Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Trending

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu | Hi semua! Bagi peminat K-drama, mesti masih ingat drama Korea She Was Pretty lakonan Park Seo-joon dan Hwang Jung-eum pada tahun 2015. Semua pun dah tahu bahawa drama Korea She Was Pretty versi Korea telah di ‘remake’ versi Malaysia dan sudah mula ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 23 Jun 2022.

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Sebenarnya Kak Bell sempat ke acara launching She Was Pretty Malaysia di Tropicana Garden Mall tempohari tapi baru la ni nak update! Seronok sangat sebab berpeluang bertemu dengan ke semua para pelakon drama ni. Memang Kak Bell tak lepaskan peluang bergambar dengan Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle, Alvin Chong dan Daniella Sya.

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu


Selain sneak peak she was pretty malaysia episode 1, turut ada fashion show, persembahan oleh Amylea penyanyi lagu OST She Was Pretty Malaysia iaitu 'Bintang' serta cabutan bertuah. Tahniah buat pemenang percutian ke Korea! Sonoknya dapat pi Korea dengan Alvin dan Blimey! Yang mana nak tengok video Live nyanyian Amylea, Kak Bell kongsi kat bawah ya!

Pastinya para peminat berharap drama ‘remake’ She Was Pretty Malaysia version akan sebagus drama asal. Dapat dilihat di media sosial, ramai yang membandingkan beberapa babak ikonik dalam drama ‘remake’ tersebut. She Was Pretty adalah sebuah drama siri Original Viu yang penuh romantis dan komedi. Kisah percintaan dan persahabatan yang dihangatkan dengan pelbagai konflik menarik.


Drama siri ini bakal bersiaran sebanyak 16 episod dengan durasi tayangan setiap episod sebanyak 60 minit. Untuk versi Malaysia diterbitkan oleh Independent Pictures, diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dengan garapan skrip daripada Rafidah Abdullah.

Episod: 16
Tayangan: VIU Malaysia (Viu Original)
Penulis Skrip: Rafidah Abdullah
Pengarah: Yusry Abdul Halim
Produksi: Independent Pictures
Mula siaran: 23 Jun 2022

OST Drama
Tajuk Lagu : Bintang
Penyanyi : Amylea


She Was Pretty Malaysia Setiap Hari Apa?
Untuk tiga episod pertama She Was Pretty boleh ditonton di Viu pada 23 Jun 2022, manakala dua episod baharu boleh ditonton pada setiap hari Khamis. Seterusnya untuk tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos 2022. She Was Pretty Malaysia full episode hanya di VIU ya!

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Pelakon She Was Pretty Malaysia/She Was Pretty Malaysia Cast
Drama siri She Was Pretty Malaysia menampilkan barisan pelakon ternama seperti Aiman Hakim Ridza, Diana Danielle, Alvin Chong, Daniella Sya, Yasmin Hani, Asha Merican, Shah Kimin, Adam Malek, Amelina, Arena Wan dan ramai lagi.

Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff
Diana Danielle sebagai Nadia
Daniella Sya sebagai Kejora
Alvin Chong sebagai Ashraf
Yasmin Hani sebagai Julie
Adam Malek sebagai Junad
Arena Wan sebagai Aria Bakri


Sinopsis She Was Pretty Malaysia

Sinopsis She Was Pretty Malaysia | Sebuah cerita yang berkisar tentang dua watak utama yang penting iaitu Haniff (Aiman Hakim Ridza) dan Nadia (Diana Danielle). Haniff dan Nadia adalah kenalan rapat sewaktu zaman kanak-kanak. Persahabatan dan pautan perasaan antara mereka berdua tidak kekal lama apabila Nadia tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Hubungan antara Haniff dan Nadia langsung terputus begitu sahaja.

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu

Takdir akhirnya menemukan mereka berdua kembali apabila Nadia mendapati Haniff ialah bosnya di majalah fesyen di mana dia bekerja (The Most). Nadia bergelut untuk mengekalkan rahsia identitinya, pertemuan yang tidak dijangka dan penuh dengan helah yang memakan diri. Nadia kini tidak semanis dan secantik seperti waktu kecilnya dulu. Gadis itu berasa malu untuk bertemu muka dengan Haniff.

Tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku, Nadia meminta pertolongan rakannya. Nadia meminta Kejora (Daniella Sya) untuk berpura-pura menjadi Nadia di depan Haniff. Kejora adalah seorang gadis cantik idaman ramai. Suasana menjadi huru-hara apabila penipuan yang hanya dirancang untuk dilakukan sekali sahaja itu terpaksa diteruskan apabila Nadia mendapat tahu bahawa dia bakal menjadi orang bawahan Haniff. Haniff kini menjadi ketua di tempat kerja Nadia.

Sinopsis Drama: She Was Pretty Malaysia Remake Di Siri Original Viu


Lama kelamaan perasaan Nadia terhadap Haniff muncul kembali, tapi sukar baginya untuk berterus-terang tentang perasaanya dan tentang siapakah dirinya yang sebenar. Pada masa yang sama, Kejora juga telah mula menyimpan perasaan kepada Haniff. Nadia juga menemui seorang rakan rapat di tempat kerjanya, Ashraf yang mula jatuh cinta dengannya.

Pergelutan antara cinta dan persahabatan mula timbul untuk Nadia dan Kejora, tapi yang mana satu menjadi pilihan mereka. Bagaimanakah akhirnya kisah percintaan dan persahabatan ini? Siapakah yang bakal berjaya menawan hati Haniff dan siapakan yang bakal dikecewakan?


Drama She Was Pretty mempunyai corak penceritaan yang terbukti berjaya. Drama ini bukan sahaja popular di Korea, malah telah dihasilkan semula dalam pelbagai bahasa di pelbagai negara. Jangan lupa tonton she was pretty malaysia full episode kay!

Drama She Was Pretty Malaysia Viu Original boleh ditonton setiap hari Khamis secara ekslusif hanya di platform penstriman Viu atau di aplikasi mobile, di aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih.

she was pretty malaysia sinopsis
review she was pretty malaysia 2022
review she was pretty drama korea
review she was pretty malaysia
She Was Pretty Malaysia Remake
she was pretty malaysia viu
pelakon she was pretty malaysia
she was pretty malaysia cast
she was pretty malaysia full episode
she was pretty malaysia ep1

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post