Jika kucing anda hilang selera makan atau tak nak makan, ianya boleh menjadi
  masalah yang serius. Namun, jangan bimbang sebab ada beberapa perkara yang
  boleh dilakukan untuk membantu kucing kembali makan tanpa paksaan. Berikut
  adalah lima tips efektif untuk merawat kucing yang tak nak makan.
Cari Penyebab Kucing Tak Nak Makan / Hilang Selera Makan
  Salah satu perkara yang perlu anda lakukan bila kucing kehilangan selera makan
  adalah mencari tahu penyebabnya. Beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi
  kucing seperti gangguan pencernaan, sakit gigi, jangkitan saluran kencing,
  stress atau kemurungan (depresion), dan masalah kesihatan lainnya. Dengan
  mencari sebab dan mengidentifikasi penyebab masalah ini, anda dapat membantu
  merawat kucing dengan lebih efektif dan tepat. Kemudian, perlu bawa kucing
  berjumpa dengan doktor haiwan atau ahli veterinar jika kucing tetap tak nak
  makan terutamanya jika kucing tak makan dalam tempoh masa yang lama.
- Penyakit buah pinggang (Kidney Disease)
 - Masalah pergigian (Dental Problems)
 - Objek asing dalam saluran pencernaan kucing seperti plastik, tumbuhan atau tali dan lain lain.
 - Masalah salur pencernaan (Gastrointestinal, GI) :
 
- Urinary obstruction
 - Colitis
 - Gastroenteritis
 - Cancer
 - Pancreatitis
 - Perubahan dalam bakteria usus kucing
 - Parasit/Kutu
 
  Salah satu cara terbaik untuk merawat kucing yang tidak mahu makan adalah
  memberikan makanan yang disukainya. Cuba cari tahu jenis makanan apa yang
  biasanya disukai oleh kucing anda dan berikan mereka sebagai alternatif dari
  makanan utamanya. Contohnya anda boleh berikan wet food kegemaran atau cat
  treat. Pastikan juga bahawa makanan tersebut memenuhi keperluan nutrisi yang
  diperlukan oleh badan kucing. Jika perlu, boleh daptkan pandangan dan
  konsultasi dari doktor veterinar untuk mengetahui jenis makanan apa yang
  sesuai untuk kucing anda. Selain itu, buat jadual pemberian makanan secara
  teratur dan elakkan memberi makan atau makanan ringan di luar jam makan mereka
  supaya kucing memiliki selera makan yang lebih stabil.
Variasikan Cara Memberi Makan Dan Beri Makan Dalam Jumlah Kecil
  Jika kucing anda enggan makan dalam kuantiti banyak, cuba beri mereka makan
  dalam jumlah atau kuantiti kecil dan beri makan lebih kerap. Anda boleh juga
  cuba cara lain untuk memberi makan seperti dengan menggunakan sudu atau
  mangkuk yang berbeza. Kucing lebih suka makan dalam keadaan tenang dan aman.
  Jadi anda perlu ciptakan suasana yang menyenangkan saat memberi makan kucing.
  Anda boleh letakkan bekas makanan dan bekas minum di tempat yang tenang dan
  jauh dari keramaian. Selain itu, perhatikan suhu makanan tidak terlalu panas
  atau sejuk (bagi homemade food atau wetfood) supaya kucing selesa ketika
  makan. Menggunakan teknik-teknik ini dapat membantu meningkatkan nafsu makan
  kucing dan membantu menjaga keadaan kesihatan secara optimum.
  Selain memberikan makanan yang cukup, anda juga perlu memastikan bahwa kucing
  anda terhidrasi dengan baik. Maksudnya kena pastikan mereka minum air bersih.
  Pastikan selalu menyediakan air bersih dan segar dalam mangkuk yang mudah
  diakses. Jika kucing jarang atau tidak minum air, anda boleh berikan air
  rebusan ayam atau ikan untuk meningkatkan selera makan dan minum kucing amat
  penting untuk kucing minum air yang cukup untuk kesihatan kucing.
Bawa Kucing Berjumpa Doktor Veterinar / Doktor Haiwan Jika Keadaan Kucing Tidak Membaik
  Walaupun ada beberapa tips yang dapat dilakukan untuk merawat kucing yang tak
  nak makan, jika keadaan tidak membaik dan kucing mengalami gejala kesihatan
  lain, perlu segera ke hospital veterinar atau klinik haiwan untuk pemeriksaan
  lanjut. Mungkin sahaja kucing anda mengalami masalah kesihatan lain yang
  menjadi penyebab utama dari masalah tersebut.
  Dari pengalaman Kak bell, kalau kita tak arif masalah yang berlaku pada kucing
  atau ada nampak gejala dan sikap kucing yang berbeza dari kebiasaannya, jangan
  lengah untuk ke klinik haiwan. Mungkin aje kucing anda perlu penanganan yang
  lebih serius dari pihak hospital.

