Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain

Trending

Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain

Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain | Suatu ketika dahulu, banyak produk makanan seperti mi kuning dan bebola ikan akan mempunyai tulisan ‘Tanpa Asid Borik’ pada pembungkusnya. Apakah fungsi asid borik ini dalam makanan dan adakah ia akan menjejaskan tubuh badan kita apabila dimakan? Jom teruskan pembacaan jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain

Apa Itu Asid Borik?
Asid borik adalah sebatian yang terbentuk secara semula jadi yang mengandungi elemen boron, oksigen dan hidrogen. Kristal asid ini berwarna putih, tidak mempunyai bau dan hampir tidak mempunyai sebarang rasa. Ia kelihatan seperti garam biasa jika diproses dalam bentuk butiran atau kelihatan seperti bedak bayi jika diproses dalam bentuk serbuk.

Asid borik (H3BO3) merupakan bahan antiseptik, pestisid dan fungisid yang lemah dan digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis industri seperti kosmetik, farmaseutikal, pembuatan kaca dan gentian kaca dan juga pengawet kayu bagi mengelakkan serangan serangga dan kulat. Fungsinya yang pelbagai telah menyebabkan ia diguna pakai dalam keperluan banyak industri. Namun begitu, asid borik dalam makanan adalah yang paling bahaya.

Asid borik juga telah digunakan sebagai bahan pengawet dalam industri makanan. Bahan pengawet adalah apa-apa bahan yang mana apabila ditambah pada makanan, ia boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan. Ia tidak termasuk herba, rempah ratus, cuka atau asap kayu.


Makanan Yang Mengandungi Asid Borik
Asid borik tidak boleh hadir langsung di dalam makanan. Penggunaan asid borik oleh segelintir pengusaha makanan yang tidak beretika hanya mementingkan aspek keuntungan tanpa memikirkan aspek keselamatan makanan kepada pengguna. Ia digunakan oleh pengusaha makanan bagi memastikan makanan yang dijual kepada pengguna tahan lebih lama dan kelihatan segar.

Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain

Makanan yang sering dikesan mengandungi asid borik adalah jenis pasta seperti mi kuning, laksa, kuetiau (kuey teow), loh se fun, mi wantan, mi Hokkien, mihun, kulit popia, bak chang dan juga bebola ikan atau bebola makanan laut.

Antara sebab mengapa ia digunakan adalah kerana fungsinya yang mampu memberikan kekenyalan pada tekstur produk makanan. Bagi produk makanan yang tidak mempunyai kandungan atau ketumpatan protein yang tinggi, disinilah kehadiran asid ini memainkan peranan yang penting bagi mengenyalkan produk makanan tersebut.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai pengawet makanan. Asid borik sangat popular digunakan oleh peniaga ikan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau makanan laut yang lain.

Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, asid ini telah ditemui dalam kesemua sampel makanan yang diuji iaitu mi kuning, bebola ikan, mi wantan dan kuey teow, dan kepekatan kandungannya berbeza mengikut jenis makanan. Mi kuning/mee kuning mencatatkan kandungan asid borik yang tertinggi berbanding sampel makanan lain.


Adakah Asid Borik Selamat Untuk Dimakan?
Boric acid is not safe for humans! Bermula pada awal tahun 1900, para saintis mula mempersoalkan keselamatan penggunaan asid borik dalam jumlah yang besar terhadap produk makanan.

Pada pertengahan tahun 1920-an, banyak negara telah mula melarang penggunaannya disebabkan oleh faktor ketoksikan. Pada tahun 1961, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) telah menyimpulkan bahawa asid ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai pengawet makanan.

Adakah Asid Borik Dalam Makanan Dibenarkan Untuk Produk Makanan Seperti Mee Kuning?
Untuk pengetahuan anda semua, Peraturan Makanan 1985 hanya membenarkan penggunaan bahan pengawet tertentu dalam produk makanan. Bahan pengawet yang dibenarkan hanyalah sulfur dioksida, asid benzoik, asid propionik, termasuklah natrium, kalium, garam kalsiumnya; natrium nitrat, natrium nitrit, kalium nitrat dan potassium nitrit.

Bahaya Asid Borik Dalam Mee Kuning Dan Makanan Lain

Begitu juga dengan jenis-jenis antimikrobial iaitu klorin dioksida dan hidrogen peroksida yang digunakan dalam produk makanan tertentu. Asid borik tidak termasuk dalam senarai di atas, oleh itu ia tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai pengawet makanan.

Mee kuning tanpa asid borik yang ada dipasaran sekarang ialah mi kuning NuMee keluaran Gardenia. Ianya Menggunakan teknologi terbaru ia diperbuat tanpa pewarna tambahan, tanpa asid borik, menggunakan alkali bergred makanan, kurang berminyak .


Kesan Sampingannya Keracunan Asid Borik
Berikut adalah beberapa kesan sampingan jika anda termakan makanan yang tinggi dengan kandungan asid borik. Anda mungkin akan mengalami keadaan seperti berikut:
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Dermatitis
  • Fungsi buah pinggang yang tidak normal
  • Disfungsi peredaran darah akut
  • Kematian (bergantung kepada tahap asid borik yang telah diserap oleh tubuh badan)

Pendedahan tubuh badan terhadap kadar asid ini yang tinggi boleh menjejaskan bahagian perut, usus, hati, buah pinggang dan juga otak.


Memandangkan penggunaan asid borik tidak disyorkan dalam makanan, adalah penting untuk memantau tahap asid borik dalam bahan makanan memandangkan kepentingannya terhadap kesihatan manusia dan keselamatan makanan.

Jika anda mendapati produk makanan yang anda makan menyebabkan simptom-simptom ketoksikan asid borik seperti yang dinyatakan seperti di atas, laporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penggunaan asid borik dalam produk makanan telah melanggar Sub Seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983. Akta tersebut menyatakan “Mana-mana individu yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang terdapat padannya sebarang bahan yang beracun, berbahaya atau memudaratkan kesihatan, telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan dengan suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali”.

Pengguna juga dinasihatkan supaya melaporkan kepada jabatan kesihatan yang berhampiran sekiranya berasa sangsi terhadap pencemaran asid borik dalam makanan.

Sumber artikel: Hello Doktor

bahaya asid borik dalam mee kuning, mee kuning tanpa asid borik, mee kuning gardenia expired boleh makan, kandungan mee kuning, asid borik dalam mee kuning, asid borik dalam makanan, mee kuning asid borik,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post