Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower) Dapat Tayangan Perdana Antarabangsa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower) Dapat Tayangan Perdana Antarabangsa

Trending

Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower) Dapat Tayangan Perdana Antarabangsa

Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower) Dapat Tayangan Perdana Antarabangsa | Pengarah filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baru yang amat di nantikan-nantikan. Filem Harum Malam yang bergenre seram, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 09 Febuari 2023.

Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower)

Bagi tayangan perdana antarabangsa dengan judul Blood Flower, filem ini akan ditayangkan di festival filem horror, Fantastic Fest 2022 di Amerika Utara dan tayangan perdana Eropah di Sitges Film Festival, Sepanyol.

Filem ini diterbitkan oleh Apparat, dan buat pertama kali bekerjasama dengan D’Ayu Pic tures and Skop Productions. Skop, penerbit filem seram Munafik 2, yang masih me megang rekod kutipan pawagam filem seram yang paling tinggi, akan mengendalikan pengedaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Edaran Skop terkini, filem Mat Kilau, telah berjaya menjadi filem box office terbesar di dalam sejarah filem Malaysia. Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gang ster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana da ripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).


Sinopsis Filem Harum Malam (Blood Flower Synopsis)
Harum Malam berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu meihat makhluk yang ghaib pada mata kasar manusia. Keupayan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Satu peristiwa te lah menyebabkan rakan-rakan dan keluarga Iqbal terdedah dengan makhluk ghaib yang amat merbahaya. Tanpa mempunyai pilihan, Iqbal terpaksa menggunakan kebolehan istimewa ini untuk melawan makhluk tersebut.

Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower)

Pelakon Filem Harum Malam (Blood Flower Cast)
Harum Malam dibintangi oleh Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud and Faizal Hussein. Filem ini juga memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar seperti Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sa bar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!," Dain Said – Pengarah filem Harum Malam.


Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.

Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest 2022, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Aus tin, Texas pada 22-29 September 2022.

Filem Harum Malam (Malaysian Horror Blood Flower)

Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (Eu ropean premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tar antino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve.


Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower.

Bunga Harum Malam In English
Pokok Harum Sundal Malam ; Scientific Name, Polianthes tuberosa ; Family, Agavaceae dalam Bahasa Inggeris ialah tuberose. Pokok Harum Sundal Malam atau juga dikenali sebagai Sundal Malam berasal dari Amerika Tengah. Dinamakan sedemikian kerana bunga ini kembang malam.

Sinopsis Filem Harum Malam,Blood Flower Synopsis,bunga harum malam in english,Malaysian Horror Blood Flower,Fantastic Fest 2022,Sitges Film Festival,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post