Trending


Cadbury Dan Ogilvy Lancarkan Filem Merdeka Unseen, Sekilas Pandang Tentang Sejarah

Cadbury Dan Ogilvy Lancarkan Filem Merdeka Unseen, Sekilas Pandang Tentang Sejarah | Cadbury bersama agensi kreatifnya, Ogilvy telah menerbitkan filem sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang akan datang bertajuk Merdeka Unseen. Kempen ini dilancarkan sebagai penghormatan kepada asas penubuhan Malaysia, di samping bagi memberi peluang kepada penonton untuk menghayati suatu detik sejarah yang penuh sentimental.

Sinopsis Filem Merdeka Unseen

Walaupun ia adalah satu detik penting, Merdeka atau Hari Kebangsaan Malaysia, sejak kebelakangan ini dilihat sebagai hanyalah sekadar cuti umum, terutamanya di kalangan golongan muda di Malaysia. Tahun ini, Cadbury dan Ogilvy berganding bahu untuk mencipta sebuah filem yang mendorong rakyat Malaysia melihat Merdeka dari sisi berbeza dan seterusnya mengubah cara mereka meraikan hari yang bermakna ini dalam sejarah Malaysia.

Selama 65 tahun, topik Merdeka berkisar tentang ucapan ikonik Tunku Abdul Rahman. Ia dipelajari di sekolah dan dipaparkan dalam pelbagai kempen pengiklanan seluruh negara. Namun, Merdeka lebih daripada sekadar ucapan tersebut. Melalui penggunaan teknologi, filem ini menghidupkan pelbagai detik simbolik yang berlaku pada hari bersejarah tersebut dan melaungkan semangat dan ertinya menjadi seorang rakyat Malaysia.


Sinopsis Filem Merdeka Unseen

Sinopsis Filem Merdeka Unseen | Berbanding merdeka short film lain yang menggunakan cerita rekaan, filem ini memaparkan Johan, warga emas yang berada di stadium untuk menghadiri Hari Merdeka pada tahun 1957. Beliau dibawa ke stadium untuk mengenang kembali pengalamannya apabila detik-detik kenangannya yang sungguh bermakna dicipta semula. Apabila beliau berjalan sekitar stadium, segala kenangannya pada hari tersebut dihidupkan kembali di tempat duduk, pada waktu sebenar.

Melalui memori Johan tentang Hari Merdeka, filem merdeka ini berperanan sebagai ingatan bahawa sifat murah hati, adalah asas semangat rakyat Malaysia, sejak dulu lagi. Jika kita meluangkan masa dan meluaskan pandangan, di sekeliling kita sentiasa ada kebaikan.


Sambutan Hari Merdeka di Malaysia setaraf dengan The Superbowl di Amerika Syarikat. Pelbagai jenama, besar atau kecil meraikan detik bersejarah ini dengan penghormatan dan penghargaan. Walaupun ianya adalah musim popular, mesej yang disampaikan tetap sama: perpaduan, menghormati kebudayaan setiap kaum, bersatu demi mengatasi segala perbezaan.

Namun, sebagai jenama yang bertapak di Malaysia lebih 100 tahun, Cadbury Dairy Milk ingin menyerlahkan sisi Merdeka yang tidak pernah dilihat selama ini. Filem kemerdekaan Malaysia ini tidak berpusat pada naratif ucapan seorang tokoh, sebaliknya ia memfokuskan pada jutaan insan yang menyaksikan ucapan itu dan lebih lagi.

Nikhil Nicholas, Ketua Pemasaran untuk Coklat, Asia Tenggara berkata: “Cadbury Dairy Milk sentiasa berusaha untuk menyerlahkan naluri murah hati yang wujud di kalangan kita dan Hari Merdeka ini adalah peluang terbaik. Ingatan Johan tentang kebaikan harian yang disaksikan pada hari bersejarah tersebut dihidupkan kembali.”


Nizwani Shahar Ketua Pegawai untuk Ogilvy Malaysi berkata: “Cadbury Dairy Milk adalah jenama global ikonik dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan juara yang terus memacu keberkesanan jenama dan perkembangan perniagaan dalam landskap moden. Kami mengibarkan bendera Cadbury dengan gemilang kerana sudah lama berada dalam perniagaan ini. Kemampuan menghasilkan kerja yang berimpak besar dan berkesan menjadi bukti kepada kerjasama kukuh dengan klien yang mengizinkan kami mencuba yang terbaik.”

Adrian Miller, Ketua Pegawai Kreatif Malaysia berkata: “Realiti hari ini adalah tiada siapa ingin meluangkan massa menonton segala bentuk pengiklanan, terutamanya pada upacara khas seperti Hari Merdeka yang memaparkan kisah yang sama setiap tahun. Apa yang ingin ditonton adalah kisah bermakna yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kisah yang mencetuskan sifat ingin tahu dan membawa nilai dalam hidup mereka. Inilah aspirasi setiap kerja yang kami hasilkan dan juga cita-cita bersama sekutu kami di Mondelēz International.”

Kempen ini berlangsung pada pertengahan Ogos hingga pertengahan September. Jom tonton filem tentang kemerdekaan, filem Merdeka Unseen di bawah.


Dalam usaha merealisasikan semangat perpaduan yang lebih utuh dan mantap, karyawan dan seniman seharusnya mengambil inisiatif memperbanyakkan lagi filem yang mampu membina jiwa bangsa dan semangat patriotisme melalui filem.

Buat seluruh rakyat Malaysia, selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 dan Hari Malaysia yang ke-59.

movie malaysia yang best
movie perpaduan
filem merdeka malaysia
merdeka movies

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post