Konsert 25 Tahun Padi Reborn Di Zepp Kuala Lumpur - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Konsert 25 Tahun Padi Reborn Di Zepp Kuala Lumpur

Trending

Konsert 25 Tahun Padi Reborn Di Zepp Kuala Lumpur

Konsert 25 Tahun Padi Reborn dibawakan sekali lagi oleh Qew Communications Sdn Bhd (Qew Comm), penganjur sama yang membawa mereka bertandang dan menyapa Sobatpadi beberapa tahun lalu. Kini sempena ulang tahun jubli perak mereka, Padi Reborn belum terlambat merayakannya bersama Sobatpadi dan penggemar muzik pada 3 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur.

konser 25 tahun padi reborn

Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima karyawan seni ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan nama Padi pada sekitar tahun 1997.

“Ini adalah sebuah kesempatan yang mengujakan buat seluruh anggota Padi Reborn kerana akan merayakan perjalanan dan ulang tahun jubli perak kami yang ke-25 di Malaysia. Terima kasih kerana masih mahu berjalan harmoni dengan Padi Reborn lagi,” ujar pengasas serta pemain gitar Padi Reborn, Piyu.


Album Lain Dunia yang dipasarkan setahun kemudian meledak, mengutip lebih 800 ribu unit jualan dan menyemarakkan nama Padi sebagai antara kumpulan terbaik di Indonesia.

konser 25 tahun padi reborn

Dua tahun setelah kelahiran album Lain Dunia, mereka kembali dengan Sesuatu yang Tertunda pada tahun 2001 dan terjual sebanyal 1.6 juta unit jualan dan meraih 10 kali platinum pada 2002. Pada 2003, Padi melancarkan album Save My Soul dan dilanjutkan album Padi - self titled tahun 2005 dan Tak Hanya Diam tahun 2007.


Pasca hiatus tujuh tahun lamanya dari industri hiburan, grup musik Padi kembali dengan semangat baru bertransformasi menjadi Padi Reborn. Setelah ‘comeback’ dari tidur yang panjang dan bersatu kembali di tahun 2017, Padi Reborn menelurkan album Indera Keenam (2019) serta karya dan terobosan yang belum pernah dilakukan sebelumnya.

Mulai dari melancarkan single, album terbaru, video klip dan kolaborasi filem pendek, menjadi hos untuk program televisyen swasta hinggalah menciptakan lagu pendek bersama Satgas Penanganan Covid-19.


Dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi, perjalanan panjang 25 tahun yang direntasi, Konsert 25 Tahun Padi adalah sesuatu yang tidak wajar ditunda atau ditinggalkan. Selamat berhibur Sobatpadi pada 3 Disember 2022 di Zepp KL.

konser 25 tahun padi reborn

Tiket-tiket dengan harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) akan mulai dijual mulai jam 11 pagi, 28 September 2021 di https://www.ticket2u.com.my .

konser perak 25 tahun padi reborn
konser 25 tahun padi reborn


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post