BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Trending

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Jumaat lalu Kak Bell berkesempatan ke konsert ‘Blossom Intimate’ daripada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Konsert BCL berlangsung sukses dengan penuh emosi dan kejutan. Ini adalah persembahan sulungnya di Malaysia selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair. Kali terakhir BCL membuat persembahan adalah ketika konsert Konsert Anuar Zain, BCL & Yuka Kharisma LIVE in KL pada 2018.

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Konsert BCL Blossom Intimate KL menampilkan 3 buah segmen iaitu Awakening-Reborn, Grow dan segmen ketiga Blossom. Bunga tampil memberikan persembahan bertenaga dengan mempersembahkan sekitar 20 lagu termasuk lagu medley, sekali gus membawa penonton melalui fasa demi fasa dalam kisah hidupnya sebagai wanita. BCL juga membawakan lagu duet bersama dengan Ariel Noah, Danar Widianto (X Factor Indonesia tempat ke-3) dan Ray Prasetya (Super Idola Band).

Persembahan yang dihadiri lebih 2,800 orang peminat tidak hanya memukau dengan vokal nyanyian secara ‘live’, malah BCL memberi kejutan penonton apabila melakukan persembahan bersama anak tunggalnya iaitu Noah Sinclair. Penampilan istimewa daripada anak lelakinya itu mencuri tumpuan peminat apabila menyanyikan bahagian (part) rap ketika lagu Dance Tonight.

12 Tahun Terindah Buat Bunga Citra Lestari Sebak

Bunga berkongsi memori bahagianya bersama Ashraf melalui segmen kedua menerusi lagu Tentang Kamu, Wanita Terbahagia dan 12 Tahun Terindah. BCL berkongsi rasa sedih bagaimana pemergian Ashraf meletakkan dirinya di titik terendah dalam fasa kehidupannya.

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Bunga Citra Lestari sehingga tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu dendangan 12 Tahun Terindah dan terus mendapat tepukan semangat dari penonton. Momen tersebut turut membuatkan sesetengah penonton yang hadir turut berada sebak dan menitiskan air mata. Tambahan pula apabila persembahan tersebut turut memaparkan koleksi foto momen indah Bunga bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Single Terbaru BCL Badai Telah Berlalu

Buat pertama kalinya Bunga membawakan lagu barunya yang bertajuk Badai Telah Berlalu, single kolaborasi yang dilantunkan oleh Diskoria, Laleilmanino, dan Bunga Citra Lestari (BCL). Hampir tiga tahun hidup tanpa pasangan sejak 18 Februari 2020, kini BCL mengisyaratkan dirinya sudah move on. Di layar pentas turut memaparkan pelakon Christine Hakim sebagai pelakon dalam video klip Badai Telah Berlalu.

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Selain momen sedih, penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL, Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi dan rapping bersama ibunya untuk lagu terakhir, Dance Tonight. Noah yang berusia 12 tahun itu juga lincah menari persis penari profesional sekaligus mengundang sorakan gemuruh penonton.

Penonton sekali lagi terkejut apabila BCL tampil berduet dengan Ariel menerusi lagu Menghapus Jejakmu dan Mencari Cinta meskipun vokalis kumpulan Noah itu tidak berada di Malaysia secara fizikal. Ariel merakam video nyanyian tersebut khas buat penonton konsert di Malaysia.

BCL Bawakan Lagu Baru, Badai Telah Berlalu Di Konsert ‘Blossom Intimate’ KL

Konsert BCL Blossom Intimate KL yang dibawakan oleh Icon Entertainment turut dihadiri keluarga Ashraf termasuk ibu dan bapanya iaitu Mohamed Anthony John Sinclair, Khadijah Abdul Rahman serta adik perempuan Allahyarham, Aishah Sinclair. Turut hadir di konsert adalah Tengku Permaisuri Selangor, Anuar Zain, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Ella, Hanis Zalikha, Puteri Aishah, Rashid Sidek dan ramai lagi.

konsert bcl, BCL Konsert Blossom Intimate KL, konser bcl 2022, konsert BCL 2023, konsert bunga cinta lestari, bcl konser singapura, concert bcl, lagu baru bcl,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post