5 Tip Beli Rumah Pertama Di Malaysia Anda Perlu Tahu | Hujung tahun
    lepas Kak Bell buat keputusan nak beli rumah pertama. Kebetulan kereta pun
    dah nak habis bayar, jadi rasanya dah sampai masa nak memiiki rumah sendiri.
    Terus tak fikir panjang, lepas usha projek perumahan yang sesuai jadi Kak
    Bell buat booking untuk RUMAHWIP di Pantai Hill Park. Mulanya loan tak lepas
    sebab high komitmen. Dah setel PTPTN, akhirnya bank cakap kuota penuh. Sis
    pun tak faham, so berkuburlah harapan. Apapun ada hikmahnya tu. Tunggu
    rezeki lain dan kukuhkan kewangan supaya lebih stabil.
    Sekarang Kak Bell menyewa dah lebih 15 tahun. Rasa lagi bagus beli rumah,
    tambah sikit duit dan tak payah fikir banyak sebab rumah kita sendiri. Buat
    korang yang nak beli rumah kena tanya diri sendiri samaada nak beli rumah
    untuk tinggal sendiri atau sebgai pelaburan property. Kalau untuk jana duit,
    bolehlah dijadikan rumah sewa tapi kalau untuk duduk sendiri perlu ada
    kewangan yang kukuh sebab cash flow mungkin sedikit terganggu. Ni ada
    beberapa tip beli rumah. Nak cara yang lebih details mungkin boleh rujuk
    agen hartanah lah.
  
    Bergaji kecil tak semestinya jadi penghalang daripada kita membeli rumah
    pertama. Selagi kita bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, insyaAllah
    semuanya dipermudahkan. Sedia maklum, kita boleh keluarkan duit KWSP (Akaun
    2) untuk membantu membayar pinjaman pembelian rumah. Then, mestilah kena
    hantar permohonan pinjaman perumahan dengan bank.
  
  
    Kebiasaanya pembeli rumah perlu perlu membayar atau mengeluarkan 10%
    daripada harga pembelian rumah untuk dijadikan sebagai bayaran pendahuluan
    manakala selebihnya harga hartanah dibiayai melalui pinjaman bank. Bagi penjawat awam yang berjawatan tetap bolehlah memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA.
Dalam
    bidang hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio
    bagi menentukan kemampuan kewangan untuk beli rumah. Jadi pinjaman rumah
    anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) dari gaji kasar (gaji sebelum
    ditolak cukai + perbelanjaan + etc). Ada banyak kos lain dalam membeli rumah
    yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment,
    kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.
  
Cara nak kira pinjaman maksimum rumah
Cara nak kira pinjaman maksimum rumah adalah seperti di berikut:
  Gaji kasar x 30 /100
    
    
    
    
    2. Pilih Rumah Yang Sesuai Dengan Keadaan
    
    
    
    
    
    
    3. Beli Rumah Lebih Daripada Kelayakan
    
    
    
    4. Pastikan Mempunyai Sejarah Dan Skor Kredit Yang Baik
    
    
    
    
  
    
    
    
    
    
      Contohnya, kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar
      lebih daripada RM900 untuk pinjaman perumahan.
    
    
      Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30
      tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.
      Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda.
    
    
      Kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000. Dengan tempoh pinjaman
      30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861.
      Yang ni lah anda mampu milik! Kalau nak senang sikit, bolehlah gunakan
      kalkulator
      ini untuk mengagak harga rumah yang anda mampu miliki tu.
    
      Setelah dah tahu jumlah pinjaman yang mampu, bolehlah mula survey rumah
      yang ingin dibeli. Mungkin korang boleh beli rumah kecil dan murah sebagai
      permulaan mengikut kemampuan. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri.
      Korang boleh beli rumah subsale (rumah second hand) atau beli rumah baru,
      juga dikenali sebagai rumah undercon.
    
    
      Diantara faktor yang boleh korang survey seperti dekat tak dengan tempat
      kerja, keadaan trafik, keluasan rumah, berapa bilik, apa kemudahan asas,
      kawasan selamat dengan pak guard dan sebagainya. Macam Kak bell pilih
      Pantai hill Park sebab dekat nak ke office, mudah nak keluar masuk KL dan
      berdektan dengan Hospital veterinar. Sekarang dah selalu berlaku banjir,
      faktor ni pun boleh korang ambil kira.
    
    
      Tengok juga inisiatif rumah kerajaan seperti PR1MA, PPR, RUMAWIP dan Rumah
      Selangorku. Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti
      lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.
    
      Jika diikutkan gaji, korang layak beli rumah berharga RM500,000. Tapi
      korang beli rumah berharga RM400,000. Tindakan ini adalah tepat sebab
      untuk Debt Service Ratio (DSR)/Nisbah Khidmat Hutang korang bernafas.
      Benda ni penting supaya kita tidak terikat dengan hutang bank melebihi
      kemampuan sehingga tidak langsung mempunyai simpanan lain.
    
    13 Jenis Rumah/Hartanah Di Malaysia
Berikut adalah jenis rumah/hartanah di Malaysia
1. Condominium (Kondominium)
2. Serviced Apartments (Pangsapuri Servis)
3. Apartment
4. Rumah Flat
5. Terrace/ Link House (Rumah Teres/ Link)
6. Bungalow (Banglo)
7. Duplex
8. Dual Key
9. Townhouse
10. Penthouse
11. Semi Detached (Separa Berkembar)
12. SOHO/ SOVO/ SOFO
13. Retail/ Shop Lot (Rumah Kedai/ Lot Kedai)
      Pastikan laporan kredit dan skor CTOS berada dalam keadaan yang baik. Dua
      perkara ini sangat penting untuk memastikan korang dapat pinjaman
      perumahan. Mesti kena ada sejarah pembayaran kredit yang baik sebab bank
      akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak atau tidak untuk
      mendapat pinjaman yang dimohon dari bank. Ianya bergantung kepada terma
      dan syarat setiap bank yang berkenaan. Biasanya, anda kena pastikan DSR di
      bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.
    
    
      Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit
      Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).
      Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan
      peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap
      permohonan pinjaman perumahan. Bank akan menilai rekod prestasi korang
      membuat pembayaran hutang dan mereka akan menilai sama ada korang layak
      untuk membuat pinjaman perumahan atau tak.
    
Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?
      Mesti dengan keadaan sekarang buat kita fikir 10 kali kalau nak beli
      rumah. Tengan pandemik Covid adakah masa yang sesuai untuk membeli rumah?
    
    
    5. Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?
  
  
      Dengan apa yang sedang berlaku disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan
      Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, sentimen pembeli rumah
      memang makin menurun. Kalau untuk kegunaan anda sendiri, sekarang adalah
      masa yang bagus untuk
      membeli rumah.
    
    
      Rumah ni adalah satu keperluan, bukan kemahuan. Berdasarkan Hierarki
      Keperluan Maslow, salah satu faktor penting yang manusia tak boleh kalau
      tak ada (selain dari udara, air, dan makanan) adalah tempat perlindungan.
      Jadi sebelum beli rumah, perlu jugalah kita kaji dan lihat
      sejarah pasaran
      di Malaysia. Berdasarkan kajian, pembeli anda akan mendapat pulangan
      terbaik jika membeli setahun selepas kemerosotan ekonomi.
    
    
      Menurut penganalisis, mereka yakin yang industri hartanah cukup berdaya
      tahan, dan akan melonjak semula. Kaji selidik dan ramalan ini disokong
      oleh pergerakan harga, jumlah, dan nilai semasa kemelesetan dan wabak
      virus yang pernah berlaku pada masa lalu.
    
    
      Pembelian rumah merupakan satu proses pembelian yang terbesar dan boleh
      dikatakan paling menakutkan yang korang akan buat daam hidup. Ianya satu
      proses yang memerlukan komitmen kewangan yang besar dan habis jika
      tersilap langkah! Kena pastikan yang kita mampu untuk buat bayaran
      bulanan, selain menyesuaikan diri dengan perbelanjaan lain. Walau apa-pun
      semoga urusan kita dipermudahkan dan dikurniakan rezeki untuk memiliki
      rumah sendiri satu hari nanti. Selamat beli rumah!