Sesi Autograph & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Concert 2024 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sesi Autograph & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Concert 2024

Trending

Sesi Autograph & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Concert 2024

Siapa yang tak suka mengumpul kenangan daripada artis kegemaran mereka? Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki cakera padat, poster mahupun majalah sebagai koleksi peribadi. Setiap barang itu menjadi saksi kepada kehadiran artis di hati peminat mereka.

Sesi Autograph & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Concert 2024

Meski zaman berubah, tradisi yang mengeratkan silaturahim secara semula jadi di antara artis dengan peminat iaitu sesi ramah mesra dan senantiasa masih relevan.Ia adalah peluang yang tak terlupakan untuk bersua muka dengan penyanyi pujaan anda dan mendapatkan tanda tangan eksklusif daripada sang idola .

Sesi Bertemu Peminat dan Sesi Tandatangan Eksklusif

Sehubungan itu, penganjur konsert penyanyi legenda Ziana Zain iaitu Anuar Zain Network & Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dengan berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.

Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024" nanti.

Semua peminat yang telah membeli tiket konsert Ziana Zain 2024 dialu-alukan untuk datang dalam acara ini. Ini adalah peluang untuk beramah mesra dengan Ziana Zain sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan sebelum konsert utama pada 25 Mei 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Cara Menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session

Berikut merupakan syarat dan cara untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session yang berlangsung di Centre Court, Sungei Wang Plaza pukul 3 petang, 21 April 2024.

Sesi Autograph & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Concert 2024

1) Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.
2) Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari
3) Sesi tandatangan akan dijalankan mengikut sistem siapa cepat mereka dapat.

PERHATIAN; 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas

4) Setelah 200 peminat terawal mendapatkan slot, para peserta yang lewat masih boleh menebus poster yang sudah ditandatangan lebih awal di kaunter (selagi stok masih ada).

Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Info Acara Autograph Session

Nama Acara: Sesi Autograph "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Concert 2024"
Penganjur: Anuar Zain Network & Ziana Zain Network
Penganjur Bersama: Altus Prohouse Sdn Bhd
Tarikh: 21 April 2024
Waktu: 3 petang
Lokasi: Centre Court, Sungei Wang Plaza

Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post