Review Filem The Gray Man Netflix (2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Filem The Gray Man Netflix (2022)

Trending

Review Filem The Gray Man Netflix (2022)

Review Filem The Gray Man Netflix (2022) | The Gray Man merupakan filem aksi terbaru yang mula tayang di Netflix hari ini 22 Julai 2022. Filem yang disutradarai The Russo Brothers ini membariskan pelakon terkenal seperti Ryan Gosling, Chris Evans dan Ana de Armas. Untuk makluman, filem ini dibuat dengan bajet USD200 juta dan menjadi filem filem asal Netflix paling mahal bersamaan dengan bajet filem Red Notice (2021).

Review Filem The Gray Man Netflix (2022)

Penggemar Marvel Cinematic Universe (MCU) pastinya tidak asing dengan pengarahan Anthony dan Joe Russo atau Russo Brothers, sutradara yang menggarap Captain America: Civil War, Avengers: Infinity War, dan Avengers: Endgame (2019). Selain Marvel, Russo Brothers mengarahkan The Gray Man, yang tayang secara eksklusif di Netflix.

The Gray Man merupakan filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama, karangan Mark Greaney yang diterbitkan pada 2009. Menariknya, filem ini menjadi kolaborasi kelima antara Russo Brothers dengan Chris Evans, aktor yang membawakan watak Captain America. Filem ini membawa Ryan Gosling sebagai karakter utama bernama Six, manakala watak antagonis di bawa oleh Chris Evans sebagai Llyod Hansen. Ya, Captain Amerika membawa watak villian!


Filem: The Gray Man Netflix (2022)
The gray man Netflix release date: 22 July 2022
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Penulis: Joe Russo, Christopher Markus, Stephen McFeely
Genres: ActionThriller
Motion Picture Rating (MPAA): Rated PG-13 for intense sequences of strong violence, and strong language.
Durasi Filem : 2 jam 9 minit.
The Gray Man - Rotten Tomatoes: 49%
The Gray Man - IMDB: 6.7/10

The Gray Man Netflix Cast/The Gray Man Cast
barisan pelakon the gray man:
Ryan Gosling as Six
Chris Evans as Lloyd Hansen
Ana de Armas as Dani Miranda
Billy Bob Thornton as Fitzroy
Jessica Henwick as Suzanne Brewer
Dhanush as Avik San
Alfre Woodard as Maurice Cahill
Regé-Jean Page as Carmichael
Wagner Moura as Laszlo Sosa
Julia Butters as Claire
Shea Whigham as Six's Father
Deobia Oparei as Dulin
Robert Kazinsky as Perini
Daz Crawford as Markham
Callan Mulvey as Dining Car
Charlit Dae as The Buyer
Cameron Crovetti as Young Six
Chris Castaldi as Dawson


The Gray Man Trailer


Sinopsis The Gray Man

Sinopsis The Gray Man | The Gray Man berkisah tentang kisah pelarian karakter Gray Man (Ryan Gosling) sebagai mantan agen upahan CIA dengan nama samaran Sierra Six. Six pun lari ke berbagai negara membawa barang bukti sehingga dia menjadi target pemburuan CIA.

Review Filem The Gray Man Netflix (2022)


Sebelum jadi CIA, Six adalah seorang banduan dan disebabkan bakatnya dia direkrut untuk menjadi agen CIA oleh Donald Fitzroy (Billy Thornton). Fitzroy merupakan pegawai senior CIA yang menginisiasi sebuah program bernama Sierra. Program Sierra ini melatih para pasukannya untuk menjadi pembunuh elit yang efektif, rapi, dan bekerja dalam diam. Six yang masuk dalam program tersebut dipanggil sebagai Gray Man kerena dikenali sebagai pembunuh berdarah dingin.

Program ini juga mempertemukan Sierra Six dengan rakan lamanya bernama Lloyd Hansen (Chris Evans), seorang pembunuh berbakat namun bengis dan kejam menyiksa buruannya. Hansen pun menjadi saingan Sierra Six sekaligus memiliki prinsip berlawanan darinya yang tidak suka menyiksa korban.

Sinopsis Filem The Gray Man Netflix (2022)

Melalui bimbingan Fitzroy, Sierra Six menjadi agen pembunuh nombor satu sedangkan Hansen akhirnya harus keluar dari program tersebut selepas enam bulan menjalani latihan. Sierra Six suatu hari tanpa sedar telah membocorkan sebuah rahasia penting yang menjadi aset berharga CIA. CIA memutuskan untuk mengubah status Sierra Six dari agen nombor satu menjadi orang buruan nombor satu CIA. 

Selepas pelarian Six, CIA memanggil semula Hansen sebagai pemimpin operasi untuk menangkap Gray Man. Gray Man mendapat bantuan dari seorang agen CIA lain bernama Dani Miranda (Ana de Armas) untuk melarikan diri dari pasukan Hansen. Begitulah sinopsis the gray man 2022. Hehe


Review Filem The Gray Man

Kolaborasi lakonan Ryan Gosling dan Chris Evans dalam filem ini memang mantap, ditambah pula dengan aksi Ana de Armas. Gabungan ketiga-tiga pelakon papan atas ni memang menjadi. Untuk jalan cerita, ok sahaja sebab sama sahaja dengan filem aksi yang lain.

Sinopsis Filem The Gray Man Netflix (2022)

Paling tak sangka, bila Chris Evans membawakan watak antagonis, watak villian penjahat dalam filem ini. Menariknya dalam The Gray Man, Evans mampu membuktikan bahawa dia lebih dari sekadar Captain America kerana berjaya membawa watak Lloyd Hansen dengan sangat berjaya! Kiranya watak ni berjaya buat Evan lari dan tidak terikat dengan watak Captain America forever.

Penampilannya Ryan Gosling dan Ana de Armas juga sangat memberangsangkan. Bagi peminat filem aksi, mesti tak lepaskan peluang menonton filem The Gray Man full movies di Netflix!

the gray man Netflix review
the gray man Netflix cast
the gray man cast
the gray man full movie
the gray man trailer
the gray man - rotten tomatoes
sinopsis gray man
the gray man sinopsis
sinopsis the gray man 2022

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post