Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Karya Horror Pertama Marvel (2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Karya Horror Pertama Marvel (2022)

Trending

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Karya Horror Pertama Marvel (2022)

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Karya Horror Pertama Marvel | Akhirnya filem yang ditunggu-tunggu tahun ini telah pun ditayangkan. Kak Bell pun dah sempat tonton ke GSC Mid Valley minggu lalu. Sebelum tu, awal-awal dah khatam dulu siri Loki, Wanda Vision dan siri komik What If... Sekuel dari filem Doctor Strange ini adalah kelanjutan dari beberapa peristiwa yang terjadi dalam serial dan filem Marvel sebelumnya seperti Wanda Vision, Loki, dan Spider Man: No Way Home.

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Film Doctor Strange in the Multiverse of Madness ni adalah bahagian dari Phase 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) yang memaparkan konsep multiverse atau multisemesta sebagai tema utama dari Phase 4 MCU. Filem ini ditayangkan di Malaysia bermula 4 Mei 2022. Kak Bell pun lepas seminggu baru sempat tonton. Korang semua dah tengok ke? Puas hati tak selepas penantian tunggu filem Marvel ni?

Rating: PG-13 (Frightening Images|Action|Intense Sequences of Violence|Some Language)
Genre: Adventure, Fantasy, Action
Original Language: English
Director: Sam Raimi
Producer: Kevin Feige
Writer: Michael Waldron
Release Date (Theaters): May 6, 2022,  Wide
Box Office (Gross USA): $187.4M
Runtime: 2h 6m
Distributor: Walt Disney Pictures
Sound Mix: Dolby Atmos, DTS, Dolby Digital
View the collection: Marvel Cinematic Universe


Sinopsis Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Sinopsis Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness| Filem sekuel kepada Doctor Strange (2016) ini menampilkan kembali Doctor Strange MCU yang kini di dalam usaha membantu seorang gadis bernama American Chavez yang diburu seekor monster yang ingin merampas kuasa gadis tersebut yang dapat merentasi portal/multiverse.

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Doctor Strange cuba mendapatkan bantuan daripada seorang teman lamanya Wanda Maximoff. Namun, tanpa disangka setelah insiden Avengers: Endgame, Wanda telah diperdaya dengan dark magic Darkhold dan kini dikenali sebagai Scarlet Witch yang mula melakukan kekacauan di setiap alam lain untuk mencari American Chaves.

In Marvel Studios' "Doctor Strange in the Multiverse of Madness," the MCU unlocks the Multiverse and pushes its boundaries further than ever before. Journey into the unknown with Doctor Strange, who, with the help of mystical allies both old and new, traverses the mind-bending and dangerous alternate realities of the Multiverse to confront a mysterious new adversary.

Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Cast

Barisan Pelakon/Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Cast

  • Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Stephen Strange
  • Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff
  • Chiwetel Ejiofor sebagai Baron Mordo
  • Benedict Wong sebagai Wong
  • Xochitl Gomez sebagai America Chavez
  • Rachel McAdams sebagai Dr. Christine Palmer
  • Jett Klyne sebagai Tommy Maximoff
  • Julian Hilliard sebagai Billy Maximoff
  • Michael Stuhlbarg sebagai Dr. Nic West(as Michael Stühlbarg)
  • Hayley Atwell sebagai Captain Carter
  • Anson Mount sebagai Black Bolt
  • Lashana Lynch sebagai Captain Marvel
  • John Krasinski sebagai Reed Richards
  • Patrick Stewart sebagai Professor Charles Xavier/Professor X
  • Charlize Theron sebagai Clea
  • Sheila Atim sebagai Sara
  • Adam Hugill sebagai Rintrah
  • Bruce Campbell sebagai Pizza Poppa


Ulasan Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Ulasan Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness | Hampir 6 tahun sejak karakter Doctor Strange diperkenalkan di filemnya tahun 2016, seperti yang dikatakan, filem ini adalah sebuah karya horror pertama Marvel dan berbeza dengan filem Marvel yang lainnya.

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Defender Strange sebagai Sorcerer Supreme bantu American Chavez melarikan diri apabila diburu oleh monster semasa cari buku Visahnti dan akhirnya American Chavez masuk ke multiverse bumi Earth-616 dengan mayat Defender Strange/Evil Doctor Strange (dari siri What If..). Setelah dibantu Dr Strange MCU dan Wong, Doctor Strange dapatkan bantuan daripada Wanda Maximoff tapi Wanda dah jadi jahat sebagai Scarlet Witch sebab guna dark magic dan guna mantra terlarang Darkhold. Kiranya buku Vishanti ni buku sihir putih dan Darkhold buku sihir hitam.

Nak tahu kisah Wanda ni, kena tengoklah siri Wanda Vision. Lanjutan dari siri ni Wanda ni dah pakai mantra terlarang, guna dark magic untuk cari anak-anak dia di multiverse lain. Wanda berhasrat untuk mengambil kuasa Chavez untuk diri dia sendiri supaya boleh merentas multiverse untuk hidup bersama anak-anaknya Billy dan Tommy yang diciptanya semasa berada di Westview. Disebabkan tindakan dia ni telah membuka portal multiverse lain dan mendedahan ancaman pada multiverse yang diganggu.


Strange enggan memberikan Chaves kepada Maximoff, jadi dia menyerang Kamar-Taj. Kamar-Taj lumpuh dan Dr Strange dan Chaves lari ke portal lain manakala Wanda mula menjalankan mantra Darkhold, untuk mencari dan mengawal badan versi Wanda Maximoff di alam semesta tempat Strange dan Chavez melarikan diri. Chaves ni boleh buka portalnya sendiri yang berbentuk bintang disebut Star Portal dan berasal dari Utopis Parallel. Dalam mulltiverse, hanya ada sorang sahaja Chaves. Tak ada varian lain dan tergolong sebagai Nexus Bing.

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Dari awal movie, penceritaan bergerak pantas je tanpa plot yang membosankan. Boleh dikatakan sampai ke hujung movie memang Kak Bell on point ikuti narratif filem ni. Untuk CGI dan grafik memang tak boleh disangkal sebab kali ini, Marvel berjaya membawa filem ini dengan mood lebih horror dan gelap. Efek visual MCU yang paling mengesankan dan memukau.

Kehadiran Wanda atau Scarlett Witch (Elizabeth Olsen) dalam Marvel memainkan peranan yang cukup penting dan ramai peminat suka dengan kejayaan watak antagonis yang dibawakan. Berjaya membawakan watak ahli sihir jahat Scarlet Witch dan juga sebagai seorang ibu yang tulus di multiverse lain menyebabkan kita akan rasa kesian pula pada si Wanda ni.


Watak America Chavez dan Benedict Cumberbatch juga perlu dipuji. Xochitl Gomez membawakan watak America Chavez dengan sangat baik dan mungkin wataknya akan berkembang dalam MCU selepas ini.

Dalam sekuel ini juga ada Mordo (Chiwetel Ejiofor) yang menjadi Ahli Sihir Tertinggi di semesta lain dan menjadi salah satu musuh Doctor Strange dalam film ini. Mordo Ejiofor akan menjadi salah satu antagonis utama melanjutkan ending film pertama. Selain itu ada juga karakter dari buku komik, Shuma-Gorath, monster tentakel hijau bermata satu yang terlihat melawan Dr. Strange. Mordo membawa Strange kepada Illuminati, yang terdiri daripada Baron Karl Mordo (Supreme Master), Peggy Carter (Captain Carter/The 1st Avenger), Blackagar Boltagon (Black Bolt), Maria Rambeau (Captain Marvel Defender Of Cosmos), Reed Richards (Mr Fantastic), dan Charles Xavier (Professor X). Anggota Illuminati ni adalah ahli Avengers universe-838 yang telah tewaskan Thanos.

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Review Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness
Iluminati versi komik

Kehadiran cameo lain seperti Captain Carter, Black Bolt, Captain Marvel, Reed Richards (Fantastic Four) dan Professor X memang buat Kak Bell rasa sangat teruja. Malangnya, sangat tak puas hati sebab kalah mudah sangat dengan Scarlet Witch. Ingatkan Professor X dapatlah kuasai Wanda, hujung-hujung dalam minda je dia bunuh. Black Bolt pun mati macam tu je. Huhu. Btw, watak cameo ni penting untuk siri Incursion nanti sebab Sinister Strange (universe 838) guna Darkhold dan buat 'dreamwalk' ke semesta lain dan menyebabkan universe lain bergeser dan menyebabkan Incursion.

Evil Doctor Strange/Defender Strange nanti dibangkitkan jadi Zombie Doctor Strange untuk lawan Wanda yang dah berjaya tangkap Chavez. Walaupun Scarlet Witch tu watak paling kuat, American Chavez pun kuat juga sebenarnya tapi dia tak pandai nak kawal kuasa dia. Akhirnya Chaves buka portal dan bawa Wanda berjumpa dengan anaknya di universe lain iaitu Universe-838. Kemudian dia sedar yang tujuannya tak akan berhasil sebab anak dia akan kenal siapa ibu mereka yang sebenar dan ibu mereka dari universe lain dan Wanda Earth-616 memutuskan untuk musnahkan kuil Darkhold dan semua salinannya di semua universe. Rasanya Wanda tak mati sebab ada cahaya merah masa bangunan tu runtuh. Berkemungkinan dia diculik oleh pencipta Darkhold iaitu Chthon.


Filem ini menerima review dan ulasan positif daripada pengkritik dimana pujian diberikan kepada pengarahan Sam Raimi, sutradara dari tiga film Spider-Man yang dibintangi oleh Tobey Maguire. Dalam filem ni juga ada 3 versi Doctor Strange dari multiverse lainnya. Secara keseluruhanya memang best, rugi kalau tak tonton dan suntikan elemen gelap horror seram tu menjadik!

Kak Bell bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐/10

Doctor Strange in the Multiverse of Madness review IMDB/rating IMDB
IMDB RATING 7.4/10

Doctor Strange in the Multiverse of Madness Rotten Tomatoes
TOMATOMETER 74%
THE AUDIENCE SCORED 86%

Doctor Strange in the Multiverse of Madness Trailer


Hujung filem ada kredit scene di mana Dr Strange keluar berjalan dan tiba-tiba muncul mata ketiga di dahi Strange. Mata ketiga Strange tu merupakan Eye Of Agamotto yang muncul akibat dia gunakan Darkhold untuk buat dream walk. Setelah Sinister Strange mati, mata tu berpindah ke Supreme Strange.

Lepas tu datang Clea (Charlize Theron) ajak Dr Strage merentasi dark portal yang dibuka pakai pedang untuk membaiki Incursion. Clea ni anak Dormammu. Ok terus tak sabar tunggu next movie dalam siri Doctor Strange Multiverse Of Sadness!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post