Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer | Bella Jamal

Trending

Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer | Bella Jamal

Bersempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Astro Ria bakal muncul dengan siri drama terbaharu berjudul Imam Instant Ustazah Scammer. Drama sembilan episod arahan pengarah Hadith Omar itu menggandingkan dua pelakon popular, Hun Haqeem dan Mira Filzah bagi menghiasi siaran Ramadan akan datang.

Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama ini berbentuk ringan tetapi terdapat isu serta banyak pengajaran dan pengarah cuba memberikan didikan kepada peminat tentang pelajaran agama melalui komedi. Drama ini juga adalah gandingan kali pertama Hun Haqeem dan Mira Filzah dalam satu naskhah drama. Sebelum ini mereka pernah digandingkan bersama melalui muzik video Dato Sri Siti Nurhaliza, Siapa Tak Mahu. Hun Haqeem teruja dapat bekerjasama dengan Mira untuk drama yang diarahkan oleh Hadith Omar ini.

Hadith Omar berkata, kemunculan Mira Filzah dalam drama ini adalah yang terbesar selepas berumahtangga dan berehat seketika daripada pentas lakonan. Sudah tentu gandingan kali pertama dalam naskhah drama menimbulkan rasa teruja kedua-dua pelakon untuk menjayakan karya arahan Hadith Omar ini.

Info Drama Imam Instant Ustazah Scammer
Produksi: Zeelproduction
Arahan: Hadith Omar
Siaran: Setiap Ahad, 9 malam (Mulai 5 Mac 2023)
Episode: 9 episod
Durasi penggambaran : 45 hari


Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Imam Instant Ustazah Scammer menceritakan tentang seorang wanita bernama Effa lakonan Mira Filzah yang menyamar menjadi ustazah melarikan diri dari ahlong ke Kampung Ramadan. Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya.

Sinopsis Imam Instant Ustazah Scammer

Semasa melarikan diri ke Kampung Ramadan, Effa bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu kerana suka mengaji dan videonya menjadi perhatian ramai. Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini.

Ashraf viral di social media setelah video dia mengaji Quran dengan begitu lunak mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Ashraf tak selesa dengan perhatian yang diterimanya dan telah memuat naik satu lagi video untuk orang ramai jangan mencarinya. Dia hanya nak kongsi video dia mengaji sebab dia suka mengaji dan dia nak galakkan ramai anak muda mengaji, itu sahaja, bukan demi popularati, bukan demi duit.

Namun, gelaran imam yang diberi membuatkan Asyraf kurang selesa dan meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebegitu kerana dia hanya cintakan al-Quran dan meminta orang ramai berhenti memanggil dia Imam kerana dia bukan Imam.

Dia cuma cintakan Quran, itu sahaja. Dan dia bercita-cita hendak ke Mesir untuk belajar agama di sana dan sekarang dia sedang mengumpul duit untuk ke sana. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.


Trivia Pelakon Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Hun Haqeem sebagai Imam Asyraf
Seorang content creator yang menjadi viral kerana suaranya yang indah membaca al-Quran, dia merupakan seorang loser terutamanya dalam keluarganya. Asyraf bercita-cita untuk menabung wang simpanan untuk bekerja di luar negara tetapi berpura-pura mahu melanjutkan pelajarannya di Mesir.

Seorang penipu yang menggunakan suara lelaki Arab sebagai suaranya untuk kandungannya. Mencari wanita yang muncul dalam mimpinya di Kg Ramadan. Gemuruh di hadapan Efa menyebabkan dia bercakap bukan-bukan. Dia mempunyai kebolehan untuk menghafal Al-Quran dengan cepat tetapi tidak menyedarinya.


Mira Filzah sebagai Ustazah Efa
Seorang scammer yang merupakan bekas banduan, mangsa penipuan cinta. Dia menipu tentang menjadi pendakwah untuk menyimpan wang untuk membayar hutangnya. Mempunyai perangai yang lembut, sopan, comel dan manis. Namun, perwatakannya berubah setiap kali dia mengalami ruam akibat berbohong. Dia akan mendapat ruam jika dia berbohong lebih daripada 3 kali sehari. Dia berasa terancam oleh Asyraf, takut Asyraf akan melihat melalui penipuannya. Dia juga mengelak dari Asyraf kerana ketampanannya. Dia seorang yang cepat belajar walaupun dia tidak pernah menyedarinya.

Sebelum ini naskah Hadith Omar bagi drama Nusyuz Berkiblat Cinta merupakan drama yang berat dan sambutan sangat memberangsangkan. Untuk drama ini, ianya lebih ringan dan pengarah mahu audiens enjoy dan hargai drama ini kerana genrenya berbeza. Penggambaran drama ini juga lebih mega dari drama Nusyuz Berkiblat Cinta.

Imam Instant Ustazah Scammer sebanyak sembilan episod akan ditayangkan bermula 5 Mac setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go. Jangan lupa untuk menonton siri drama televisyen Malaysia 2023 terbaru ni nanti. Semoga drama ini dapat tambat hati para penonton.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post