7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

Trending

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah | Pelbagaikan aktiviti anak-anak anda pada cuti persekolahan ini dengan peluang untuk menyertai 7 bengkel yang menarik dan menyeronokkan. Anak-anak anda mungkin akan berminat dengan aktiviti yang ditawarkan melalui bengkel DIY yang boleh disertai sepanjang cuti persekolahan yang akan datang!

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

1) CHOCOLATE LAB, CHOCOLATE MUSEUM PJ
Jadikan musim cuti sekolah anak anda lebih manis di Chocolate Lab, Chocolate Museum. Terletak di Petaling Jaya, bengkel ini menawarkan penyediaan coklat menggunakan kemudahan yang berkualiti serta diajar oleh pakar pembuat coklat. Anda boleh memilih antara dua kursus: bengkel pembuatan coklat dari biji koko dan marshmallow dicelup coklat atau rumah coklat dimana kanak-kanak dapat membina struktur rumah daripada coklat. Paling menarik, peserta akan menerima lawatan Chocolate Museum secara percuma melalui pakej bengkel ini.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah


2) CLAY EXPRESSION SUBANG JAYA
Bawa anak-anak anda ke dalam mod berseni dengan menghabiskan percutian cuti sekolah dengan seni tanah liat. Terletak di Subang Jaya, Clay Expression ialah bengkel yang khusus dalam seni tembikar dan tanah liat. Hanya dalam 2.5 jam, kanak-kanak boleh belajar cara membuat pinggan atau cawan teh melalui teknik pembuatan tembikar secara tradisional, dan juga menggunakan roda tembikar dalam bengkel wheel-throwing. Bengkel ini juga menyediakan cabaran dan tema untuk mengasah kemahiran kreativiti mereka. Bawa anak-anak anda dalam pengalaman mengendalikan roda tembikar untuk menghasilkan acuan tanah liat yang lembut kepada karya seni.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

3) SPLATTER ART FACTORY SUBANG JAYA
Terletak di Subang Jaya, Splatter Art Factory menawarkan seni mewarna dengan percikan cat, termasuk melukis dan mewarna dalam gelap menggunakan cat neon yang glow in the dark. Bawa pulang hasil seni yang unik dan abstrak menggunakan medium mewarna yang berlainan seperti percikan berus, straw dan juga memecahkan belon yang diisi cat. Beroperasi setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 10 pagi hingga 4 petang, anak-anak anda akan dapat menghasilkan seni yang tiada batas dan menggunakan kreativiti mereka sebolehnya.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah


4) ADIAIDA PJ
Pupuk minat pertukangan dalam diri anak-anak anda pada cuti persekolahan ini di ADIAIDA yang bertempat di Petaling Jaya. Melalui program mini, junior dan teen maker, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran menukang kayu menjadi perabot mengikut saiz dan tahap kesukaran yang bersesuaian. Kemahiran asas pertukangan seperti mengukur, memaku dan sanding akan turut diajar dalam bengkel ini. Membawa anak anda ke bengkel ini bukan sahaja menyeronokkan bagi mereka, malah mereka juga mungkin dapat memperoleh kemahiran baru dan menjadikan pertukangan sebagai hobi.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

5) THE ARTSY CRAFTSY BY SHIA LYNN SHAH ALAM
Bengkel yang terletak di Shah Alam ini merupakan satu tempat yang bagus untuk belajar melukis. Peserta bengkel ini akan dapat mempelajari sama ada lukisan gaya bebas atau guided, yang diajar oleh sebuah kumpulan pelukis yang mahir. Kanak-kanak juga boleh mempelajari cara-cara menggunakan medium lukisan yang berlainan, dimana mereka kemudian dapat menggunakan teknik yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ianya sangat penting untuk berikan anak-anak anda peluang untuk meneroka kemahiran mereka yang tersembunyi dengan menyertai aktiviti sedemikian. Jadi, bawalah mereka ke The Artsy Craftsy by Shia Lynn pada cuti sekolah ini.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah


6) MTMT STUDIOS PETALING JAYA
Terletak di Petaling Jaya, MTMT Studios menawarkan pelbagai bengkel untuk anda dan anak-anak untuk mencuba. Terdapat pelbagai pilihan yang tidak terhad kepada melukis sahaja, malah ada juga bengkel penghasilan crochet, 3D Painting, penghasilan barang kemas, seni tembikar dan juga kasut DIY. Pilih daripada mana-mana bengkel ini atau sertai kesemuanya dan tanamkan kemahiran baru pada anak-anak anda. Bengkel-bengkel ini juga berjalan pada waktu yang berlainan, jadi ibu bapa akan mempunyai masa yang fleksibel untuk menyertai bersama anak-anak mereka.

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

7) FABCAFE KUALA LUMPUR PETALING JAYA
FabCafe Kuala Lumpur di Petaling Jaya ialah sebuah kafé yang menawarkan ruangan terbuka kepada sesiapa yang ingin menjalankan projek seni mereka. Bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, kafe ini beroperasi setiap hari kecuali Ahad. 

7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah

Dengan kemudahan dan gajet elektronik yang banyak, pelbagai projek seni boleh dihasilkan di kafe ini. Dari pencetak 3D, mesin sulaman dan mesin jahit, ianya sebuah tempat yang sesuai untuk menjadikan gambaran anda kepada realiti. Tambahan pula, kafe ini menyajikan kopi, soda dan makanan ringan yang lazat seperti pastri dan kek untuk dinikmati sambil menyiapkan karya seni anda.

Baca juga Beza PraSekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika

Jika anda masih tercari-cari bagaimana untuk mempelbagaikan percutian anak-anak ada, berilah mereka peluang untuk menyertai aktiviti DIY tersebut. Bukan sahaja mereka dapat mencuba perkara baru, malah pengalaman yang diperolehi akan membolehkan mereka mengasah kemahiran baru yang sangat bermanfaat untuk perkembangan minda mereka.

aktiviti diy untuk kanak-kanak, aktiviti diy bersama anak, diy aktiviti kanak kanak 2 tahun, aktiviti cuti sekolah untuk kanak kanak, cadangan aktiviti cuti sekolah, permainan kanak kanak di rumah, aktiviti indoor untuk kanak kanak, aktiviti sains untuk kanak kanak, aktiviti stem untuk kanak kanak, aktiviti sains yang mudah dan menarik, aktiviti cuti sekolah di rumah,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post