Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah

Trending

Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah

Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah | Lagu ciptaan Amylea Azizan, 36 ini adalah salah satu OST untuk drama Khilaf Asmara yang ditayangkan di TV3 Ramadan lalu. Untuk drama Khilaf Asmara ada dua lagu baharu. Lagu pertama adalah Melepaskanmu yang dinyanyikan oleh Amylea Azizan dan lagu Khilaf Asmara yang dinyanyikan oleh Shila Amzah. Selain itu, ada juga lagu lain yang dinyanyikan oleh beberapa artis lain.

Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah

Kedua-dua single ini adalah ciptaan penuh oleh Amylea dan dijadikan sebagai lagu tema drama Khilaf Asmara. Menerusi lagu ini, Amylea sekali lagi bekerjasama dengan syarikat produksi Radius One yang juga penerbit bagi drama Khilaf Asmara.

Menariknya, single terbaru ini menjadi lagu OST drama bersiri 15 episod ‘Khilaf Asmara’ yang bersiaran pada 18 April 2022 dalam slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10:00 malam. Drama ini menampilkan pelakon-pelakon utama, Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.


Lirik Lagu Khilaf Asmara - Shila Amzah

Dirimu yang dahulu menghukumku
beratkan kesilapanku
hinggakan tak ku terlihat
kepudaran cintamu terhadapku
sembunyikan pincangmu

segalanya yg ku ada
bagaikan terhempas meniti masa
kau renggut setiap apa yg ku puja
dah apa yg kau hancurkan sebenarnya
adalah kita

dirimu yang dahulu membahagiakan
merajakan kesetiaan
ingin dakapi semula
semua memori cinta kita berdua
yang takkan kau lupuskan


segalanya yg ku ada
bagaikan terhempas meniti masa
kau renggut setiap apa yg ku puja
dah apa yg kau hancurkan sebenarnya
adalah kita haaaaa hoo ohhhh

segalanya yg ku ada
bagaikan terhempas meniti masa
kau renggut setiap apa yg ku puja
dan apa yg kau hancurkan sebenarnya
yang menghancurkan kitaaa

segala yang ada hancur semua
kau renggut segala yang ku puja
haaaaa haaa
khilaf asmaramu

Muzik video Khilaf Asmara Shila Amzah | Official Music Video 0ST Khilaf Asmara
Muzik video Khilaf Asmara Shila Amzah juga telah dimuatnaik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 27 May 2022 lalu.


Penyanyi wanita Malaysia yang diberi gelaran ‘Asia’s Sweetheart’ (Buah Hati Asia), SHILA AMZAH dinobat sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2. Bukan itu sahaja beliau juga menjuarai AJL36 menerusi lagu “Pelukan Angkasa” bersama kumpulan SOG.

Lirik Lagu Khilaf Asmara Shila Amzah

Kini, bintang rantau Asia ini bakal melancarkan single terbaru beliau yang berjudul “Khilaf Asmara” pada 27 May 2022. Single ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi/komposer popular, Amylea. Single terbaru ini menyusul selepas single “Tiada Dirimu” (OST ‘Cari Aku Di Syurga’) yang dikeluarkan pada tahun 2019 yang berjaya mencapai tontonan sebanyak 8.3 juta di YouTube!

khilaf asmara shila amzah lirik
lirik lagu khilaf asmara shila amzah arab
lirik lagu khilaf asmara shila amzah mp3
lirik lagu khilaf asmara shila amzah chord

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post