20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Trending

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan | Negeri Selangor buat pertama kalinya telah merangkul pengiktirafan sebagai penerima Geopark Kebangsaan yang pertama bagi Projek Gombak Hulu Langat geopark. Projek ini melibatkan 20 geotapak di daerah Gombak dan Hulu Langat dan keputusan pengiktirafan ini telah di maklumkan melalui satu mesyuarat jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Projek Geopark Gombak-Hulu Langat (GHL) ini merangkumi 112,955 kilometer persegi yang mempunyai kepentingan geologi selain kewujudan kuarza terpanjang di Asia Tenggara, landskap pergunungan serta pembentukan beberapa lembangan daratan. Pengiktirafan Geopark Kebangsaan ini adalah yang ketujuh selepas Lembah Kinta dan Lenggong Geopark di Perak, Jerai Geopark di Kedah, Kinabalu Geopark di Sabah, Labuan Geopark di Labuan dan Sarawak Delta Geopark di Sarawak.


Menurut Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor, Tourism Selangor kekal giat mempromosikan Projek Geopark Gombak-Hulu Langat melalui pelbagai usaha. Antaranya adalah seperti kerjasama yang telah diadakan di World Travel Market, London bersama British Geology Survey dan National Geographic Traveller UK, hebahan di media sosial secara berterusan, serta hebahan awam di beberapa siri Jelajah Selangor Penyayang.

Pengiktirafan Geopark kepada Negeri Selangor merupakan satu pencapaian buat negara khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan bagi kawasan yang memiliki nilai geotapak. Ini selaras dengan matlamat Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


10 Geotapak Projek Gombak Hulu Langat Geopark
Berikut adalah senarai 10 Geotapak Projek Gombak Hulu Langat Geopark Kebangsaan dari 20 tapak yang ada.

Air Terjun Kanching

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Kolam Air Panas Dusun Tua

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Kolam Air Panas Selayang

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan


Tasik Biru

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Permatang Kuarza

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Gunung Nuang

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan


Sungai Tekala

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Batu Caves

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Batu Arang

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan


Bukit Takun

20 Lokasi Di Gombak Hulu Langat Geopark Mendapat Status Geopark Kebangsaan

Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian yakin bahawa kerjasama erat dapat memastikan Geopark diurus dengan baik dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi bagi tujuan penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan.

Pelancongan geo di geotapak merupakan salah satu segmentasi pelancongan yang difokuskan di negeri Selangor bagi tahun 2023, di mana para pelancong berpeluang melawati sesuatu kawasan Geotapak bagi menikmati warisan geologi kebangsaan, budaya dan cara hidup geo-komuniti setempat. Ini selaras dengan kempen pelancongan negeri Selangor, Splendid Selangor, Take Me Anywhere yang memfokuskan kepada pasaran antarabangsa.

geopark kebangsaan, geopark kebangsaan malaysia, senarai geopark di malaysia, geopark batu arang, Gombak Hulu Langat Geopark, langat kajang, hulu langat forest,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post