Trending


Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata

Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata |  Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal.

Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata

Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata.


1. Kenali jenis-jenis batu permata dan warnanya
Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata dalam kumpulan ‘Beryl’ selain daripada permata aquamarin biru dan morganit merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu permata kesukaan Ratu Cleopatra. Batu permata dari kumpulan batu permata berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ianya hanya boleh ditemui di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afganistan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan permata zamrud, ianya memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah.

Bagi batu permata delima dan safir, ianya tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs. Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna seperti merah, ungu dan biru. Nanti Kak Bell kongsikan 20 nama batu permata dalam artikel lain. Baca juga List of Gemstones: Precious and Semi-Precious Stones.


Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semulajadi ini. Namun, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama batu permata yang dijual serta warna batu tersebut. Jangan terkejut jika terdapat dua batu permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori batu yang berbeza ataupun sebaliknya. Penilaian batu permata menggunakan mata kasar adalah agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk membezakan setiap jenis batu permata yang ada di pasaran. Oleh itu, barangan kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan penipuan.
Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata
Atas dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zamrud, turmalin hijau, peridot dan tsavorite.
Bawah dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zircon biru, safir biru dan topaz biru.

2. Jenis dan warna emas yang digunakan untuk mengikat batu permata
Sebelum membeli barang kemas batu permata, ketahui jenis dan mutu emas yang digunakan untuk mengikat batu permata tersebut. Secara lazimnya, mutu emas bermula 750 dan ke bawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh, selain memastikan batu permata terletak dengan sempurna. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas seperti ini kerana dikhuatiri batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Di samping mengetahui jenis dan mutu emas, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah jambu juga perlu dititikberatkan bagi memenuhi citarasa dan menonjolkan warna batu permata.

Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata
Rekaan barangan kemas HABIB bertatahkan batu permata yang diikat dengan tiga jenis warna emas iaitu kuning, putih dan merah jambu


3. Anggaran bajet
Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna, Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan). Semakin sempurna keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di pasaran. Di HABIB, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula serendah RM 300 dan mampu milik. HABIB juga menawarkan barangan kemas batu permata pada harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah. Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi barangan kemas anda selain daripada batu zamrud kerana harganya jauh lebih berpatutan dan mampu milik.

4. Tujuan membeli
Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli adalah bersesuaian untuk digayakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas dan minimalis berbanding jika hendak digayakan ke acara-acara tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas batu permata dengan rekaan yang lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan anda.


5. Tips penjagaan batu permata yang betul
Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh dikekalkan. Antara tips yang boleh diamalkan untuk merawat batu permata adalah:
  • Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain.
  • Untuk mencuci barangan kemas permata anda, hanya gunakan berus lembut dan air sabun yang suam.
  • Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian steam pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak.
  • Simpan dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata.
  • Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas.

Tips Membeli Barang Kemas Bertatah Batu Permata Dan Cara Penjagaan Batu Permata

Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata, Festival Batu Permata adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda. Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik pameran HABIB sehingga 31 Ogos 2022. Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Festival Batu Permata, layari laman sesawang rasmi HABIB.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post