Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6

Semalam 12 orang peserta telah membuat persembahan untuk minggu keenam Gegar Vaganza All Stars 2023. Bagi persembahan pembukaan, Nabil menyanyikan lagu I Want It That Way (Backstreet Boys) manakala Jihan Muse membawakan lagu Wannabe (Spice Girls). Jom ikuti result penuh, Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6.

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6


Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6

Minggu ini para peserta menyanyikan lagu pilihan netizen dengan tema No Retreat, No Surrender. Macam biasa top 4 pilihan sis Bell sebelum result rasmi adalah Liza Hanim, Azharina, Nikki dan Jac.

Untuk persembahan Liza Hanim memang best dan stabil. Every week memang Kak Liza maintain dan buat sehabis baik. Azharina pun bawak lagu Bilang Saja (Agnes Monica) punyalah sedap. Memang meningkat persembahan Azharina dan so far persembahan terbaik dia.

Kedudukan bottom 3, sis tak sangka pula Noryn Aziz sekali lagi berada di bawah sekali dengan Aliff Aziz. Btw, memang dah agak Zamani akan tersingkir.

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6


Penyanyi Liza Hanim berjaya mengatasi saingan dalam konsert keenam Gegar Vaganza 10 (GV10) dengan pungutan markah tertinggi, iaitu 76.75%. Liza memenangi pertandingan selepas menghiburkan penonton dengan lagu Rembulan yang dinyanyikan asal oleh Kris Dayanti.

Penyanyi Zamani hanya menerima 56.50% markah dan tersingkirn dari persaingan selepas membawakan lagu Kau Pergi Jua dendangan asal oleh Adam Ahmad. Mungkin next, Ezad kalau dia tak perform minggu depan. apapun depends on persembahan minggu hadapan.

Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 6

Tarikh konsert: 29 Oktober 2023
Tema: No Retreat, No Surrender (Lagu Pilihan Netizen)

1. Liza Hanim - Rembulan (Kris Dayanti) - 76.75%
2. Hady Mirza - Hati (Hael Husaini) - 76.50%
3. Azharina Azhar - Bilang Saja (Agnes Monica) - 75.25%
4. Jaclyn Victor - Bencinta (Faizal Tahir) - 72.25%
5. Naqiu - Bernafas Dalam Lumpur (Wings) - 71.75%
6. Tomok - Episod Cinta (Boboy) - 70.75%
7. Nikki Palikat - Cinta Dalam Hati (Ungu) - 69.00%
8. Siti Nordiana - Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya) - 67.75%
9. Ezad Lazim - Pria Terhebat (Sheila On 7) - 64.50%
10. Noryn Aziz - Seribu Impian (Casey) - 63.00%
11. Aliff Aziz - Arjuna (Dewa 19) - 62.00%
12. Zamani - Kau Pergi Jua (Adam Ahmad) - 56.50%

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Liza Hanim
Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Hady Mirza
Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Naqiu
Peserta Tersingkir Minggu ke-6 - Zamani

Baca juga : Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 : Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah GegarVaganza 10 Minggu 7


Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-7 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 5 November 2023
Tema: Kau Ilhamku

1. Liza Hanim – Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff)
2. Hady Mirza – Romancinta (Mojo)
3. Azharina – Sejati (Faizal Tahir)
4. Jaclyn Victor – Menghitung Hari (Salamiah Hassan)
5. Naqiu – Idola (Azlan & The Typewriter)
6. Tomok – Farhana (Jinbara)
7. Nikki Palikat – Selagi Ada Cinta (Ning Baizura)
8. Siti Nordiana – Tiada Kepastian (Ziana Zain)
9. Ezad Lazim – Seksa (Ukays)
10. Noryn Aziz – Gelombang (Salamiah Hassan)
11. Aliff Aziz – Gerhana Cinta Luka (Iklim)

Minggu depan 11 peserta mara ke babak seterusnya dengan tema Kau Ilhamku. Peserta bakal menyanyikan lagu-lagu 'masterpiece' yang pernah dihasilkan dari pelbagai era. Nabil dan Jihan pulak kena nyanyi lagu Apokalips M.Nasir. Jumpa next week!

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 6 full episode, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 6, Keputusan markah gegar vaganza 10 minggu 6 full, keputusan gegar vaganza 2023 minggu 6, gegar vaganza 2023 minggu 6, markah gegar vaganza 2023 minggu 6,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post