Temui Jo Kukathas Di Instant Cafe Night Live! Edisi X Di Plenary Hall | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Temui Jo Kukathas Di Instant Cafe Night Live! Edisi X Di Plenary Hall | Bella Jamal

Trending

Temui Jo Kukathas Di Instant Cafe Night Live! Edisi X Di Plenary Hall | Bella Jamal

Instant Cafe Night Live! Edisi X adalah persembahan yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat teater di seluruh Malaysia. Dengan kombinasi pelakon bertaraf bintang, penyanyi terkenal, dan standup komedi yang comel, pastinya ia akan menjadi malam yang penuh dengan keseronokan dan gelak tawa.

Instant Cafe Night Live! Edisi X

Shiraz Projects bakal bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company dengan mempersembahkan "Instant Cafe Night Live! Edisi X". Penganjuran ini adalah susulan daripada kejayaan luar biasa serta sambutan hebat terhadap Instant Cafe's "The May 9 Show" pada tahun 2019. Ianya adalah persembahan 1 malam sahaja bersama dengan pelakon bertaraf bintang didewan prestij Plenary Hall KL Convention Centre.

Selain itu, persembahan ini juga memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dan beramah mesra dengan Jo Kukathas dan pelakon-pelakon lain dalam sesi Meet & Greet. Ini merupakan peluang yang jarang untuk berinteraksi dengan personaliti terkenal dalam industri seni.


Temui Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan Deputy Miniter of Kickbacks and Camebacks dalam kerajaan gabungan. Tidak dilupakan Curry Spice yang cukup berani, si cantik yang cukup menarik dari Sentul, bintang program Netflix "Keeping Up with The Coomarasamys dengan bipoiknya yang akan datang "Ini Kari Lah".

Instant Cafe NIght Life Edisi X akan dikemudikan oleh penyanyi evergreen Malaysia, Sean Ghazi bersama dengan standup komedi yang comel Kuah Jenhan. Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan. Dalam satu platform mereka akan membicarakan tentang pelbagai topik dari perkara 'banjir ke quinoa' ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia dan pelbagai lagi.


Harga Tiket Instant Cafe Night Live! Edisi X


Buat peminat komedi dan ingin bergelak-ketawa menyaksikan satira komedi politik ini, harga tiket Instant Cafe Night Live! Edisi X adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Harga Tiket:
RM588 (Meet & Greet)
RM388 (Diamond)
RM288 (Platinum)
RM188 (Silver)
RM88 (B30)

Tiket online di www.myticket.asia
Info Hotline: 012-2560082
Website: www.shirazprojects.com / www.theinstantcafetheatre.com

Ke semua persembahan adalah dibawah kendalian Jo Kukathas, Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan juga Na'a Murad.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Instant Cafe Night Live! Edisi X pada 18 Mac 2023 di Plenary Hall KL Convention Centre. Tiket sudah boleh didapati di www.mytickets.asia bermula dari 10 Mac 2023.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post