Selangor Hop-On Hop-Off Tourist Bus Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Selangor Hop-On Hop-Off Tourist Bus Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Trending

Selangor Hop-On Hop-Off Tourist Bus Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong

Perkhidmatan Bas Pelancongan Hop-On Hop-Off Selangor Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong| Pembangunan perkhidmatan pelancongan bagi merancakkan industri Pelancongan domestik dan antarabangsa merupakan antara fokus utama Negeri Selangor. Sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke negeri Selangor, satu Majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi perkhidmatan bas pelancongan Hop-On Hop-Off (HOHO) antara Syarikat LNH Tour & Transport Sdn Bhd dan Tourism Selangor telah diadakan, bertempat di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 29 November 2022.

Selangor Hop-On Hop-Off Tourist Bus Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong
Source: Klook

Majlis menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama-sama Yang Berhormat Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor. Inisiatif ini merupakan kali pertama dijalankan di Negeri Selangor, dengan misi membangunkan produk pelancongan melibatkan daerah Sepang, menerusi 2 cadangan laluan perjalanan bagi fasa pertama di Sepang.

Syarikat LNH Tour & Transport Sdn Bhd akan menanggung sepenuhnya penyediaan keseluruhan bas pelancongan HOHO daripada segi operasi, teknikal dan penyelenggaraan selain perkara berkaitan seperti insuran perjalanan, keselamatan serta liabiliti penumpang, seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan antara LNH Tour & Transport bersama pihak Tourism Selangor.

Selangor Hop-On Hop-Off Tourist Bus Bakal Meningkatkan Jumlah Kedatangan Pelancong


Perkhidmatan bas pelancongan HOHO ini diyakini mampu menarik lebih ramai pelancong melalui penekanan terhadap Kempen “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!” yang mensasarkan kepada pasaran pelancongan domestik, selain memberi pilihan kepada pelancong antarabangsa di KLIA dan KLIA2 untuk melancong di kawasan sekitar ketika waktu ‘transit’ yang panjang, sebelum meneruskan penerbangan berikutnya.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, projek bas pelancongan ini dijangka mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Daerah Sepang sebanyak 3%- 5% hingga tahun 2023. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dan peluang pendapatan kepada operator yang terlibat serta penduduk sekitar.


Tourism Selangor akan bekerjasama dengan lebih giat lagi dalam membangunkan pakej perkhidmatan bas pelancongan HOHO menerusi aplikasi mudah alih ‘Go Selangor’ selain melalui laman sesawang Selangor.Travel serta laman media sosial rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram.

selangor hop on hop off tourist bus, hop on hop off kl contact number, hop on hop off bus kuala lumpur, kl hop on hop off night tour, hop on hop off kl timetable, hop on hop off kl ticket price, kl hop on hop off ticket, kl hop on hop off bus free, bus hop on hop off selangor, bus hop on hop off kl, bus hop on hop off,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post