Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna?

Trending

Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna?

Semasa tengah cari info pasal aplikasi ni, ada nampak posting yang mengatakan ada pengguna kena caj melalui kad kredit tanpa disedari. Terus sis gelabah dan cek semula app ada ke mana-mana fitur atau fungsi yang kena bayar. Susulan tular berkenaan isu tersebut, netizen mula mempersoalkan sama ada aplikasi ini hanyalah satu penipuan untuk menjerat mangsa-mangsa di luar sana atau sebaliknya.

Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna?

Ialah kan, kalau kene curi duit tanpa sedar, mestilah naik hangin kan. Kalau nak purchase, biasanya mesti akan ada keluar reminder dan pengesahan dulu sama ada kita nak teruskan apa-apa pembelian kan. Ok jom baca lebih lanjut untuk ketahui lebih lanjut mengenai isu ni.


Bondee App Scam Duit atau Tidak?

Untuk pengetahuan semua, Metadream Tech telah memuat naik satu kenyataan di media sosial mereka mengenai itu berkenaan. Menurut mereka, khabar angin tersebut adalah palsu dan tidak benar. Metadream Tech juga tidak mengumpul sebarang maklumat kad kredit pengguna. Malah, buat masa ini, semua fitur yang boleh digunakan di dalam aplikasi Bondee adalah percuma.

Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna?


Pada masa yang sama, Metadream Tech juga memberi jaminan bahawa sistem mereka dapat melindungi data pengguna daripada sebarang ketirisan. Sebelum log masuk, aplikasi ini meminta informasi pengguna seperti nama, emel, password, nombor telefon dan tarikh lahir. Namun, ia tidak meminta sebarang informasi kad kredit.

Aplikasi Bondee App Scam Duit Dari Kredit Kad Pengguna?

Sebagai langkah berjaga, anda disarankan untuk tidak memuat naik aplikasi berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui. Kak Bell pun ambik baju, pakaian dan eksesori semua yang percuma. Tak payah guna barang-barang yang limited free trial yang ditawarkan tu ye.

Bondee merupakan satu aplikasi sosial yang popular di Singapura, Malaysia, Jepun dan banyak lagi negara lain. Apa-pun hope korang enjoy dengan app ni!

apa itu bondee app viral malaysia di malaysia, apa itu bondee app viral malaysia di indonesia, aplikasi bondee, apa itu bondee app, bondee app for pc, bondee app download, bondee app ios, aplikasi bina rumah,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post