Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Trending

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022) | Tiga buah filem Tamil hasil keluaran Malaysia ditayangkan di Netflix dan ini merupakan kebanggaan buat karya hasil anak tempatan. Ditonton di atas platform penstriman gobal Netflix, pastinya filem-filem ini mempunyai kriteria yang cukup kuat untuk dipasarkan. Ini kerana filem-filem dengan tajuk Vedigundu Pasangge (Rowdy Folks), Paramapatham (The Snake & Ladder Gameboard) dan Pulanaivu mempunyai kandungan serta mesej yang baik sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah di acara penganugerahan filem di Malaysia dan di luar negara.

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Diedarkan oleh MyContent Distribution, filem Vedigundu Pasangge telah ditayangkan mulai 16 September lalu manakala filem Pulanaivu dan Paramapatham ditayangkan bermula 14 Oktober 2022.

Filem-filem ini sangat sesuai ditonton bersempena sambutan Hari Deepavali yang berlangsung dan sokongan rakyat Malaysia terhadap filem-filem Tamil tempatan yang ditayangkan di saluran Netflix akan menaikkan lagi semangat para pengkarya Malaysia untuk terus menghasilkan produk-produk seni terbaik bukan sahaja untuk tontonan rakyat Malaysia tetapi juga hebahan antarabangsa khususnya.


Berikut merupakan filem-filem yang ditayangkan di Netflix dan keistimewaan setiap filem tersebut. Ikuti sinopis filem tamil berikut di bawah:

1) Filem Vedigundu Pasangge (Rowdy Folks)

Sinopsis Filem Vedigundu Pasangge
Filem ini berkisarkan tentang seorang budak kampung bernama Theva. Dia terlibat dengan sebuah situasi yang kusut dan menyedari bahawa segala-galanya di sekelilingnya adalah misteri. Keadaan berubah menjadi keruh buat Theva angkara Boss yang penuh dengan muslihat dan tanpa Theva mengetahui warna sebenar perangai Boss. Boss menggunakan Theva sebagai umpan, yang menyebabkan masalah kepadanya. Theva belajar sesuatu tentang kehidupan – ‘once bitten, twice shy’.

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Bergenre aksi komedi romantik drama, filem ini diarahkan oleh TS.DR Vimala Perumal. Berdurasi 1 jam 58 minit, para penonton menyaksikan lakonan hebat Denes Kumar, Sangeeta Krishnasamy, David Antonny dan Thangamani Velayudan.

Vedigundu Pasangge mencipta sejarah dengan menjadi filem berbahasa Tamil yang pertama dan mencatat kutipan tertinggi di Malaysia dengan melepasi kutipan sebanyak RM1.3 juta. Penerbitnya iaitu Denes Kumar berkata kutipan itu dicapai dua minggu selepas filem itu dilancarkan di 55 buah pawagam seluruh negara, serta lima pawagam di United Kingdom pada 26 Julai. Filem ini memperoleh £222 pada hari pertama di United Kingdom. Ia merupakan koleksi pembukaan tertinggi untuk filem dari Malaysia di box office United Kingdom.


Pada acara Festival Filem Malaysia ke-30 yang lalu, filem Vedigundu Pasangge telah berjaya memperolehi Anugerah Khas Juri kerana menjadi filem berbahasa Tamil Malaysia pertama yang mengutip lebih RM1 juta dan memberi pembikin filem Malaysia alasan sebenar untuk meraikannya.

Filem ini juga telah memenangi pelbagai anugerah dalam festival filem tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan tersendiri. Antaranya ialah Malaysia Book of Records untuk Collection of Highest Indian Movie Theaters in Malaysia, Cinema Worldfest Awards (Musical Comedy), Calcutta International Cult Film Festival (Pengarah Filem Wanita Terbaik) dan juga South Film & Arts Academy Festival (Editor Terbaik, Susunan Seni Terbaik , Susunan Bunyi Terbaik), Pertandingan Filem Global Accolade dan Festival Filem Planet Barcelona (Lakon Layar Terbaik).


2) Filem Paramapatham

Sinopsis Filem Paramapatham
Sai Nanthini Movie World, sebuah produksi pembuatan filem ditubuhkan pada 2014 dan menjadi perintis dalam pembikinan filem di Utara Malaysia. Pengasasnya ialah DR. Latcha Perrabu PhD juga merupakan pengasas Persatuan Filem India Kadaaram (KIFA).

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Filem fiksyen kedua mereka bertajuk Paramapatham telah dicalonkan di pelbagai Festival Filem Antarabangsa dan memenangi Anugerah dalam beberapa kategori.

Antaranya adalah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Norway, NTFF 2020 Feature Film Tamil Eelam, Ciri Terbaik dalam Festival Filem Tagore (TIFF), serta 'Penerbit Terbaik & Asing Terbaik di Festival Filem Coimbatore India. Filem ini juga secara rasmi dipilih dan menjadi finalis dalam lapan buah festival di sekitar United Kingdom, Amerika Syarikat, Rome dan negara-negara lain.

Paramapatham berkisarkan ahli arkeologi bernama Aroon bersama tiga orang rakannya, (Jayakanth, Ganesh, dan Kumar) merancang untuk pengembaraan ke sebuah bukit yang belum diterokai.


Mereka telah pergi ke bahagian paling dalam bukit tersebut dan melalui pengembaraan itu, mereka menemui Koloni British abad ke-18 yang sudah lama terbiar. Semasa penerokaan tersebut, mereka secara tidak sengaja menjumpai permainan papan purba dengan perkataan "Parapatham" yang diukir pada papan kayu. Aroon menyedari bahawa ia adalah bahasa Tamil kuno dan permainan itu berasal dari India. Mereka membukanya dan mula bermain. Apabila hari semakin gelap, mereka meninggalkan permainan tanpa menyelsaikannya, Aroon membawa balik permainan itu ke rumahnya. Permainan tersebut mula mengawal kehidupan realiti mereka dan mereka mula menghadapi masalah akibat permainan tersebut.

Antara ciri-ciri menarik filem ini ialah Paramapatham keseluruhannya berkisarkan papan permainan tersebut yang penuh dengan fantasi dan penggembaraan. Animasi 2D & 3D dalam filem ini akan menjadi elemen-elemen menarik yang mempamerkan pemain lebih dari permainan. Malah filem ini mengandungi visual yang menarik perhatian seperti luncur ais, belon udara panas, koloni pemandangan bukit terbiar dan tempat-tempat tersembunyi lain di Malaysia. Elemen visual merupakan tonggak utama filem ini dalam memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Festival Filem Norway.

Menariknya juga, papan permainan tersebut telah dibuat sepenuhnya oleh pasukan produksi dengan banyak rahsia serta cabaran tersembunyi dalam permainan itu sendiri. Malah selebriti terkenal iaitu di bawah label rakaman AR Rahman iaitu Bamba Bakiya telah sudi menyanyikan sebuah lagu cinta dalam filem ini.


3) Filem Pulanaivu

Sinopsis Filem Pulanaivu
Filem Pulainavu berkisarkan Aishwarya yang muda dan cantik memulakan kehidupan di kolej dan bertemu dengan sekumpulan rakan-rakan baru. Salah seorang daripada mereka jatuh cinta kepada Aishwarya dan mendambakan cinta serta perhatiannya. Aishwarya pula cuba untuk memulakan hidup baru kesan dari hubungan lampaunya. Sewaktu kisah cinta ini mula terjadi, sebuah pembunuhan mengejut telah berlaku.

Tiga Filem Tamil Malaysia Tayang Di Netflix (Best Tamil Movies On Netflix 2022)

Bhairavi yang merupakan seorang pegawai polis, dan pasukannya masuk ke tempat kejadian untuk menyelesaikan misteri di sebalik pembunuhan ini. Kisah itu kemudian mempamerkan pencarian pembunuh dan niat di sebaliknya. Bhairavi sebaliknya menghadapi cabaran dengan pesalah serta bergelut dengan tugasnya sebagai ibu, isteri dan polis yang mahu terus rbakti.

Berdurasi 1 jam 58 minit, filem yang diarahkan oleh oleh Shalini Balasundram dan Santhish Natarajan menampilkan Shaila V, Shalini Balasundram, Kabil Ganesan, Sarankumar, Krothigah Nair, Shabby, Ley Sharwind, KS Maniam, Shashi Tharan, Desmond Dass dan ramai lagi membawakan karakter-karakter yang menarik dalam filem ini.


Di bawah rumah produksi Shaibha Vision Entertainment Sdn Bhd, filem Pulanaivu bukan sekadar filem tetapi penuh dengan visual ‘roller coaster’ yang merangkumi emosi, keseronokan, ketegangan, rasa ingin tahu dan permainan minda.

Filem yang digabungkan dengan baik yang memikat hati kerana percintaan serta jenayah ini telah memperolehi beberapa anugerah antaranya di Best Crime Thriller Feature Film Award (Toronto Tamil Film Festival 2020), Best Screenplay dan Best Actor Female (11th Norway Tamil Film Festival 2020) serta beberapa anugerah di Everest International Film Festival dan Chola Cinema Award.

netflix movies tamil 2022, best tamil dubbed movies in netflix, tamil movies in netflix, netflix tamil movies new, best tamil movies on netflix 2022, netflix tamil movies download, netflix movies tamil 2021, best tamil movies on netflix 2021, filem tamil netflix, filem tamil malaysia, filem tamil best netflix, filem tamil terbaik di netflix, filem Malaysia Netflix, Netflix Malaysia Tamil movie,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post