Soalan Penting Untuk Ditanya kepada Syarikat Lori Sewa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Soalan Penting Untuk Ditanya kepada Syarikat Lori Sewa

Trending

Soalan Penting Untuk Ditanya kepada Syarikat Lori Sewa

Proses pindah rumah rumah atau pejabat boleh menjadi pengalaman yang membawa stres kepada kebanyakan individu. Oleh itu, memilih syarikat sewa lori yang betul adalah kunci untuk membantu anda menyelesaikan kerja pemindahan dengan cekap dan mudah.

Soalan Penting Untuk Ditanya kepada Syarikat Lori Sewa

6 Soalan Penting Yang Penting Ditanyakan Kepada Syarikat Pemindahan

Berikut adalah 6 soalan penting yang anda perlu tanyakan kepada syarikat pemindahan:

1. Adakah syarikat tersebut syarikat berdaftar dengan SSM?

Syarikat pemindahan yang berdaftar dengan SSM adalah lebih dipercayai dan kurang berisiko berbanding dengan syarikat pemindahan kecil yang mengupah pekerja pemindahan sambilan yang tidak profesional.

2. Bolehkah syarikat tersebut memberi rujukan yang boleh dihubungi?

Syarikat pemindahan yang bereputasi sedia memberi anda nama dan butiran pelanggan mereka terdahulu. Sila semak mana-mana rujukan yang mereka berikan supaya anda yakin dengan perkhidmatan mereka.

Salah satu cara terbaik untuk menilai sama ada syarikat pemindahan tersebut adalah profesional atau tidak adalah untuk mendapatkan rujukan atau cadangan daripada rakan dan keluarga. Jangan malu dan proaktif untuk bertanya keluarga, rakan dan jiran untuk cadangan mereka. Anda juga boleh cari penilaian dan baca ulasan pelanggan atas talian.

3. Adakah syarikat tersebut dapat memberikan sebut harga selepas lawatan tapak di tempat anda?

Anda memerlukan sebut harga yang paling tepat agar anda boleh merancang bajet anda. Dengan ini, cara yang paling berkesan adalah dengan meminta syarikat tersebut datang dan membuat lawatan tapak di lokasi anda untuk menilai barangan yang perlu dipindahkan dan menawarkan sebut harga yang tepat supaya tiada kos tersembunyi. Anda akan berasa kecewa jika diberitahu bahawa anda perlu menambahkan wang untuk kos pemindahan semasa hari pemindahan.

servis lori sewa pindah rumah Klang


4. Adakah terdapat faktor yang akan mempengaruhi kos pemindahan?

Kebanyakan syarikat pemindahan mengenakan bayaran tambahan untuk memindahkan atau menghantar barang pada hari cuti umum.

Selain itu, kos pemindahan mungkin meningkat jika jumlah masa untuk kerja berpindah adalah lebih lama daripada jangkaan atau jika kerja berpindah menjadi lebih sukar kerana pekerja pemindahan perlu memunggah barangan dengan menggunakan tangga di bangunan yang tidak mempunyai lif.

Anda boleh minta syarikat pemindahan untuk mengesahkan sebut harga mereka secara bertulis, dengan tepat tentang apa yang termasuk dan tidak termasuk dalam sebut harga yang diberikan. Dengan ini, anda boleh memikirkan penyelesaian praktikal untuk masalah yang berpotensi sebelum hari pemindahan.

5. Adakah syarikat pemindahan menggunakan peralatan berpindah yang profesional?

Syarikat pemindahan profesional sentiasa mempunyai peralatan profesional yang direka untuk mempercepatkan pemindahan, melindungi perabot dan barang rapuh semasa pemindahan.

servis lori sewa pindah rumah KL


Jika syarikat tersebut tidak menggunakan peralatan pemindahan, bahan pembungkusan yang berkualiti, dan troli, sila cari syarikat lain yang lebih sesuai.

6. Adakah syarikat pemindahan tersebut akan subkontrak kerja mereka kepada syarikat pemindahan lain?

Sesetengah syarikat pemindahan kadangkala mensubkontrakkan semua, atau sebahagian, perkhidmatan pemindahan kepada syarikat lain. Ingat untuk bertanya dan semak bahawa syarikat pemindahan pilihan anda tidak membuat subkontrak.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa anda tidak akan mempunyai perjanjian dengan syarikat sub-kontraktor. Jika terdapat apa-apa masalah semasa pemindahan, liabiliti anda akan terjejas.

Jadi, silalah membuat keputusan dengan berhati-hati untuk memilih syarikat terbaik yang menawarkan servis lori pindah rumah selepas semua soalan di atas dapat dijawab dengan baik. Ini adalah supaya anda yakin bahawa perabot dan barang-barang anda akan dipindahkan dengan selamat ke lokasi baru anda.

Soalan Penting untuk Ditanya kepada Syarikat Lori Sewa, Syarikat Lori Sewa, Lori Sewa Near Me, Perkhidmatan Lori Sewa, Servis Lori Sewa, Lori Sewa Selangor, Lori Sewa Klang, Lori Sewa Murah,



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post