Raisa Hits Live In Concert Malaysia Di Mega Star Arena KL Pada 23 September Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Raisa Hits Live In Concert Malaysia Di Mega Star Arena KL Pada 23 September Ini

Trending

Raisa Hits Live In Concert Malaysia Di Mega Star Arena KL Pada 23 September Ini

Penyanyi Indonesia, Raisa bakal kembali ke Kuala Lumpur dalam Raisa Hits Live In Concert di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 23 September 2023 ini.Setelah kejayaan Konsert Raisa : Live In Malaysia yang diadakan pada 20 November 2022 tahun lalu, Raisa kembali ke KL bagi mengubati kerinduan peminat di Malaysia.

Raisa Hits Live In Concert Malaysia Di Mega Star Arena KL Pada 23 September Ini

Tiket Raisa Hits Live in Concert Dijual Mulai 11 Ogos 2023

Persembahan secara eksklusif untuk peminat di Malaysia yang tidak pernah putus menyokong karya seni Raisa atau nama sebenarnya Raisa Andriana pasti akan terhibur meyaksikan pelantun lagu Kali Kedua di konsert ‘Raisa Hits Live in Concert’ pada 23 September ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam. Mega Star Arena KL telah dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan konsert ini kerana kapasiti yang besar dan kelengkapan kemudahan teknikal yang canggih.

Raisa Hits Live In Concert Malaysia Di Mega Star Arena KL Pada 23 September Ini


Tiket eksklusif ‘Raisa Hits Live in Concert sudah mula dijual bermula Jumaat 11 Ogos, jam 11 pagi, di platform tiket https://my.bookmyshow.com/e/RAISAM23.

Harga tiket bermula dengan RM100 (CAT 5), RM200 (CAT 4), RM300 (CAT 3), RM400 (CAT 2), RM550 (CAT 1) dan RM650 untuk VIP.

25 Pemenang Bertuah Untuk Sesi VIP Meet-and-Greet

Buat peminat setia Raisa, pihak penganjur Star Fortress akan mengadakan sesi VIP Meet-and-Greet dengan Raisa bagi pembelian tiket VIP untuk 25 pemenang bertuah!

Langkah penyertaan di sosial media adalah seperti berikut:
  1. Follow akaun Instagram : @star.fortress, @raisa6690, dan @yourraisa_malaysia.
  2. Like dan share post contest ini di Instagram story. Pastikan untuk tag @star.fortress dan @yourraisa_malaysia
  3. Tinggalkan komen pada post ini dan kongsikan mengapa anda bersemangat untuk bertemu Raisa dan tag seorang rakan anda.
  4. Beli sekurang-kurangnya dua (2) tiket VIP untuk Konsert Raisa Hits Live dalam satu transaksi, tanpa menggunakan kod promo.
  5. Tangkap layar pengesahan tempahan anda.
  6. Hantarkan penyertaan anda kepada @star.fortress melalui DM di Instagram.

Lucky Draw Submission Deadline- 20th Sept 2023
Pengumuman Pemenang- 21st Sept 2023

Nantikan! Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan diumumkan pada 21 September 2023. Good luck!

Raisa Hits Live in Concert Malaysia, raisa concert malaysia 2023, raisa concert 2023,


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post