10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

Trending

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz! | Setelah sempat tertunda dua tahun kerana pandemik yang melanda dunia, Kuching Jazz, KJ2022 kembali! Yes, Kuching Jazz back after two-year hiatus! Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang merupakan sebuah ‘acara muzik wajib’ di Sarawak ini akan kembali menghangatkan dan memenuhi dahaga pendengar genre tersebut pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd. percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.

Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.


"Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan. Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat." ujar Encik Mark Ferguson, Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd.

Barisan penghibur yang akan menghangatkan festival ini termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz. Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar. Baca : Kuching Waterfront Jazz Festival 2022 Lineup / Performer Profile.


Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

“Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya lain daripada persembahan sebelum atau akan dilakukannya pada masa terdekat,” ujar Encik Mark Ferguson lagi.

Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.

Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.


Kuching Jazz Festival Ticket

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022

PASS 1 HARI
PRA JUALAN (Early bird) :
HARI PERTAMA: (DEWASA) RM180, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM90
JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM200, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM100

HARI KEDUA: (DEWASA) RM280, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM140
JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM300, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM200

PASS 2 HARI
PRA JUALAN (Early bird) : 
(DEWASA) RM350, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM170


Jadual Persembahan Kuching Waterfront Jazz Festival
Berikut adalah jadual persembahan penghibur Jazz untuk 2 hari festival berkenaan:

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

10 Penghibur Jazz Di Festival Kuching Jazz 2022: Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

Justeru itu tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini. Barisan pemuzik yang hebat, bazar makanan dan jualan kraftangan yang tidak akan mengecewakan dan paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang rugi dilepaskan.

Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com

kuching jazz 2022 ticket, kuching waterfront jazz festival 2022, kuching jazz festival 2022 lineup, kuching jazz festival 2022 ticket, jazz malaysia price, sarawak festival 2022, jazz festival malaysia 2022, borneo jazz ticket,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post