Lirik Lagu Ara Johari Pasti Tiba, Lagu OST Drama Jesnita Astro - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Ara Johari Pasti Tiba, Lagu OST Drama Jesnita Astro

Trending

Lirik Lagu Ara Johari Pasti Tiba, Lagu OST Drama Jesnita Astro

Lirik Lagu Ara Johari Pasti Tiba, Lagu OST Drama Jesnita Astro | Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari telah keluarkan single terbaru bertajuk Pasti Tiba hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya. Lagu ini diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment dan turut dipilih sebagai OST drama bersiri 40 Episod bertajuk Jesnita yang ditayangkan di saluran Astro Prima mulai 7 November lalu.

Lirik Lagu Ara Johari Pasti Tiba, Lagu OST Drama Jesnita Astro

Lagu Pati Tiba adalah mengenai seorang kekasih yang setia dan memberi sepenuh cintanya, namun tanpa diduga orang yang disayanginya itu dalam diam memungkiri janji dan berlaku curang. Kekasih yang merasa kecewa, hilang harapan menyelubungi diri selain seakan-akan tidak tahu untuk bertindak.

Akhirnya, dia berserah kepada Tuhan kerana yakin dengan hikmah-Nya, takdir dan balasan itu hanya milik Yang Maha Kuasa, hanya kesabaran menjadi penguat hati dalam menempuh episod sedih dalam perhubungan yang tidak kesampaian. Ara juga turut melakonkan watak wanita disakiti kekasihnya itu dalam muzik video Pasti Tiba yang telah mula boleh distrim di YouTube pada 5 November 2022 lalu.


Lirik Lagu Pasti Tiba Ara Johari
Artist: Ara Johari
Composer: Sharon Paul
Lyrics: Fedri Yahya
Musicwerks Studio
Label: Rocketfuel Entertainment
Publisher: Rocketfuel Entertainment

Ceritakan semua rasamu
Bahagia atau sebaliknya
Tiada lagi kau dan aku
Mencari cinta setia

Tika cinta mewarnai mimpi
Kisah indah mula dicemari
Kekosongan dalam kekosongan
Tenggelamkan kasih kelam sepi


Chorus
Keegoan
Pemusnah cinta
Betapa oh rapuhnya ikatan jiwa
Kebenaran pasti tiba
Tuhan jauhkan pengkhianat cinta

Retak hati tak mungkin terganti
Padamu tempatku bersujud
Yang kudambakan hanya keredhaanmu
Ku mohon ketenangan
Darinya..

(Chorus)
Balasanya pasti tiba
Buat pendusta yang penuh lara
Kecewa


Ara Johari - Pasti Tiba (Official Music Video)


koleksi lagu ara johari, ara johari futsal, ara johari bunga lirik, ara johari ku ikhlaskan, lirik lagu pasti tiba ara johari, lirik ara johari, pasti hilang segalanya, lirik pasti, Pasti Tiba Official Music Video, video muzik pasti tiba ara johari,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post