Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur 2022 Disember Ini - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur 2022 Disember Ini

Trending

Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur 2022 Disember Ini

Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur 2022 Disember Ini | Disember akan datang, Shreya Goshal bakal mengadakan konsert SHREYA GHOSHAL LIVE IN KUALA LUMPUR bertempat di Dewan Plenari, KLCC. Terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu runut bunyi dan album, penampilan perdana Shreya Goshal pada tahun 2020 telah menambat hati para peminat di Kuala Lumpur. Apatah waktu itu, Shreya berjaya menyanyikan lagu Cindai, nyanyian asal Dato Sri Siti Nurhaliza dengan baiknya.

Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur 2022 Disember Ini

Konsert Shreya Goshal Live in Kuala Lumpur merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd. Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, selain memberikan hiburan dan konsert dari artis tempatan dan Indonesia, pihaknya memang berhajat untuk membawakan konsert-konsert Bollywood di Kuala Lumpur khususnya.


“Kita tahu bahawa di Malaysia memang ramai para peminat Bollywood. Mereka bukan sahaja meminati filem-filem tetapi juga menghafal setiap lagu yang ditampilkan dalam filem-filem kegemaran mereka. Jadi, Shiraz Projects ingin meraikan momen ini dengan membawakan Shreya Goshal, penyanyi yang memang dikenali dengan suara lemak merdunya dan sering tampil menyanyikan lagu- lagu runut bunyi terkenal Bollywood,” ujar Shiraz.

Shreya Ghoshal, penyanyi terkenal berusia 38 tahun telah merakamkan lagu-lagu untuk runut bunyi dan album dalam pelbagai bahasa India dan menjadikan dirinya sebagai penyanyi playback utama di industri filem India. Sepanjang kerjayanya, beliau telah dicalonkan sebanyak 494 kali dan memenangi 150 anugerah, termasuk empat National Film Awards, empat Kerala State Film Awards, dua Tamil Nadu State Film Awards, tujuh Filmfare Awards - termasuk enam Penyanyi Playback Wanita Terbaik - dan sepuluh Filmfare Awards South.

Shreya Ghoshal membuat kemunculan pertama dalam nyanyian Bollywoodnya melalui filem drama romantik Bhansali, Devdas (2002) yang mana beliau telah menerima National Film Award untuk Penyanyi Playback WanitaTerbaik.


Selain nyanyian playback, beliau muncul sebagai juri di beberapa rancangan realiti televisyen. Penyanyi yang serbaboleh ini mempunyai repertoire yang luas merangkumi beberapa genre termasuk pop, klasik, ghazal dan bhajan.

Pada bulan April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat yang terpilih di United Kingdom. Beliau juga tampil lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkemuka dari India dan menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds pada tahun 2017.


KONSERT SHREYA GOSHAL LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh : 10 Disember 2022, 8 malam
Venue : Dewan Plenary, KLCC Harga tiket. : 
RM 1500 (VIP)
RM600 (Diamond) 
RM500 (Platinum) 
RM300 (Gold)
RM200 (Silver)

Tiket : www.myticket.asia
Contact 0386050196
Info Hotline 0122560082
Facebook : shirazprojects 
Instagram : shirazprojects

Tiket-tiket konsert akan mulai jual pada 20 Oktober 2022, jam 2 petang melalui www.myticket.asia.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 1500 (VIP), RM600 (Diamond), RM500 (Platinum), RM300 (Gold) dan RM200 (Silver). Peminat boleh menghubungi talian +603 86050196/ +601 22560082 untuk pertanyaan tentang tiket.

konsert shreya goshal live in kuala lumpur, shreya ghoshal live concert, concert shreya ghoshal,shreya ghoshal concert 2022 tickets, shreya ghoshal kl 2022,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post