Menu Rahmah KFC & Menu Rahmah Pizza Hut RM5 Sahaja! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Menu Rahmah KFC & Menu Rahmah Pizza Hut RM5 Sahaja!

Trending

Menu Rahmah KFC & Menu Rahmah Pizza Hut RM5 Sahaja!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini (29 Mei) telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu Rahmah KFC dan Menu Rahmah Pizza Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur. Menu RAHMAH kombo KFC dan Pizza Hut ini boleh didapati di 1,227 rangkaian restoran seluruh negara dengan harga RM5.

Menu Rahmah KFC & Menu Rahmah Pizza Hut RM5 Sahaja!

Inisiatif Menu RAHMAH terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta semenjak ianya dilancarkan pada 31 Januari 2023. Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5.00 sahaja.


Apa Yang Dapat Dengan Hidangan Menu Rahmah RM5 KFC Dan Pizza Hut?
Menu Rahmah ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu:

Menu Rahmah KFC Meal
  • Seketul Ayam
  • Roti Butterscotch
  • Air Mineral

Menu Rahmah Pizza Hut Meal
  • Personal Piza
  • Air Mineral

Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).


Apa Itu Menu Rahmah?

Menu RAHMAH adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah.

Menu Rahmah KFC RM5


Menu RAHMAH adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela. Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu RAHMAH yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my

KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Antara restoran yang telah menyertai Menu RAHMAH ini termasuklah:
  1. McDonald’s
  2. Dominos
  3. Texas Chicken
  4. A&W
  5. Burger King
  6. OldTown White Coffee
  7. Bubblebee
  8. MYDIN
  9. PLUS

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post