Gemersik Berbisik & Bara Jiwa Di Unifi TV Originals

Bekerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan; Golden Adventure Creative (Nak Dengar Cerita Hantu?), NS Star Sdn. Bhd. (siri Gemersik Berbisik) dan Nuansa Sdn. Bhd. (siri Bara Jiwa) dengan pengarah dan pelakon terkenal seperti Sabri Yunus, Osman Ali, Amorizan, Elisya Sandha, Ezzrin Loy, Yasmin Hani dan ramai lagi, Unifi TV berhasrat menghasilkan kandungan yang berkualiti tinggi dan menarik, untuk penontonnya melalui Unifi TV Originals.

Saksikan tayangan perdana pada 27 Oktober 2023 dengan episod baharu setiap Jumaat jam 9.00 malam, secara eksklusif di DEGUP (saluran Unifi TV 120). Penonton yang terlepas slot siaran jam 9.00 malam, masih berpeluang menonton episod tersebut melalui ciri Catch Up Unifi TV. Siri ini juga boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Unifi TV dan tawaran semasanya, layari https://unifi.com.my/tv/

Unifi TV originals login, Unifi TV Originals download, Unifi TV Originals channels, Unifi TV Originals app, Unifi TV channel list 2023, Unifi TV package price,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post