Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Dengan Terung Pipit

Hi semua! Kali ini Kak Bell nak kongsikan resepi daging masak lemak cili api dengan terung pipit. Memang dah teringin lama nak cuba masak terung pipit ni, cuma baru sekarang dapat seru!


Bila sebut sahaja terung pipit, mungkin ada antara kita yang tidak mengenalinya. Terung pipit berwarna hijau, berbentuk bulat kecil ini selalu dijadikan sebagai ulam. Pokok terung pipit ni pun sangat mudah didapati dan tumbuh merata. Kalau masa kecik-kecik dulu buah ni dibuat sebagai buah lastik.


Minggu lepas semasa shopping di Jaya Grocer Glo Damansara, Kak Bell beli ulam terung pipit ni untuk dipadankan dengan daging buat masak lemak cili api. Katanya terdapat banyak khasiat terung pipit untuk kesihatan. Antaranya kaya dengan serat mengurangkan berat badan, digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat cirit birit dan pelbagai lagi jangkitan di perut dan sebagainya.


Bahan kisar

Untuk resepi ni Kak Bell gunakan daging lembu Australia dari True Aussie Beef & Lamb. Disebabkan dagingnya dah dipotong nipis, jadi masa memasak dan daging empuk pun tak lama. Jom tengok resepi daging masak lemak cili api dengan terung pipit.


Bahan A
1 mangkuk daging
4 biji cili api
1 genggam terung pipit
1 kotak santan
1 biji kentang
1 batang serai
1 biji tomato
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan kisar)
8 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara memasak:
1) Asingkan terung pipit dari tangkai dan cuci bersih.
2) Tumbuk atau kisar halus semua Bahan B dengan sedikit air.

3) Panaskan sedikit minyak, masukkan serai, asam keping dan tumis semua bahan kisar B hingga mendidih.


4) Masukkan kentang, daun kunyit dan santan. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.


5) Masukkan daging dan terung pipit, kacau hingga daging empuk.



6) Tambahkan tomato dan kacau sekejap sebelum diangkat.

TIPS
  • Kalau nak mudah, korang boleh rebus dahulu daging supaya cepat masak
  • Boleh juga guna serbuk kunyi jika tiada kunyit hidup
  • Boleh juga dimasak tanpa tumis dahulu menggunakan minyak

Kalau tak nak tumis, boleh masukkan semua bahan kisar dengan santan dan air, kemudian masak hingga mendidih. Kemudian boleh masukkan daging kemudian masukkan terung pipit dan akhir sekali tomato. 


Lepas ni Kak Bell bercadang nak buat sambal dengan terung pipit dan masak lemak terung pipit dengan ikan bilis pula. Selamat memasak!

3 comments:

  1. Fuuuyoooohhhhhhh!!!!!!!!!!!!! Giler awesome-licious masakan nie. Tengok gambar pun dah dpt bayangkan rasanya. Thank you for sharing, sis. Take care.

    ReplyDelete
  2. Wow...this dish so tasty looking & I have not tried terung pipit before, gonna grab it the next time when I'm shopping for vegetable :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. makk aii sodapnyaaa.. ni fav kita.. masak dengan terung pipit mmg terbaik

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.