Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)

Trending

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022) | Hi korang! Mesti korang semua confirm peminat siri Squid Game Korea kan? Ada satu lagi drama bersiri Netflix dari Jepun yang mempunyai persamaan dari segi konsep dan tema iaitu drama Alice in Bonderland. Walaupun kedua-dua drama ni berkisar tentang permainan yang mempertaruhkan nyawa dan terus bertahan hidup, jalan cerita dan storyline antara drama tersebut berbeza.

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)

Sebelum ni Kak Bell memang dah tengok Alice in Borderland Season 1, then baru perasan yang Alice in Borderland Season 2 dah keluar pada Khamis, 22 Disember 2022 lalu. Season 1 ada 8 episod dan Season 2 pun ada 8 episod. Kesekejapan aje Kak Bell dah maraton habis sekali lagi tonton dari Season 1 sampai yang terbaru ni.

Alice in Borderland ni adalah siri live action dari manga bertajuk sama Alice in Borderland hasil karya Hara Aso. Kalau tak silap novel Heart no Kuni no Alice (Alice in the Country of Hearts: Wonderful Wonder World) ni manga dan filem lain. Drama siri ni sama aje macam Squid Game iaitu drama bergenre game survival.


Title: Alice in Borderland 2
Genres: Sci-fi, Mystery thriller
Network: Netflix
Director: Shinsuke Sato
Writer: Haro Aso (manga), Yoshiki Watabe, Yasuko Kuramitsu, Shinsuke Sato
Cinematography: Taro Kawazu
Composer: Yutaka Yamada
First episode date: December 22, 2022
Episodes: 8
Language: Japanese

Seasons:
Alice in Borderland | Imawa no Kuni no Arisu (Netflix / 2020)
Alice in Borderland: Season 2 | Imawa no Kuni no Arisu Season 2 (Netflix / 2022)


88% of Rotten Tomatoes
7.6/10 IMDb ratings


Barisan Pelakon / Alice In Borderland Season 2 Cast
Kento Yamazaki - Ryohei Arisu
Tao Tsuchiya - Yuzuha Usagi
Nijiro Murakami - Chishiya
Yuki Morinaga - Chota
Keita Machida - Karube
Ayaka Miyoshi - An
Dori Sakurada - Niragi
Aya Asahina - Kuina
Shuntaro Yanagi - Rasubosu
Yutaro Watanabe - Tatta
Ayame Misaki - Shibuki
Mizuki Yoshida - Asahi
Tsuyoshi Abe - Ryu
Nobuaki Kaneko - Boshiya
Sho Aoyagi - Aguni
Riisa Naka - Mira
Shigemitsu Ogi - Ryohei's father
Reiko Kataoka - Chota's mother
Shuichiro Masuda - Kazudo
Yusuke Hirayama



Sinopsis Alice In Borderland Season 2
Alice in Borderland 2 memfokuskan jalan cerita tentang Ryohei Arisu (Kento Yamazaki) dan Yuzuha Usagi (Tao Tsuchiya) untuk memecahkan misteri Borderland supaya dapat balik semula ke dunia nyata/realiti. Setelah kehilangan teman-teman yang turut terjebak di Boderland di season pertama, Arisu dan Usagi akan bertemu dengan karakter-karakter baru di musim ke-2.

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)

Pada akhir musim pertama, Arisu berhasil selamat dari sejumlah permainan di sana. Lalu cerita berlanjut ketika Arisu dan seorang peserta lain yaitu Usagi (Tao Tsuchiya) sampai di sebuah ruangan kawalan. Di sana mereka bertemu dengan seseorang bernama Mira (Riisa Naka) dan beritahu yang permainan belum berakhir. Masih ada permainan lain yang menanti di Tokyo.


Scene awal menceritakan kisah 3 sekawan Arisu, Chota dan Karube yang menghadapi berbagai masalah. Semasa melintas jalan, ada kemalangan berlaku disebabkan mereka bertiga yang bermain-main di tengah jalan. Kemudian mereka lari ke toilet bangunan terdekat sebab dikejar polis dan menyorok bertiga di dalam satu bilik toilet. Tiba-tiba keadan jadi sunyi. Setelah keluar, mereka tiba-tiba berada di Tokyo yang belum pernah dilihat sebelumnya, sebab tak ada orang lansung di kota Shibuya yang sentiasa sesak seperti berada di sebuah kota yang tak berpenghuni. Isyarat telefon dan elektrik pun tak ada.

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)


Kemudian setelah berjalan, mereka sampai ke tempat yang satu-satunya ada lampu menyala di tengah kota tanpa elektrik tadi. Cahaya lampu ini membawa mereka ke dalam sebuah gedung kedai yang kosong dan tanpa disedari, mereka masuk ke dalam sebuah permainan yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Nyawa adalah taruhannya bila mereka memilih untuk keluar dari game tadi atau gagal selesaikan game berkenaan. Setiap pemain akan mendapatkan 3 visa istirahat dan satu-satunya cara untuk bertahan hidup adalah terus memperoleh visa dengan menyelesaikan permainan yang telah dipersiapkan.

Arisu sebagai aktor utama adalah seorang pemuda yang terobsesi dengan permainan video game dan tidak akur dengan keluarganya. Yuzuha Usagi pula seorang pendaki gunung yang baru kematian ayahnya. Dalam geng dorang ni ada juga Chota Segawa (pakar IT), Daikichi Karube (bartender) dan lain-lain. Ada juga sorang watak transgender yang dulunya lelaki tapi dah jadi pompuan masa dah terperangkap dalam Boderland.


Untuk episod akhir, 6 peserta yang bekerjasama untuk habiskan permainan untuk Game Card King sebelum maju ke Game Card Queen yang terakhir. Sis tak ceritalah endingnya sebab nanti tak thrill la pulak kann. Hujung-hujung tiba-tiba ada card Joker yang muncul, apakah akan ada Alice in Borderland Season 3? Sama-sama kita tunggu kay.


Review Alice In Borderland Season 2
Siri Alice In Borderland Season 2 ni lebih menarik dan mengujakan. Musim 2 ni ada lagi banyak game survival yang ditunjukkan dan tahap kesukaran game tu bergantung kepada jenis kad. Contohnya kalau Game 7 Heart lebih susah dari Game 3 Heart. Jenis permainan pun bergantung pada jenis bunga pada kad tu.

Sinopsis Alice in Borderland Season 2 Netflix (2022)


Memang tak terfikir la ye game survival dalam Boderland ni. Ada yang kene letup, kene panah laser, kena curah asid sulfurik kalau kalah dalam game. Dalam setiap game mesti ada sorang pemenang atau lebih bergantung pada jenis game. Bila Usagi dan Arisu dan sampai game card Queen, meaning semua ketua atau king bagi setiap kad tu dah kalah ya. Memang ngeri jugaklah tengok scene-scene ni. Siap ada game matematik gitu. Mamposlah kalao sis tak boleh jawab! Apa-pun ada twist ya untuk penjelasan setiap game tu nanti.

Bagi korang yang suka drama aksi dan thriller, boleh tengok la Alice In Boderland ni. Drama ni kategori 18SX 18SG segala, jadi tak digalakkan untuk tontonan bawah 14 tahun ya. Sis bagi 6.6/10 bintang.

alice in borderland cast, alice in borderland season 2 ending, alice in borderland season 2 explained, cast of alice in borderland season 2, alice in borderland season 2 ending explained, alice in borderland season 2 review, niragi alice in borderland, when does alice in borderland come out, riisa naka, who dies in alice in borderland season 2, tomohisa yamashita, tao tsuchiya, alice in borderland season 2 release date, alice in borderland season 2 trailer, alice in borderland season 2 episode 1, alice in borderland season 2 cast, alice in borderland season 2 full episodes, when is alice in borderland season 2 coming out, netflix alice in borderland season 2, when does alice in borderland season 2, Heart no Kuni no Alice (Alice In The Country Of Hearts),

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post