Trending


Lirik Tiada Ganti Cinta Ini - Auranzeb

Lirik Tiada Ganti Cinta Ini - Auranzeb | Tiada Ganti Cinta Ini merupakan single pertama penyanyi baru Auranzeb, atau nama sebenarnya Muhammad Auranzeb Bin Berembi. Single ini dicipta oleh komposer Awang BPR dan lirik ditulis oleh Keon. Auranzeb berasal dari Seremban dan menyukai muzik era tahun 80 dan 90-an.

Lirik Tiada Ganti Cinta Ini - Auranzeb

Lirik Tiada Ganti Cinta Ini - Auranzeb

"Muzik sebegini mampu menangkap perasaan generasi seperti saya dan senang diingat. Saya berasa seronok bila diberi tanggungjawab menyanyikan lagu ini, apatah lagi kedua-dua pencipta dan penulis lirik adalah pengkarya ternama" ujar Auranzeb.


Tiada Ganti Cinta Ini
Terbitan & Edaran Luncai Emas

bersaksi awan lara
kisah cinta yang sejati
di laluan masa
penuh ranjau duri

ku berpesan dengan benar
penuh kesabaran
seluruh cintaku
hanya bayanganmu

ku bisikkan kata seindah mimpi
ku lepaskan rasa
segala curiga ini

sehingga terbuka
dinding pemisah api cinta kian lama
kembali menjelma kini
kembali mengharum hati
kita tangis kita rindu
oh kekasih

tiada ganti pada cintaku ini
akulah cermin yang pecah kacanya
tak terbentuk tanpa hadir cinta
kau dan aku satukan semula

oh kekasih dengarlah di hatiku
ku tak mahu dalam kerugian
demi masaku yang tak berulang
menyintaimu satu kewajiban

ooh
kekasih

Baru berusia 19 tahun namun Auranzeb dilihat mempunyai potensi yang besar dalam dunia nyanyian. Beliau juga menyatakan tiada idola yang spesifik tetapi meminati dan menginspirasikan kumpulan rock seperti Wings, Search, May dan BPR.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post