Filem Polis Evo 3 Raih RM16 Juta Pecah Rekod Mat Kilau Di Hari Ke-4 Tayangan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Polis Evo 3 Raih RM16 Juta Pecah Rekod Mat Kilau Di Hari Ke-4 Tayangan

Trending

Filem Polis Evo 3 Raih RM16 Juta Pecah Rekod Mat Kilau Di Hari Ke-4 Tayangan

Polis Evo 3, arahan Syafiq Yusof, mencatatkan kejayaan dengan mengaut kutipan sebanyak RM16 juta dalam tempoh 4 hari tayangan rasmi dan tayangan awal (sneak preview) di pawagam di seluruh Malaysia, Brunei, dan Singapura. Kejayaan ini menjadikan filem ini sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada minggu pembukaan selepas pandemik, mengatasi filem Mat Kilau.

Filem Polis Evo 3 Raih RM16 Juta Pecah Rekod Mat Kilau Di Hari Ke-4 Tayangan

Filem Mat Kilau berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM12.2 juta selepas 4 hari tayangan, menunjukkan sokongan yang tinggi daripada peminat filem tempatan dan minat mereka terhadap filem berkualiti.

Bagi peminat setia, ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya pada 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk akaun media sosial Astro Shaw.

Filem ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana, dan ramai lagi.

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Sebagai catatan, Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama yang mencecah kutipan box office melebihi RM18 juta, manakala Polis Evo 2 (2018) berjaya mengumpulkan jumlah kutipan sebanyak RM23 juta di pawagam.

Jangan lupa saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Penonton boleh gunakan tanda pagar hashtag #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan tentang filem ini.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post