Trending


Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD | Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun penyakit tangan kaki dan mulut orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga ada dan boleh menghadapi risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

Punca Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

Punca Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus. Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Agen infeksi bagi penyakit tangan kaki dan mulut (hfmd) adalah melalui:
  • Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
  • Air liur
  • Cecair daripada lepuh
  • Najis
  • Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin


Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?
Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri, dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD
gambar penyakit tangan kaki dan mulut

Diantara cara mencegah penyakit tangan kaki dan mulut adalah dengan menitik beratkan penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat membersihkan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan.


Langkah-Langkah Mencegah Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
  • Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
  • Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
  • Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
  • Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
  • Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti


Cara Mencegah Penularan HFMD
Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata. Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD

Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Ibu bapa boleh sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak-anak. Aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”


Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD
REAL Kids Setia Eco Park

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD
REAL Kids Ara Damansara

Antabax Bekerjasama Dengan R.E.A.L Kids Untuk Mengurangkan Penyebaran HFMD
REAL Kids TTDI

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari 
http://www.lamsoon.com.my/
https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/
https://www.instagram. com/antabax

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post