Trending


Kelebihan Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim

Kelebihan Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim | Setiap manusia pastinya tidak lari daripada melakukan dosa besar mahupun kecil atau kesalahan selama hidupnya. Oleh itu kita sebagai umat Islam dan hambanya haruslah sentiasa memohon keampunan daripada Allah.

Kelebihan Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim

Selain berdoa memohon ampun, kita turut digalakkan berzikir dan mengamalkan perkara yang dapat menggugurkan dosa. Bacaan zikir ini juga dapat memperlancar rezeki, dimudahkan rezeki dan kekayaan dunia bagi yang rutin membacanya.

Dari Anas bin Malik R.A bahawasanya : Rasullulah SAW melewati sebuah pohon bersama sahabat, mengambil ranting dari ranting pohon itu, lalu beliau menggugurkannya, lalu dedaun itu gugur.

Rasulullah SAW pun bersabda, “Ketahuilah mengucapkan Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illaa Allahwa Allahu Akbar itu dapat menggugurkan kesalahan-kesalahan sebagaimana daun pohon itu berguguran dari pohonnya.” (HR. Thabrani)


Maksud Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahil Azeem

"Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung"

Sedemikian besar dan agung makna tasbih, siapa yang mengucapkannya maka dosa-dosa yang pernah dilakukan akan berguguran sebagaimana daun-daun gugur dari dahan pepohonan sebagaimana Rasulullah jelaskan dalam hadisnya di atas.

  1. Zikir istighfar iaitu Astaghfirullahal adziim.
  2. Subhanallahi Wabihamdih Subhanallahil Adzim Astaghfirullah yang merupakan zikir yang ringan di lidah tapi berat di timbangan. Allah akan ampun dosa walaupun ianya sebanyak buih di lautan.
  3. Lailahailallah
  4. Hasbunallaahu waniqmal wakeel.
  5. Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaahaillallah Wallaahuakbar. 4 kalimah yang akan menanggalkan dosa seperti tertanggal daun daun kering dari pokok.
  6. La hawla walaa Quwwata Illa Billahil aliyil adziim
  7. Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW iaitu Allahuhhama sholli alaa Saidina Muhammad Waalaa Aali Saidina Muhammad.


Cara Mudah Menggugurkan Dosa

Dengan bersalaman atau berjabat tangan, Allah akan memberikan pahala yang besar iaitu hilangnya dosa-dosa meskipun dosa tersebut seperti buih di lautan. Begitu besar pahala yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang bersalaman sebagaimana dalil sabda Nabi Muhammad SAW yang ertinya :

Sesungguhnya seorang muslim itu jika bertemu saudaranya kemudian bersalaman oleh kedua-duanya, maka gugurlah dosa-dosa mereka sebagaimana berguguran daun-daun dari pokok yang kering ditiup oleh angin kencang, melainkan kedua-duanya diampuni semua dosa mereka meskipun banyak seperti buih di lautan. (HR. Thibrani)
  • TANGAN memegang erat, bukan hanya bersalaman dengan hujung jari
  • MATA memandang tepat ke mata orang yang disalami.
  • BIBIR mengukirkan senyuman.
  • LIDAH melafazkan selawat.
  • HATI mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat orang yang di salam.
  • Jadilah yang pertama menghulur salam dan yang terakhir melepas salam.


doa Neelofa rezeki

Doa Peroleh Rezeki Melimpah Ruah Amalan Neelofa (doa Neelofa rezeki)

Bismilillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Perancang,
Berikanlah aku rezeki seluas langit Mu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
Rezeki yang bertebaran ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawa aku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang tak terjangkau akal fikiran,
Rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke SyurgaMu.


Justeru, amalkanlah zikir-zikir di atas sebanyak mungkin dalam kehidupan seharian kita. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa terdahulu kita sebelum dipanggil pulang ke tempat abadi.

selawat subhanallah wabihamdihi
subhanallahi azim
zikir subhanallah
wirid subhanallah wabihamdihi, subhanallahil adzim
maksud subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil azeem
doa neelofa rezeki

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post