Konsert Lenka Malaysia, Penyanyi Trouble Is A Friend Di Zepp KL 1 Mei 2023 | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Lenka Malaysia, Penyanyi Trouble Is A Friend Di Zepp KL 1 Mei 2023 | Bella Jamal

Trending

Konsert Lenka Malaysia, Penyanyi Trouble Is A Friend Di Zepp KL 1 Mei 2023 | Bella Jamal

Siapa saja yang tidak kenal dengan lagu Trouble Is A Friend. Akan datang, Push Play akan membawakan Konsert Lenka Malaysia 2023 menemui para peminat secara live!. Menurut Push Play persembahan Lenka ini akan berlangsung di Malaysia dan dijadualkan pada 1 Mei 2023 di Zepp KL bermula pada pukul 8.30 malam.

Konsert Lenka Malaysia, Penyanyi Trouble Is A Friend Di Zepp KL 1 Mei 2023

Pihak penganjur Push Play mengenalpasti kehendak pendengar muzik dan keinginan peminat tempatan dengan bangganya membawakan seorang pemuzik dan penyanyi wanita asal Australia yang cukup terkenal iaitu, Lenka Kripac.

Walaubagaimanapun, beberapa soalan masih dipertanyakan dalam kalangan masyarakat dalam pemilihan penyanyi dan lebih faham Lenka merupakan artis antarabanga yang menyanyi lagu-lagu popular seperti Trouble is a Friend, Blue skies, Everythin’s okay dan sebagainya. Penganjur turut mempercayai penyanyi Lenka ini masih punyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat.


Justeru itu, Push Play juga memberikan tumpuan kepada penyanyi Lenka ini dengan tiada nafikan kehendak pendengar dan penonton walaupun proses hiburan mengambil masa yang lama. Penyanyi Lenka juga berhasrat dan berminat untuk menghiburkan peminat-peminat di Asia terutamanya, peminat di Malaysia.

“Konsert ini juga akan membawa memori terindah kepada para peminat dan mereka akan berpuas hati dengan persembahan Lenka yang tidak lama lagi dipersembahkan di Malaysia,” menurut Nika, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Push Play.

Harga Tiket Konsert Lenka Malaysia

Menurut Push Play, tiket-tiket konsert Lenka dijual dalam beberapa kategori (harga tiket) iaitu RM189 untuk Zon Berdiri atau Blinded by Love, RM239 untuk Zon Duduk atau Don’t Let Me Fall dan RM3,800 untuk VIP Box atau The Show.

Harga Tiket Konsert Lenka Malaysia

Penonton boleh melayari www.myticket.asia untuk membeli tiket secara dalam talian.


Seperti yang diketahui, Lenka juga memiliki lima buah album dengan dua album terkini iaitu Recover dan Discover yang ditayangkan pada 2020. Ibu kepada dua orang anak ini juga sangat terkenal menerusi lagu seperti All My Bells Are Ringing, We Will Not Grow Old, Everything at Once.

Penglibatan penyanyi Lenka turut dikenalpasti dalam beberapa naskhah termasuk Murder Call, Home & Away dan terakhirnya dalam The Alice pada 2005.

Info Konsert Lenka Malaysia 2023
LENKA
Tarikh: 1 Mei 2023
Lokasi: Zepp KL
Harga Tiket: RM189 (Standing Zone), RM239 (Seating Zone), RM3,800 (VIP Box)
Pembelian: www.myticket.asia

Jika anda adalah peminat Lenka, jangan melepaskan peluang yang terindah dan menikmati persembahan dan muzik penyanyi wanita berbakat besar ini di konsert Lenka Malaysia 2023.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post