8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Trending

8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak | Penyakit mental di Malaysia kian meningkat saban tahun. Pada tahun 2016, kajian terhadap pelajar yang menuntut di sekolah bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 2 daripada 10 pelajar sekolah di negara ini mengalami gejala penyakit mental yang serius.

8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Source: Indian Express

Penyakit mental boleh berlaku kepada sesiapa, dari individu dewasa sehingga kanak-kanak. Walau bagaimanapun, simptom dan tanda-tanda penyakit mental bagi setiap peringkat usia adalah berbeza. Anda harus belajar untuk mengenali tanda untuk mendiagnosis penyakit mental bagi mendapatkan bantuan yang betul.

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) 2017, terdapat peningkatan pada peratusan individu yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun daripada perspektif tingkah laku bunuh diri. Anda perlu tahu bahawa tingkah laku bunuh diri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
  1. Idea ingin bunuh diri: Hanya timbul idea untuk membunuh diri
  2. Mempunyai perancangan untuk bunuh diri: Mempunyai idea dan perancangan berkenaan dengan kaedah untuk membunuh diri
  3. Cubaan bunuh diri: Melaksanakan perancangan bunuh diri. Ia boleh berjaya atau gagal


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan merupakan punca utama kepada terjadinya permasalahan ini. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental mereka adalah seperti berikut:
  • Tekanan untuk mencapai prestasi cemerlang di sekolah (77%)
  • Risau dengan rupa paras mereka (69%)
  • Masalah keluarga (62%)
  • Masalah dengan rakan-rakan (52%)
  • Terlalu banyak menghabiskan masa di media sosial (27%)

Tanda-tanda Penyakit Mental Pada Kanak-kanak
Ia mungkin sukar untuk mengenal pasti penyakit mental. Ada masanya anda tidak mengetahui apakah yang berlaku, ada kalanya tafsiran penyakit yang anda buat adalah salah, jadi anak anda tidak mendapat rawatan yang diperlukan. Memahami tanda dan simptom adalah penting untuk membantu anak anda mendapat apa yang diperlukan.

8 Tanda Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak


1) Perubahan Emosi
Anda mungkin akan melihat anak anda berasa sedih, dan kesedihan itu berlarutan untuk dua minggu atau lebih. Atau perubahan emosi yang dialami menjejaskan pembelajaran dan perhubungan di sekolah atau di rumah. Mereka mungkin secara tiba-tiba berasa gembira, dan secara mendadak berasa sedih. Atau emosi itu bertahan itu tempoh yang lama.

2) Rasa Ketegangan
Anda perlu memerhatikan anak anda. Jika mereka mengalami penyakit mental, mereka boleh berasa takut dengan persekitaran mereka tanpa sebab. Ketakutan itu boleh menjejaskan denyutan jantung atau pernafasan mereka. Jantung mereka mungkin berdegup lebih pantas dan mereka akan tidak cukup pernafasan. Sesetengah ketakutan boleh menjejaskan aktiviti kehidupan seharian mereka.


3) Perubahan Dalam Tingkah Laku
Tingkah laku mereka mungkin berubah atau mereka tidak dapat mengawal tingkah laku mereka. Mereka mungkin berkeinginan untuk menggunakan senjata untuk mencederakan individu lain, atau mereka mahu membunuh semua individu. Mereka mungkin mencuri barang kanak-kanak lain. Perubahan dalam tingkah laku ini adalah petanda penyakit mental.

4) Sukar Fokus
Mereka mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan kepada peperiksaan, kerja rumah, atau tugasan di dalam kelas. Ini boleh mengakibatkan markah teruk di sekolah.

5) Hilang Berat Badan
Tanda penyakit mental lain yang mungkin dihadapi adalah anak anda boleh kehilangan berat badan walaupun mereka tidak mahu, atau ketika mereka tidak melakukan sebarang perkara untuk mengurangkan berat badan. Gangguan mental boleh menjejaskan tidur atau pemakanan. Mereka mungkin mengalami gangguan tidur atau pemakanan akibat penyakit mental.


6) Mencederakan Diri Sendiri
Ada masanya, mereka mahu mencederakan diri mereka sendiri. Mereka mungkin melukakan atau membakar bahagian badan mereka. Mereka mungkin mempunyai pemikiran untuk membunuh diri dan mencuba untuk membunuh diri.

7) Simptom Fizikal
Kanak-kanak yang mengalami penyakit mental mungkin mempunyai beberapa simptom fizikal seperti sakit kepala atau sakit perut.

8) Penyalahgunaan Alkohol
Sesetengah kanak-kanak, merasakan dadah atau alkohol dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah mental. Mereka mungkin menggunakan alkohol atau mencuba untuk merokok. Mereka mungkin menggunakan dadah untuk berasa lebih tenang.


Walaupun tidak semua kanak-kanak dengan penyakit mental akan mengalami simptom atau tanda-tanda penyakit mental seperti ini, anda perlu membawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Jika anak anda menunjukkan sebarang gejala atau perubahan pada tingkah laku, jangan membuat sebarang tindakan melulu berasaskan anggapan.

Ujian kesihatan mental boleh membantu untuk menilai tahap kesihatan mental anak-anak anda. Pengesanan awal boleh membantu mereka untuk mendapatkan rawatan efektif yang berkesan pada masa yang sesuai. Oleh itu, bawa mereka berjumpa dengan golongan profesional untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan. Ingat, penyakit mental tidak khusus buat golongan dewasa sahaja!

Sumber artikel: Hello Doktor

Tanda-tanda Penyakit Mental Pada Kanak-kanak, penyakit mental kanak-kanak, penyakit mental contoh, penyakit mentalisis, anxiety di kalangan kanak kanak, punca masalah kesihatan mental kanak kanak, klinik pakar psikologi kanak kanak, punca tekanan kanak-kanak, kesihatan mental kanak-kanak, masalah emosi kanak-kanak, pakar psikologi kanak kanak,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post