Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

Trending

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia | Bunga Citra Lestari, penyanyi cantik asal Indonesia ini akan kembali dengan sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat di Malaysia. BCL Blossom Intimate Concert, begitu nama konsert perdana pelantun lagu Wanita Terbahagia itu setelah melalui banyak fasa dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini. Ini juga akan menjadi konsert sulung Bunga atau mesra disapa BCL selepas pandemik COVID 19 melanda dunia.

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

BCL Blossom Intimate Concert yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Teruja kerana akan kembali menyapa peminat di Malaysia secara berdepan, BCL senang menggelarkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas suami tercinta, aktor Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.


Mengenai pemilihan Blossom sebagai tema konsertnya, kata BCL, ia memberi signifikan kepada kerjaya dan kehidupan pada masa sekarang dan akan datang. Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni.

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

“Saya sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia, apa lagi sudah cukup lama saya nantikan momen untuk melakukan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat saya. BCL Blossom Intimate Concert ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya.”
“Selalu DM dan memberi komen di sosial media memberi kata-kata semangat terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia. Saya tidak dapat membalas semua mesej tetapi sangat menghargainya,” ujar BCL.


Sementara itu, pihak penganjur melahirkan kesyukuran kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan pada 27 Januari 2023 depan.

Iman Tang yang mewakili penganjur, memberitahu pihaknya memang sentiasa mengikuti perkembangan BCL dan menunggu momen yang tepat bagi melamar, sekali gus mendapatkan persetujuan untuk konsert ini.

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

“Alhamdulillah selepas beberapa siri perbincangan dengan jadual beliau yang padat, BCL sendiri tidak mahu melepaskan peluang beraksi di 'rumah keduanya'," ujar Iman Tang selaku wakil penganjur.

BCL memulakan kerjayanya pada 2002 dan terkenal dengan genre pop. Antara untaian lagu yang membuat namanya meledak di Malaysia adalah Ingkar, Lagu Cinta Pertama (Sunny) dan album terakhir yang dikeluarkan pada 2017 iaitu It’s Me BCL.

Penyanyi dan pelakon berusia 39 tahun ini juga terkenal dengan lagu duet bersama Ari Lasso, Aku Dan Dirimu serta terkini, Menghapus Jejakmu duet bersama Ariel Noah.


TIKET BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT MULA DIJUAL PADA 11.11.2022 JUMAAT
Buat semua penggemar BCL, jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023, 8.30 malam. Harga-harga tiket adalah berikut:

Konsert BCL Blossom Intimate, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminat Malaysia

Kategori 12 Tahun Terindah
Early bird: RM1188
Harga normal: RM1238

Kategori Menghapus Jejakmu
Early bird: RM988
Harga normal: RM1038

Kategori Cinta Sejati
Early bird: RM788
Harga normal: RM838

Kategori Aku & Dirimu
Early bird: RM588
Harga normal: RM638

Kategori Wanita Terbahagia
Early bird: RM258
Harga normal: RM308

Kategori Ingkar
Early bird: RM218
Harga normal: RM268

Buat semua penggemar BCL, jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023, 8.30 malam. Tiket tiket BCL Blossom Intimate Concert boleh didapati di www.ticket2u.com.my

bcl blossom intimate concert, ticket2u, bcl concert Malaysia, plenary hall klcc, konsert BCL blossom intimate,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post