Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)

Trending

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals) | Astro Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, ‘Histeria The Series’. Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, ‘Histeria’ lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee.

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)

Menarik, Histeria The Series mengembalikan pengarah asal filemnya untuk mengarahkan siri premium ini. Pengarah James Lee amat terkenal dengan sentuhan karya-karya bergenre seram seperti filem Tolong Awek Aku Pontianak, Sini Ada Hantu, Claypot Curry Killers dan Two Sisters.

Bagi kesemua 8 episod Histeria The Series memperlihatkan James Lee mempertaruhkan kreativitinya dengan gaya pengarahan beridentiti serta suntingan segar yang mampu menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik dalam mengetengahkan elemen seram yang lebih ‘gore’ dan berani.

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)


Kelainan drama premium kali ini adalah ia mengangkat isu yang semamangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita dari dahulu sehingga sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli dan gangguan seksual di sekolah.

Terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Gold ini juga menyaksikan jenama Astro Originals meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon muda berbakat besar sebagai teraju utama seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Al-Yahya, Amelia Christie dan Serra Kamal. Tambah menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filemnya iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon hebat tanah air, Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)

Drama Histeria The Series Angkat Isu Sosial Di Sekolah (Drama Astro Originals)

Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), serta ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan).


Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku. Episod pertama Histeria The Series akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 mlm, 6 Jun ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di platform Astro GO atau On Demand.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post