Cara Register i-akaun KWSP Online| Hi korang! Bagi Rakyat Malaysia yang bekerja pasti akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk akaun kita.
Bila nak buat urusan beli rumah, pinjaman dan sebagainya memang mudah kalau dah ada i-akaun, boleh download terus penyata EPF tahunan tanpa perlu nak pergi menghadap kaunter. Buat korang yang masih belum buat i-akaun, silalah register i-akaun kwsp online.
Apakah KWSP?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja bagi kegunaan pada hari tua. Oleh itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.
- Pembelian rumah / hartanah
- Membayar pinjaman perumahan
- Menyelesaikan pinjaman pendidikan/PTPTN
- Bayaran rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara
Cara Pendaftaran Ahli KWSP
Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP seperti di bawah:1. Pendaftaran automatik oleh majikan
2. Pendaftaran di Kaunter
3. i-akaun KWSP majikan
4. KIOSK
5. Pendaftaran sendiri
Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)
- Kemaskini profil peribadi
- Semak kelayakan pengeluaran
- Semak baki simpanan
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Langkah Mendaftar/Mengaktifkan i-Akaun
1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran.2. Layari laman web KWSP login.
- Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
- Muat turun aplikasi mobile i-Akaun
4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
Cara Daftar i-Akaun Online (View Mode)
- Semakan Baki Akaun
- Semakan Caruman Semasa
- Semakan Profil
- Semakan Sejarah Pengeluaran
- Semakan Kelayakan Pengeluaran
- Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
Semakan Penyata KWSP Online
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.1. Log masuk di pautan i-Akaun (Member) menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP
2. Pergi ke menu Withdrawal
3. Klik Withdrawal History
4. Search Pengeluaran Khas
5. Rekod / status terkini akan dipaparkan
Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP
Aplikasi i-Akaun di Apple Store