Review Abang Long Fadil 3 (2022), Filem Komedi Terbaik Sepanjang Zaman - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Abang Long Fadil 3 (2022), Filem Komedi Terbaik Sepanjang Zaman

Trending

Review Abang Long Fadil 3 (2022), Filem Komedi Terbaik Sepanjang Zaman

Review Abang Long Fadil 3 (2022), Filem Komedi Terbaik Sepanjang Zaman | Minggu lalu tanggal 26 Ogos 2022, Kak Bell sempat ke malam gala tayangan perdana filem Abana Long Fadil 3 di TGV KLCC. Memang meriah sungguh di perkarangan esplanade KLCC dengan kehadiran peminat, para selebriti, pengamal media dan influencer. Bagi penonton yang telah ikuti sekuel AbangLong Fadil 1 dan Abang Long Fadil 2, pasti tak sabar nak tonton aksi padat yang mendebarkan dan ketawa tanpa henti melihat gandingan hebat pelakon-pelakon dalam filem ini.

Review Abang Long Fadil 3

Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut.


Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Review Abang Long Fadil 3

Film Abang Long Fadil 3 masih mempertaruhkan Zizan Razak selaku tunggak utama. Manakala barisan pelakon Abang Long 3 lain yang ditampilkan juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri seni tanah air seperti, Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen. Setiap bintang turut pertaruhkan adegan aksi yang mendebarkan.


Tajuk : Abang Long Fadil 3 (IMdb)
Genre : Aksi Komedi
Pengarah : Syafiq yusof
Penerbit : Skop Productions & Astro Shaw
Produksi : Skop Productions
Bahasa : Bahasa Melayu
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur
Penggambaran : 70 Hari
Format : ro 5k
Durasi : 100 minit
Klasifikasi : (U)
Tarikh Tayangan : 8 September 2022

Barisan Pelakon Abang Long Fadil 3/cast of abang long fadil 3
Zizan Razak sbg Fadil
Dato AC Mizal sbg King cobra
Johan Raja Lawak sbg Chow Han
Shuip Sepatuh sbg Inspektor Shuib
Kazar sbg Chif Kazar
Jay Iswazir sbg Profeser Mirul
Maya Karin sbg Maya
Ozlyn sbg Ocy Lin
Elizabeth Tan sbg Alice
Tania Hudson sbg Yana
Khir Rahman sbg Presiden
Daniella Sha sbg Sherina
Siraj sbg Insperktor Sahab
Joey sbg Prof Joey

Penampilan Istimewa
Wak Doyok sbg Wak Doyok
Hairul Azreen sbg Pegawai Penjara


Sinopsis Abang Long Fadil 3
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Review Abang Long Fadil 3

Abang Long Fadil 3 sees Fadil back with a new mission of higher stakes. Fadil needs to shut down Chow Han’s evil conspiracy while being hunted by King Cobra, who is seeking revenge.

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Manakala OST bagi filmAbang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak orang di luar sana untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti.


Review Filem Abang Long Fadil 3
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Review Abang Long Fadil 3

Terus-terang sebelum ni Kak Bell tak ikuti pun siri filim Abang Long Fadil ni. Btw repas tonton Abang Long Fadil 3 trailer terus rasa nak tonton sebab best sangat previewnya ala-ala filem James Bond! Dengan kehadiran Elizebeth Tan dan Daniella Sha yang memegang senjata dan berlawan, nampak filem ni pasti best.

Mungkin ada yang beranggapan filem ni cliche kebab tiru ala-ala James Bond, pada Kak Bell ianya tak jadi masalah sebagai sebuah filem komedi yang dibuat ala macam filem James Bond. Dia punya CGI, markas ala FBI tu memang mantap dan tak nampak murah! Dari trailer je korang dah boleh agark bajet untuk filem ni besar demi menghasilkan kualiti filem terbaik.


Dari semi lakonan semuanya best dan dah pasti korang akan ketawa terbahak2 dengan gelagat depa semua ni. Seriously Kak Bell tak gering gusi masa tonton Abana Long Fadil 3. Memang kelakar habis! Syafiq Yusof berjaya jadikan filem ni sebagai salah satu filem komedi terbaik tempatan. Tak rugi korang nonton abang long fadil 3. Kak Bell bagi 9/10 bintang!


TRIVIA ABANG LONG FADIL 3
  1. Abang Long Fadil 1 – Dunia Gangster, Abang Long Fadil 2 – Dunia Mafia, Abang Long Fadil 3 – Dunia Spy.
  2. ‘Comeback’ atau kemunculan semula gandingan popular tanah air, JOZAN (Zizan Razak dan Johan) di layar perak selepas setengah dekad.
  3. Set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut.
  4. Filem komedi aksi pertama Elizabeth Tan. Elizabeth Tan telah melakukan aksi ‘stunt’ sendiri tanpa menggunakan pelakon alih lagak aksi. Dia turut menjalani sesi latihan bersama pelakon Maya Karin bagi memantapkan babak aksi yang perlu dipersembahkan.
  5. Watak Ocy Lin dihasilkan khas untuk Ozlynn kerana Syafiq Yusof merasakan gandingannya bersama Johan mampu menyaksikan watak antagonis suami isteri yang mampu meninggalkan kesan.
  6. Mengambil masa sedikit panjang apabila menjalani penggambaran babak Johan dan Ozlynn kerana rata-rata kru tidak mampu menahan gelak melihat aksi persembahan mereka.
  7. Banyak babak letupan di dalam filem. Menariknya, babak letupan tersebut adalah letupan sebenar dan tidak menggunakan teknik CGI atau VFX.
  8. Pencarian ‘Sama Tak Serupa’ menerusi radio ERA yang mengajak orang di luar sana berkongsi gambar seakan-akan Zizan Razak di media sosial dengan menggunakan #MencariZizanEra yang dijalankan pada bulan Julai lalu, telah menyaksikan 4 pemenang istimewa terpilih untuk tampil dalam muzik video OST Abang Long Fadil 3.


Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 full movie di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

abang long fadil 3 full movie
abang long fadil 3 trailer
film abang long fadil 3

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post