Trending


Asam Pedas Melaka Sedap 2022 Di Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak

Asam Pedas Melaka Sedap 2022 Di Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak | Peminat masakan asam pedas dan patin tempoyak? 2 menu masakan ni memang tak asing lagi dan dah jadi masakan tradisi atau makanan signature sesebuah negeri atau tempat. Asam pedas bukanlah masakan asing di Malaysia. Cili dan air asam adalah bahan utama. Namun, lain tempat lainlah caranya walaupun asasnya serupa. 

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Kalau asam pedas yang terkenal ialah asam pedas Melaka atau asam pedas Johor, manakala masakan patin pula ikan patin tempoyak Pahang dan Perak. Dulu masa membesar di Pahang, memang setiap minggu makan ikan patin ni.

Minggu lepas Kak Bell singgah ke Lubuk Asam Pedas Claypot di Saujana Impian, Kajang. Dah alang-alang ke sana jadi singghlah ke restoren ni cari makan. So Kak Bell nak kongsikan apa menu menarik yang ada di Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak ni. Lubuk asam pedas Melaka sedap 2022!


Menyediakan 10 Jenis Kuah Asam Pedas
Kat sini bukan sahaja ada asam pedas Melaka, ada juga asam pedas Johor dan pelbagai kuah asam pedas yang lain. Ada 10 jenis kuah asam pedas yang korang boleh pilih ikut kesukaan. Nak yang pedas, nak rasa original Melaka dan yang kurang pedas untuk budak-budak pun ada.

  • Kuah Asam Pedas Berempah RM6
  • Kuah Asam Pedas Berjintan RM6
  • Kuah Asam Pedas Berlada RM6
  • Kuah Asam Pedas Cili Api RM6
  • Kuah Asam Pedas Halba RM6
  • Kuah Asam Pedas Kesum/Lada Hitam (Johor) RM6
  • Kuah Asam Pedas Kids RM6
  • Kuah Asam Pedas Original/Daun Limau (Melaka) RM6
  • Kuah Asam Pedas Rebus RM6
  • Kuah Asam Pedas Rebus Lada Hitam RM6

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang


Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Menu popular kat sini mestilah asam pedas Melaka claypot yang menggunakan resepi asam pedas Melaka asli. Korang boleh pilih nak ikan apa. Ada Kembong, Pari, Parang, Senangin, Bawal Emas, Tenggiri, Patin, Jenahak /Kepala Jenahak, Merah /Kepala Merah, Mayong/Telur Mayong, Sotong, Ayam dan Tetel. Semua pun sedap ya!
  • Ikan Kembung RM15
  • Ayam RM15
  • Ikan Pari RM17
  • Tetel RM17
  • Ikan Senangin RM19
  • Ikan Mayong RM19
  • Ikan Parang RM19
  • Ikan Bawal Emas RM19
  • Ikan Patin RM21
  • Ikan Tenggiri RM21
  • Ikan Jenahak RM21
  • Ikan Merah RM21
  • Sotong RM21
  • Kepala Ikan Merah RM28
  • Kepala Ikan RM28

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Kalau korang order asam pedas, set ni datang dengan nasi putih, timun, sambal belacan & telur masin. Manakala untuk patin tempoyak Kuala Kangsar disediakan dengan nasi putih, timun, sambal belacan & ikan kering/ikan masin.


Ikan Patin Tempoyak Kuala Kangsar
Untuk Patin Tempoyak Claypot kat sini di masak cara Kuala Kangsar, Perak. Patin Tempoyak Kuale kata orang Perak kan! Tapi ikan patin kat sini memang di ambil khas dari Temerloh Pahang. Setiap minggu stok ikan patin fresh sebanyak 100kg akan sampai dan mereka akan pilih dan check dulu ikan patin ni supaya segar dan menepati piawaian untuk masakan kat sini. Menu ni bukan asam rebus tempoyak ye.

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang
Patin Tempoyak RM22
Kuah Tempoyak RM8

Kalau nak menu masakan panas pun ada selain menu Western Fried Chicken Chop, Gril Chicken Chop, Grill Lamb dan pelbagai menu roti bakar dan snek. Menu-menu western ni boleh order start jam 12pm. Bagi yang tak sempat nak terjah, boleh aje order by delivery thru Foodpanda, Grabfood dan Lalamove.


WESTERN
Set with sauce, mayo apple corn, salad & wedges

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang
Grill Chicken Chop RM18

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang
Fried Chicken Chop RM18

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang
Grill Lamb RM30

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Satu lagi yang menarik bila makan kat Lubuk Asam Pedas ni, kalau korang kemas pinggan mangkuk atas meja, kemas kerusi elok-elok lepas makan, pihak kedai makan akan bagi potongan harga RM1.50.

Bagi yang nak cuba makan di kedai makan sedap di KL/Kajang, boleh Waze alamat di bawah. Nak tengok menu dan order, boleh klik link bawah ni ya!

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Restoren Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Lubuk Asam Pedas Claypot
No.2 Jalan Impian Murni 1/4,
Saujana Impian 43000 Kajang,
Selangor

Waktu operasi:
ISNIN - SABTU (12PM - 11.30PM)
JUMAAT (2PM - 11.30PM)
CUTI SETIAP HARI AHAD

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Aty6wzto7tcJxXZU9
Menu: https://lubukasampedasclaypot.maynuu.com/

@lubukasampedasclaypot
Fb : Lubuk Asam Pedas Claypot
www.wasap.my/60196986998/AsamPedasBella

kedai makan sedap di kl
asam pedas sedap near me
lubuk asam pedas
asam pedas melaka sedap 2022
asam rebus tempoyak


Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post