Lee Jae Wook Rasmi : Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya Lee Jae Wook Rasmi : Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia

Trending

Lee Jae Wook Rasmi : Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia

Korea Tourism Organization (KTO) secara rasmi telah mengumumkan perlantikan Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat untuk Korea Tourism Organisation di Kuala Lumpur dan dijadualkan mengunjungi Malaysia pada 5 November 2022 sempena Korean Fest yang dijalankan sepanjang 4-6 November 2022.

Lee Jae Wook Rasmi Dilantik Sebagai Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia
From left to right: Mr. Yang Kyung Soo, Managing Director of KTO Malaysia, His Excellency Yeo Seung Bae, Ambassador of the Republic of Korea to Malaysia, Mr. Lee Jae Wook, South Korean Actor, Mr. You Jin Ho, Executive Director of Tourism Product Development Department

Dek kerana berdepan isu Covid-19 yang masih belum reda, ia adalah satu penghormatan kepada para mangsa serta keluarga yang terlibat dalam Tragedi Halloween di Itaewon sehingga menyebabkan segala perancangan yang dijadualkan telah ditangguhkan. Melihatkan segala perancangan telah di susun rapi, akhirnya sekali lagi KTO Malaysia mengumumkan 20 Disember 2022 sebagai tarikh baharu kedatangan Lee Jae Wook ke negara ini sekaligus memberi sinar baru buat peminat.


Peminat yang membeli mana-mana Pakej Pelancongan Korea daripada mana-mana Agensi Pelancongan KTO yang mengambil bahagian, Syarikat Penerbangan dan Rakan Kongsi Agensi Pelancongan Dalam Talian dari 13 September hingga 11 Disember 2022 diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon itu secara dekat dan peribadi di “Annyeong Kawan with Lee Jae Wook” meet and greet pada 20 Disember 2022 lalu. Peminat bertuah juga berpeluang mendapatkan barangan eksklusif Lee Jae Wook dan peluang bergambar bersama dengan aktor Lee Jae Wook.

“Kami sememangnya berbesar hati untuk mempunyai Lee Jae Wook di sini bersama kami sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan teratas untuk rakyat Malaysia dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia meneroka Korea bersama Lee Jae Wook”, kata Encik Yang Kyung Soo, Pengarah Urusan Organisasi Pelancongan Korea.

“Bersama-sama dengan Lee Jae Wook, kami teruja untuk mempersembahkan pengalaman unik dan menarik Korea Selatan melalui satu siri video di saluran media sosial kami dan pada sesi bertemu dan salam secara peribadi. Kami mengharapkan maklum balas positif daripada peminat Malaysia, terutamanya daripada peminat K-drama dan K-pop.” tambah Encik Yang Kyung Soo.


Lee Jae Wook membuat penampilan sulungnya dalam filem thriller fiksyen sains “Memories of the Alhambra (2018-2019) dan mengukuhkan lagi statusnya sebagai peneraju lelaki dalam drama fantasi terkenal Alchemy of Souls (2022).

Acara di mulakan dengan sidang akhbar bersama media sebelum acara utama bersama dengan para peminat Lee Jae Wook yang sangat menantikan kehadiran pelakon ini. Sidang media yang berjalan sepanjang 20 minit menyaksikan suasana penuh ceria di antara Lee Jae Wook dan para media yang rata-ratanya agak memahami bahasa Korea sehingga pengacara Natalie pada majlis tersebut bercanda menyatakan sidang media tersebut tidak memerlukan penterjamaahan.

Lee Jae Wook Rasmi Dilantik Sebagai Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia
Lee Jae Wook accepted his appointment as Honorary Ambassador for the Korean Tourism Organization from Mr. Yoo Jin Ho, Executive Director of the Tourism Product Development Department.


Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Lee Jae Wook datang ke Malaysia. Menurut En. Yang Kyung Soo, perlantikan Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat KTO dan memilih Malaysia sebagai tempat tapak pelancaran ‘Tahun Melawat Korea 2023’ dengan tema “Annyeongkawan” adalah kerana mereka berharap dapat meningkatkan lagi pemilihan Korea sebagai destinasi pelancongan teratas untuk Malaysia. Selain itu, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk meneroka Korea terutama kepada peminat K-drama dan K-pop melalui Lee Jae Wook.

Sempena Tahun Melawat Korea, Lee Jae Wook secara peribadinya memperkenalkan ‘Han River’ sebagai salah satu tempat beliau menghabiskan masa terluang untuk menenangkan fikiran. Lee Jae Wook mencadangkan peminat merasa keindahan Han River sendiri kerana lokasi tersebut adalah sangat cantik serta mempunyai suasana yang berbeza pada waktu siang dan malam. Tambahnya lagi, ada banyak akiviti yang boleh dilakukan antaranya berbasikal seperti yang beliau lakukan. 

Baca juga Kat mana nak hunting sakura, cherry blossom di Jeju.

Berikut adalah skrip interview bersama Lee Jae Wook yang telah disediakan sehari sebelum sidang media dijalankan.

1. Bagaimana perasaan anda apabila dunia kini telah membuka pintunya dan semua orang boleh melakukan perjalanan?
Saya juga merasa kecewa kerana tidak dapat melakukan perjalanan disebabkan oleh pendamik COVID-19. Kini setelah perjalanan boleh dilakukan semula, saya sangat ingin melawat ke tempat-tempat yang belum pernah saya kunjungi. Saya harap anda semua boleh melawat Korea dan menikmati pelbagai tarikannya.

2. Apa yang paling anda nantikan apabila berkunjung ke Malaysia?
Setelah mendapat tahu bahawa ‘Alchemy Of Souls’ cukup popular di Malaysia, ini membuatkan saya semakin tidak sabar untuk bertemu dengan peminat saya di Malaysia.

3. Apa tanggapan pertama anda terhadap Malaysia?
Kedatangan saya disambut dengan penuh kasih sayang dan kemesraan sebaik sahaja tiba di Malaysia, dan ini akan menjadi salah satu kenangan indah saya. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi.

Lee Jae Wook Rasmi Dilantik Sebagai Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia
South Korean pop star Kisum kicked off the Annyeong Kawan with Lee Jae Wook - Meet and Greet event with a superb, lively performance. Her stellar performance energized the evening's events with her songs such as  “No Jam”,  “Superstar” and “100%”


4. Pernahkah anda mencuba makanan Malaysia? Mana satu kegemaran anda?
Saya masih belum mencuba mana-mana makanan Malaysia tetapi saya dengar ada banyak makanan lazat seperti nasi lemak, laksa dan lain-lain. Saya pasti akan mencubanya apabila saya berpeluang.

5. Adegan mana dalam ‘Alchemy of Souls’ yang paling anda suka? Kenapa?
Adegan pertama dalam ‘Alchemy of Souls Musim 2’. Tiga tahun selepas kebangkitannya. Saya rasa itulah babak paling berkesan untuk Jang Wook.

6. Apa yang boleh kami nantikan dalam Alchemy of Souls Musim 2?
Alchemy of Souls Musim 2 akan mendedahkan sisi berbeza Jang Wook berbanding musim pertama. Ia akan menjadi sangat menarik untuk melihat bagaimana dan mengapa Jang Wook telah berubah.

7. Apa yang membuat anda mengambil peranan ini dalam Alchemy of Souls?
Genre percintaan fantasi amat menarik minat saya, kerana ianya menjadi satu cabaran baru yang menyeronokkan bagi saya, oleh sebab itu saya mengambil peranan tersebut.

Lee Jae Wook Rasmi Dilantik Sebagai Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia
Lee Jae Wook’s fans excitedly hoisted up their banners to welcome him as they eagerly awaited his arrival on stage.


8. Adakah anda mempunyai projek lain yang akan datang selain Alchemy of Souls Musim 2?
Saya sedang mempersiapkan FanMeet pertama saya yang sudah dirancang sejak penampilan sulung saya. Kami merancang sesi jelajah Fanmeet bersama peminat Asia bermula di Seoul pada 14 Januari, dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat dengan lebih dekat. Saya meletakkan seluruh jiwa raga saya untuk menyediakan persembahan terbaik kepada peminat.

9. Apakah peranan impian anda?
Saya ingin menyahut cabaran melakukan genre noir, watak gelap dan mempunyai cerita yang istimewa.

10. Apa yang anda suka lakukan pada masa lapang anda?
Saya cenderung menghabiskan masa bersendirian. Pada ketika itulah, saya boleh mengatur aktiviti atau apa yang akan saya lakukan di masa depan disamping memberi masa rehat kepada diri sendiri.

11. Siapakah yang menjadi inspirasi anda?
Saya rasa saya terinspirasi oleh semua orang di sekeliling saya. Banyak kali, saya perlu berlakon dalam senario yang tidak pernah saya alami, jadi melalui pengalaman dan cerita dari orang ramai, saya terinspirasi olehnya dan ia membantu lakonan saya..

12. Jika anda bukan seorang pelakon, apa yang akan anda lakukan sekarang?
Pada akhirnya, saya masih berfikir saya akan menjadi pelakon. Itulah betapa seronok dan menariknya pekerjaan ini kepada saya.

Lee Jae Wook Rasmi Dilantik Sebagai Duta Kehormat Korea Tourism Organization Yang Pertama Ke Malaysia

Sesi sidang media "Annyeong Kawan bersama Lee Jae Wook" dianjurkan oleh Organisasi Pelancongan Korea dengan sokongan rakan kongsi agensi pelancongan yang mengambil bahagian seperti Airlines Booking Centre (ABC Holidays), Airlink Travel & Tour, Esplanad Holiday, Golden Tourworld Travel (GTT), Ice Holiday, Parlo Tours, Holiday Tours, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT)) dan rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk CU Malaysia, Klook Malaysia, Malaysia Airlines dan History of Whoo. Rakan Kongsi Tempat Rasmi, 1 Utama Shopping Centre, pusat membeli-belah terbesar di dunia dan diiktiraf sebagai “The Top Shopping Mall in Malaysia” dengan lebih 750 kedai shop-eat-play!

Untuk maklumat lanjut, layari www.koreafest2022.com

lee jae-wook, lee jae wook korea tourism organization honourary ambassador, lee jae wook duta kehormat korea tourism organization, lee jae wook duta kehormat korea tourism board, lee jae wook duta kehormat korea tourism organisation, lee jae wook personality, lee jae wook dramas, korea festival 2022,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

Previous Post Next Post