Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7

Trending

Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7

Semalam persembahan untuk minggu ketujuh Gegar Vaganza All Stars 2023. Kisahnya sis terlajak tidur awal terus tak larat nak tengok live Gegar Vaganza. Jadi tengok siaran ulangan ajalah kat Astro Go. Persembahan pembukaan semalam, Nabil dan Jihan pulak kena nyanyi lagu Apokalips M.Nasir. Jom ikuti result penuh, Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7.

Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7


Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7

Minggu ke-6 persembahan, para penyanyi menyanyikan lagu dari artis yang layak dijadikan idola melalui tema Kau Ilhamku. Tak dinafikan lagi, Liza Hanim merupakan peserta paling konsisten untuk musim ini. Setiap minggu persembahan mantap dan keputusan mesti top carta. Jac pun ok jugaklah setiap minggu result dia.

Hady Mirza buat pertama kali diumum sebagai juara minggu ke-7 dengan markah sebanyak 79.25 peratus sekaligus diumumkan sebagai juara minggu ke-7. Tempat kedua pula diduduki oleh Jaclyn Victor dengan markah 75.75 peratus dan Liza Hanim di tempat ketiga dengan markah 70.25 peratus. Hady Mirza memang paling best la minggu lepas. Tak di sangkal la memang patut jadi juara.

Ezad Lazim telah diumumkan sebagai peserta yang menerima markah yang terendah sekaligus diumumkan sebagai peserta yang akan meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim ke 10 ini. Betul sangkaan sis, Ezad Lazim terkeluar minggu ke-7.

Kedudukan Dan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 7

Tarikh konsert: 5 November 2023
Tema: Kau Ilhamku

1. Hady Mirza (Romancinta) – 79.25%
2. Jaclyn Victor (Menghitung Hari) – 75.75%
3. Liza Hanim (Gubahan Rindu Puisi Syahdu) – 70.25%
4. Naqiu (Idola) – 70.00%
5. Siti Nordiana (Tiada Kepastian) – 67.00%
6. Tomok (Farhana) – 66.25%
7. Azharina (Sejati) – 65.50%
8. Noryn Aziz (Gelombang) – 60.75%
9. Aliff Aziz (Gerhana Cinta Luka) – 60.00%
10. Nikki Palikat (Selagi Ada…. Cinta) – 59.75%
11. Ezad Lazim (Seksa) – 58.00%

Anugerah Bintang Paling Power Meow (Markah Tertinggi Dari Juri) - Hady Mirza
Bintang Cuckoo Paling Gempak (Undian Peminat) - Naqiu
Anugerah Gegaran Generasi Juara (Undian Peminat) - Siti Nordiana
Peserta Tersingkir Minggu ke-7 - Ezad Lazim

Baca juga : Baca juga : All Stars Gegar Vaganza 2023 :Senarai Lagu dan Keputusan Konsert Mingguan GV10
Gegar Vaganza All Stars 2023 : Keputusan Markah Gegar Vaganza 10 Minggu 8


Senarai Lagu Konsert Minggu Ke-8 All Stars Gegar Vaganza 2023

Tarikh konsert: 12 November 2023
Tema Minggu ke-8 : Lagu Pilihan Tok Ram / Dato’ Ramli M.S yang Pilih

1. Hady Mirza – Gila Judi (Dato’ M. Daud Kilau)
2. Jacyln Victor – Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
3. Liza Hanim – Ayam (Jalil Hamid)
4. Naqiu – Kuda Hitam (Hetty Koes Endang)
5. Siti Nordiana – Baby One More Time (Britney Spears)
6. Tomok – Apa Dah Jadi (Tan Sri Dato’ SM Salim)
7. Azharina – Ya Maulana (Dato’ Siti Nurhaliza)
8. Noryn Aziz – Kerana Pengalaman (Zaleha Hamid)
9. Aliff Aziz – Cik Mek Molek (Dato’ M. Daud Kilau)
10. Nikki Palikat – Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina)

Untuk minggu ke lapan, lagu yang dipilih ialah lagu dari Datuk Ramli MS sendiri. Semua lagu memang lain dari forte dan kemampuan para peserta. Pilihan lagu tersebut dibuat supaya peserta belajar dengan lagu yang diberikan. Ok jumpa minggu depan!

All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Kredit gambar Astro Gempak

gegar vaganza 2023, gegar vaganza 2023 minggu 7 full episode, gegar vaganza all stars result, peserta gegar vaganza 2023, gegar vaganza 10 minggu 7, Keputusan markah gegar vaganza 10 minggu 7 full, keputusan gegar vaganza 2023 minggu 7, gegar vaganza 2023 minggu 7, markah gegar vaganza 2023 minggu 7,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post