Modernmumthingy.com, Dari UX Designer ke SEO Writer Malaysia yang Hebat - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Modernmumthingy.com, Dari UX Designer ke SEO Writer Malaysia yang Hebat

Trending

Modernmumthingy.com, Dari UX Designer ke SEO Writer Malaysia yang Hebat

Hasrat ingin menjadi SEO Writer Malaysia yang hebat bukanlah mudah. Modernmumthingy.com bermula pada tahun 2009, tapi permulaannya dengan tanpa arah selama beberapa tahun. Bermula dengan menulis sekadar hobi atau sekadar mengisi masa lapang, Modernmumthingy.com terus buat 'come back' pada tahun 2019 kerana menyedari kehebatan dunia tanpa sempadan ini.

Modernmumthingy.com, Dari UX Designer ke SEO Writer Malaysia yang Hebat

Kini Modernmumthingy.com mahu dikenali sebagai SEO Writer dan bukan sekadar blogger semata-semata. Menyedari perubahan landskap digital media dan teknologi dan dunia internet, minat terus membuak-buak untuk membina kepakaran dalam dunia SEO yang masih baru di negara kita.

Antara kandungan yang pernah menjadi viral dibeberapa portal dan Facebook adalah perkongsian dari modernmumthingy.com dalam journey TTC (trying to conceive) selama 8 tahun, entri 15 usaha yang dilakukukan untuk mendapatkan zuriat sangat-sangat hit. Kandungan ini sebagai satu amal jariah untuk dikongsikan kepada umum dan sebagai penguat untuk orang yang senasib. Atas respon yang sangat positif, modernmumthingy terus menghasilkan entri yang lebih bermanfaat untuk semua orang.


Siapakah Pemilik Sebenar Modernmumthingy.com

Kerjaya sebagai UX designer dan part time sebagai SEO writer merupakan satu kombinasi yang terbaik dalam bidang yang berkaitan dengan Kreatif, Penulisan dan juga penyelidikan berkaitan manusia dan teknologi. Berkarya di blog dan mempelajari teknikal merupakan satu kepuasan untuk modernmumthingy.

Dalam bidang akademik Modernmumthingy adalah hasil lulusan jurusan Komunikasi Massa, Universiti Sains Malaysia. Kemudian menceburkan diri dalam bidang IT sebagai UX designer dengan syarikat R&D IT di Kuala Lumpur. Secara tak lansung Modernmumthingy.com memang terdedah dengan ilmu-ilmu berkaitan IT, design, graphic, website dan project management.

Seterusnya menyambung pelajaran dalam peringkat Master di UITM dalam bidang Visual Communication and New media. Pengalaman luas membangunkan website dan sistem memberikan satu kelebihan kepada modernmumthingy untuk memahami teknikal SEO dengan lebih mendalam.

Personaliti Modernmumthingy.com

Dikenali sebagai seorang yang tegas, komited dan sesetengah orang kata orangnya nampak garang! Tetapi sebenarnya pemilik blog modernmumthingy.com ini adalah seorang yang suka berseloroh dan agak gila-gila.

Modernmumthingy.com, Dari UX Designer ke SEO Writer Malaysia yang Hebat


Faktor usia tidak menghalang Modernmumthingy.com untuk terus aktif dalam sukan Volleyball malah masih mewakili alumni sekolah sehingga ke hari ini dalam beberapa kejohanan sukan bola tampar dan beberapa aktiviti sukan lain.

Modernmumthingy.com mempunyai minat yang mendalam bidang travel, pengurusan kewangan, dekorasi dan boleh dikatakan satu family modernmumthingy adalah food hunter. Walaupun semakin berumur, sebenarnya modernmumthingy.com sangat-sangat suka mempelajari benda baharu terutamanya dalam bidang SEO ini.

Setiap hari wajib membaca kandungan yang berkenaan SEO di mana-mana portal atau mempelajari di dalam channel youtube untuk meningkatkan kepahaman dalam bidang ini.

Topik Travel Antara Carian Tertinggi di Blog Modernmumthingy.com

Minat yang mendalam dalam travel membuatkan blog ini sering menjadi tumpuan untuk mencari tips dan itinerari berdasarkan pengalaman modernmumthingy sendiri.

Travel ini umpama satu kemestian atau KPI untuk keluarga modernmumthingy.com untuk setiap tahun, dan kebanyakkan kesemuanya adalah Travel secara DIY atau sendiri. Koleksi info dan research kemudian diterjemahkan dalam kandungan blog untuk perkongsian kepada follower Modernmumthingy. Untuk segmen bahagian travel, suami modernmumthingy juga turut menyumbang beberapa artikel berkaitan travel yang pernah hit dalam carian google

Bagi modernmunthingy untuk Menjadi Travel Blogger hebat seharusnya mempunyai kekuatan seperti ini.
  • Eksplorasi Destinasi : Kenali dan kongsi pengalaman perjalanan dimana-mana sahaja dengan pembaca
  • Berkongsi Tip dan Itinerari: Sediakan tip perjalanan, itinerari menarik, dan ulasan tempat-tempat menarik untuk membantu pembaca merancang perjalanan mereka.
  • Fotografi yang Menarik: Ambil gambar berkualiti tinggi yang memukau pembaca dan memperkuatkan cerita perjalanan


Lifestyle Blogger dari bekas student Masscomm

Jiwa modernmumthingy.com ini besar sebab suka untuk mencuba ilmu yang baru dan tidak suka berada dalam kategori orang yang ketinggalan. Kadang-kadang nafsu untuk mencuba benda baru tidak sepadan dengan masa yang ada.

Nama atau branding "modernmumthingy" berasaskan dari perkataan "Modern Mum" atau "mak dunia kini" yang terus sepatutnya aktif dan masih terlibat dengan dunia teknologi terkini. Ruang social media juga menjadi tumpuan untuk Modernmumthingy berkongsi cerita dengan follower. IG makeover_13 yang baru dihasilkan untuk deko dan diy sedang meningkat naik. Entri DIY juga merupakan antara carian yang tinggi untuk blog modernmumthingy.com

Blog dan social media ini juga umpama diari atau catatan apa sahaja dalam perjalanan hidup Modernmumthingy sekeluarga terutamanya untuk satu-satunya anak supaya memori dia dan keluarga sejak dari dari kecik dapat di ceritakan dalam diary blog ini.

Perkongsian Topik Kewangan Sebagai Kesedaran

Seorang yang sangat obses dalam menguruskan kewangan. Berpegang kepada prinsip “walau punya 100 juta wang simpanan, jika tidak ada ilmu pasti akan gondol jua”.

Impian Modernmumthingy sejak dari dulu untuk bebas hutang seawal yang mungkin dan menikmati kehidupan yang lebih tenang. Alhamdulillah pada umur 47 tahun Modernmumthingy telah mencapai 'Debt free" seperti yang telah target sebelum ini.

Beberapa entri blog kewangan yang dihasilkan dengan niat sebagai satu perkongsian, satu amal jariah untuk dikongsikan bersama dengan pembaca. Kesemuanya melalui pengalaman sendiri dan juga melalui pembacaan melalui buku kewangan dan portal portal hebat.


Nak Jadi SEO Writer Malaysia Yang Hebat

Modernmumthingy bercita-cita nak jadi SEO writer Malaysia yang hebat. Walaupun This little website bermula dengan cerita perjalanan keluarga tapi kini ia umpama "modern mom on a mission"

Modernmumthingy suka bermain dengan data, suka bereksperimen. Perjuangan blogger dari tahun 2015 sehingga sekarang boleh membanggakan diri sendiri. Modernmumthingy telah banyak bantu blogger-blogger baru untuk menulis secara SEO.

Bagi Modernmumthingy, menulis blog sama sekarang tidak seperti dahulu. Kena tahu menulis secara SEO barulah capaian tinggi atau kehendak pembaca. Sekarang modernmumthingy sedang menyusun misi untuk mempelajari ilmu SEO sebanyak mungkin, dan akan cuba ambil CERTIFICATION yang berkaian.

Perjalanan menjadi SEO writer yang hebat masih jauh. Semoga segala perkongsian di Modernmumthingy.com dapat meletakkan dia sebagai salah seorang blogger malaysia yang hebat atau juga dikenali sebagai salah seorang travel blogger Malaysia yang dikenali atau mungkin juga Food Blogger Malaysia yang gila hunting makanan diseluruh pelusuk malaysia.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post