Sinopsis Filem Halimun Astro First | Filem Halimun terbitan Azura Pictures
    bakal temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November
    hadapan. Filem bergenre seram ini bukan sekadar filem elemen seram
    semata-mata, tetapi turut mengetengahkan kisah mistik dari sisi berbeza.
    Filem yang berdurasi 115 minit ini turut dipadatkan dengan elemen emosi
    kasih sayang dan pengorbanan yang dipaparkan menerusi watak Zahir dan
    Laila.
    Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis
    skrip, idea asal bagi Halimun. Beliau mengambil masa 6 bulan untuk
    menyiapkan lakon layar filem ini dengan menjadikan novel seram tempatan dan
    filem seram antarabangsa sebagai rujukan.
  
  
    Sementara itu, poster rasmi Halimun memaparkan imej aneh apabila
    diterbalikkan. Konsep ini dikenali sebagai konsep ilusi Thatcher.
  
  Genre : Seram
Pengarah/Skrip/Cerita Asal : Muzzamer Rahman
Produksi : Azura Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Durasi Filem : 115 minit
Jumlah Hari Penggambaran : 14 hari
Tarikh Penggambaran : November 2021
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur, Rawang, Pedas
Tarikh Tayangan Astro First : 5 November 2022
Dipersembahkan oleh : Azura Pictures Sdn.Bhd.
Penerbit Eksekutif : Shafiq Haszerry Ahmad Jaffri
Penerbit : Mimi Azura Ahmad Tajudin
Barisan Pelakon Halimun
    Halimun membariskan gabungan pelakon daripada pelbagai lapisan umur seperti
    Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri
    Balqis Azizi.
  
  
    Menariknya, pelakon hebat Beto Kusyairy buat pertama kali melakonkan sendiri
    aksi lagak ngeri dalam filem ini dengan pemantauan dari pengarah aksi lagak
    ngeri profesional bagi babak terbakar. Manakala, bagi menjayakan karakter
    Laila, Nabila telah diminta pihak pengarah untuk menjadikan salah satu watak
    dalam filem antarabangsa, Posession (1981) sebagai rujukan. Bagi watak Adi
    (lakonan Kodi Rasheed) adalah diinspirasikan dari watak novel seram ‘Siri
    Bercakap Dengan Jin’ iaitu watak Tamar Jalis.
  
  Nabila Huda - Laila
Kodi Rasheed - Adi
Chubb-E - Ashif
Sinopsis Filem Halimun
    Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak
    lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang
    Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan
    membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai
    masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan
    menjadi lebih tidak terjangka.
  
  
    Zahir met Laila under unexpected circumstances. After a while, they got
    married without Zahir really knowing Laila’s background. Not long into their
    marriage, Zahir experience some mystical and mysterious paranormal
    incidents, thus seeking his old friend Adi – a paranormal expert for help.
    However, as Adi begins to help Zahir and Laila, more unexpected incidents
    surface, and the situation worsens.
  
  OST Halimun
    Lagu tema Halimun iaitu “Kabus” merupakan nyanyian Afif Tirmizie, hasil
    ciptaan dan lirik oleh penyanyi dan komposer Amylea Azizan berdasarkan
    interpretasinya terhadap skrip Halimun.
  
  Penyanyi : Afif Tirmizie
Lirik : Amylea Azizan
Komposer : Amylea Azizan
    Saksikan filem seram Halimun yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro
    First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda
    juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh
    menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan
    klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok,
    Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.
  


