Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative

Trending

Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative

Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative | 22BAND, sebuah band baru berasal dari Lembah Klang, dan muzik yang di perjuangkan dalam konsep pop alternative terkini. Mereka berkata bahawa banyak mendapat maklum balas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini. Oleh disebabkan itu, sekali gus menjadikan single terbaru 22Band yang bertajuk Hidup yang mempunyai cerita rasa lain dari yang lain.

Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative

22BAND terdiri dari Eqmal (Vokalis) , Bun (Gitar) , Apis (Gitar) , Reen (Bass) dan Ijan (Drum). Nama band dipilih 22BAND kerana pada asal nya band ini hanya sekadar projek band tetapi disebabkan keserasian bersama dalam misi perjuangan muzik dengan secara rasmi nya pada tahun 2022, kami memilih 22BAND (twentytwoband) sebagai nama rasmi untuk memperingati covid yang melanda negara’’- menurut 22BAND .

Single pertama 22Band, Hidup merupakan hasil ciptaan bersama ahli 22BAND manakala lirik oleh Apis sendiri . Hidup mengisahkan kisah seseorang melalui kehidupan harian yang sukar terutama masyarakat masa kini di waktu fasa endemic kini.


Lirik Lagu HIDUP 22BAND
lirik lagu hidup band malaysia

Judul : Hidup
Artis : 22BAND
Komposer : Ijan/Apis/Bun/Reen/Eqmal
Lirik : Apis
Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd
Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

Belum lagi rahsia bila diriku bernoda
tiada lagi terasa bila diriku berdosa
kadangku terasa bangga dengan segala larangan
sampai kapankah ? hidupku seperti ini

( Corus )
Hidupku terasa kosong
hampalah cuma
walaupun segalaku ada
tetaplah hampa
hidupku bagaikan jasad yang tiada bernyawa
walaupun semua menganggap aku lebih mulia

( Pre corus )
Sampai dipersimpangan ku lihat sebuah cahaya
Cahaya kehidupan rebutan setiap insan

( ending )
Hidupku kini terasa
lebih bernyawa
Hadirmu memberi rasa
lebih bermakna
cintaku hanyalah satu
tiada duanya
kasihmu segenap semesta
dan seisi alam


Titik pertemuan 22BAND dengan sebuah syarikat label telah menjadikan single ‘Hidup’ ini diedarkan secara jualan digital dan penjagaan hakciptanya dibawah Luncai Emas Sdn Bhd. 

Lirik Lagu HIDUP 22BAND, Single Pertama Konsep Pop Alternative
Dari kiri : Apis (Gitar), Bun (Gitar), Eqmal (Vokal), Ijan (Drum) dan Reen (Bass)

"Kami memilih Luncai Emas kerana Luncai Emas adalah salah satu platform yang melahirkan lagu dan bakat baru yang sangat segar dalam industri muzik ini dan seperti diketahui ramai syarikat itu dinaungi oleh Dato’ M.Nasir . Kami sendiri pun amat menginspirasikan beliau dalam perjalanan karier muzik kami sebagai pemuzik dan juga composer’’, jelas 22BAND .


Sejujurnya mereka tidak pernah menyangka bahawa hasrat untuk bertapak dalam industri muzik ini tercapai ,walaupun dalam keadaan yang berbeza pada beberapa tahun di sebab kan covid-19 dengan harapan hasil karya-karya mereka itu diterima ramai .

Rancangan mereka selepas ini dikatakan akan menghasilkan lebih banyak single baru masa kini mengikut peredaran zaman serta mengikut trend lagu semasa yang disukai pendengar setiap lapisan masyarakat.


Kini, audio rasmi Hidup oleh 22BAND telah pun berada di semua saluran digital seperti JOOX, Deezer, Spotify, Itunes dan juga Apple Music manakala video lirik boleh ditonton ramai bermula 24 Jun 2022 (5 Petang) ini di saluran youtube Luncai Emas.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post