Trending


Nusa Fest 2023 Gabungkan Bunyian 3 Negara Malaysia, Indonesia Dan Singapura

Nusa Fest 2023 Gabungkan Bunyian 3 Negara Malaysia, Indonesia Dan Singapura | Untuk suku tahun pertama 2023, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kepada khalayak sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 4 & 5 Februari 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 2 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Nusa Fest 2023 Gabungkan Bunyian 3 Negara Malaysia, Indonesia Dan Singapura

FESTIVAL yang tergendala hampir 3 tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini akan kembali dengan lebih meriah dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.

Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.


“Pengumuman awal Nusa Fest diawali dengan hanya pengumuman tarikh dan tempat. Tiada nama-nama artis yang diumumkan. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari khalayak. Namun kami percaya bahawa rakyat Malaysia khususnya, memang sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap industri seni tanah air. Buktinya tiket ‘pre sale’ telah habis terjual walaupun kita hanya memberikan hint persembahan tanpa sebarang nama di laman sosial @shirazprojects dan @nusafest.my. Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, Nusa Fest akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di Nusa Fest 2023 terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong Nusa Fest sehingga ke hari persembahan.

Nusa Fest 2023 Gabungkan Bunyian 3 Negara Malaysia, Indonesia Dan Singapura


Untuk pengumuman fasa pertama, Nusa Fest akan menampilkan Budak Nakal Hujung Simpang(MY), Bunkface (MY), Burgerkill (ID), Dipha Barus (ID), Diskoria (ID), .Feast (ID), Forceparkbois (MY), Fourtwnty (ID), Gerhana Ska Cinta (MY), Hindia (ID), Iqbal M (MY), Jemson (MY), Kelompok Penerbang Roket (ID), Kunto Aji (ID), The Pinholes (SG), Pusakata (ID), Ras Muhamad (ID), Salam Musik (MY), White Percussion Unit (MY).

Harga Tiket NUSA FEST 2023
Tiket PRE SALE telah habis dijual dalam masa 5 hari dan tiket EARLY BIRD berharga RM300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.

Tiket BUNDLE OF 4 dijual pada harga RM1200 pada 9 Disember dan NORMAL TICKET pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan.


NUSA FEST 2023
Tarikh: 4 & 5 Februari 2023
Masa: Mulai jam 12pm hingga 12am
Venue: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Nusa Fest 2023 Gabungkan Bunyian 3 Negara Malaysia, Indonesia Dan Singapura

Harga tiket: 
EARLY BIRD - RM 300 (6 December, 4pm to 9 December, 4pm)
BUNDLE OF 4 - RM 1200 (6 December, 4pm to Event Day)
NORMAL TICKET - RM 350 (6 December, 4pm to Event Day)

Tiket: www.myticket.asia
Tiket Hotline: 03 8605 0196
Info Hotline: 012 2560082
Instagram: nusafest.my
Facebook: Nusa Fest
Laman Web: www.nusafest.com

NUSA FEST dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara. Pengumuman seterusnya akan dilakukan dari masa ke masa dan semestinya ini akan menambahkan lagi debaran sehingga ke hari festival.

nusa 2023, nusa festival, nusa tenggara festival, nusa festival 2023, artis Nusa Fest 2023, line up Nusa Fest 2023, Harga Tiket NUSA FEST 2023,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post