Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi, Single Ni Tiru She’s Gone? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi, Single Ni Tiru She’s Gone?

Trending

Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi, Single Ni Tiru She’s Gone?

Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi, Single Ni Tiru She’s Gone? | Selepas lagu Cinta Sejati yang trending di Youtube dan media sosial dengan tontonan lebih 5 juta dilancarkan, kali ini 4U Entertainment mempertaruhkan karya terbaru Aiman Sidek yang dibawakan oleh influencer Tiktok dan Instagram, Affizy Khairy.

Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi

Affizy Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai Agy, tampil dengan single terbaru yang berjudul “Ku Bertahan” yang mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang perlu melalui ranjau perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran. Ini merupakan single ketiga bagi usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor selepas single pertamanya bertajuk “Tiada Apa” dan “Kamar Sepi” hasil gubahannya sendiri.

Lagu “Ku Bertahan” merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek khas buat Affizy yang mempunyai gaya nyanyian serta tone suaranya yang unik dan tersendiri. Affizy yang banyak menghasilkan lagu-lagu cover yang mendapat sambutan di saluran Youtube “affizy khairy channel” juga sering viral dengan perkongsian membuat kek di Tiktok dan Instagram yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dan 2.2 juta sukaan (likes).


Lirik Lagu Ku Bertahan Affizy Khairi

Dengan Setiap Kata Kata Cemuhan
Ku Berdiri Meniti Tiap Cabaran
Yang Datang Melanda Yang Tidak Ku Duga
Ku Bertahan....Ku Bertahan

Sakit Memang Sakit
Luka Yang Terdalam
Jiwa Yang Cedera
Tersalut Noda Disakiti
Ku Bertahan

Jauh Ku Buang Segala Prasangka
Yang Hanyut Bergulir Bermain Diminda
Yang Datang Melanda Yang Tidak Ku Duga
Ku Bertahan...Ku Bertahan...

Namun Hatiku Tetap Teguh
Jiwa Rapuh Ku Ubati
Anda Ada Sinar Takdir
Ku Bertahan
Wooo

Sakit Memang Sakit
Luka Yang Terdalam
Jiwa Yang Cedera
Tersalut Noda Disakiti
Ku Bertahan
Ku Bertahan


Lagu berdurasi hampir 5 minit tersebut dikatakan mempunyai bahagian bernada tinggi seperti lagu popular dari kumpulan glam metal dari Amerika, Steelheart, yang berjudul “She’s Gone” di minit ke 2:20 - 2:30 lirik video lagu tersebut . Affizy juga telah mendendangkan mash-up kedua lagu tersebut yang dimuatnaik di tiktok dan instagram Affizy Khairy.

Menurut Aiman Sidek, “Agy mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang baik dalam menyampaikan lagu Ku Bertahan, ditambah lagi dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut. Saya telah mendapat bayangan Agy untuk menyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu ini.”

Sejak dilancarkan, jumlah tontonan lagu “Ku Bertahan” di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 15,000 tontonan serta telah mendapat perhatian beberapa drama dan telefilem yang lain, dan dalam perbincangan untuk bekerjasama.


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post